Sungai Tekala

Selangor antara negeri yang tersibuk dengan perkembangan ekonomi serta pembangunan semasa. Dan tidak dinafikan lagi ia merupakan salah satu negeri yang banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, siapa sangka di sebalik kesibukan itu terdapat beberapa lokasi dan khazanah alam seperti sungai Tekala dan beberapa air terjun lain yang mampu memberikan ketenangan kepada warga kota yang berkampung di situ.

Cukup tenang, cukup mendamaikan serta cukup memberikan kerehatan kepada minda buat warga kota apabila sesekali dapat lari dari kesibukan urusan kerja dan dapat menghabiskan masa senggang di kawasan kampung. Lebih-lebih lagi di kawasan pergunungan yang menghijau. Tambahan pula, dapat mandi manda air terjun yang dingin.

Bagi warga kota yang dahagakan masa senggang diisi dengan aktiviti-aktiviti menarik di kawasan semula jadi ini, apa kata kali ini anda ambil peluang dengan menghabiskan masa hujung anda bersama keluarga atau rakan-rakan ke kawasan air terjun di kaki-kaki bukit sekitar Selangor. Keriangan anak kecil bermain di dalam air dan si isteri sibuk menyediakan makanan di kawasan teduh sudah cukup membuatkan anda tersenyum bahagia.

Air Terjun Sungai Tekala – Hulu Langat

Air terjun Sungai Tekala memang terkenal dengan kecantikanya. Air yang jernih, suasa dingin serta kedalaman air yang cetek dan arus yang tidak deras menjadikanya destinasi yang sesuai untuk keluarga yang mepunyai anak kecil.

Tambahan pula, terdapat kolam tadahan buat pengunjung untuk berendam sememangnya cukup sesuai bagi anda sekeluarga untuk berehat rehat di sini.

Bagi anda yang belum pernah ke sini, bayaran sebanyak RM1 bagi orang dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak akan dicaj sebelum masuk ke kawasan ini. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah tandas dan surau.

Air Terjun Sungai Tekala

Air Terjun Sungai Congkak – Hulu Langat

Air Terjun Sungai Congkak cukup sinonim dan popular dalam kalangan orang Selangor. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti resort, kawasan lapang untuk beraktiviti secara berkumpulan serta kelestarian air terjun yang masih elok terjaga membuatkan kawasan ini sering menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu.

Air Terjun Sungai Congkak juga dikenali sebagai Congkak Park & Resort yang mana dikendalikan oleh Badan Pelancongan Selangor. Maka tidak hairan segala kemudahan dan kebersihan di sini dijaga dengan baik.

Bagi anda yang sukakan privasi bagi merehatkan minda, lokasi ini adalah yang paling tepat buat anda. Ambillah peluang untuk bermalam di resort bersebelah dengan sungai dan rasai nikmat tidur malam diulik dengan bunyi air sungai yang mengalir serta suasana dingin dek hembusan bayu.

Tapak perkhemahan yang luas, pondok berehat, kemudahan asas seperti tandas dan surau serta kebersihan diutamakan menjadikan Air Terjun Sungai Congkak antara kawasan air terjun yang layak diberikan 5 bintang!

Air Terjun Sungai Congkak

Air Terjun Kubang Gajah

Air Terjun Kemensah adalah lokasi yang tepat dan bijak untuk anda sekeluarga kerana ia berdekatan dengan Zoon Negara. Jadi anda boleh merancang untuk melakukan aktiviti mandi manda sambil berkelah di Air Terjun Kemensah selepas itu boleh meneruskan aktiviti lain pula di Zoo Negara.

Air Terjun Kemensah sangat terkenal dengan kejernihan airnya, kawasan yang kurang berbatu dan terdapat kolam takungan air. Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan kemudahan chalet yang sangat selesa menjadikan kawasan ini sering dipenuhi oleh para pengunjung.

Masa hujung minggu anda dan keluarga pasti lagi bermakna jika aktiviti mandi manda diselangi dengan aktiviti BBQ dan bersteamboat di sana.

Air Terjun Sofea Jane Kemensah

Air Terjun Sungai Gabai – Hulu Langat

Kejernihan air sungai di Air Terjun Sungai Gabai pasti akan memikat hati anda sekeluarga. Kelestarian yang masih terjaga, kedingin air yang terasa serta kemudahan yang disediakan adalah yang terbaik.

Air Terjun Sungai Gabai bukan hanya sesuai untuk aktiviti mandi manda sahaja tetapi di sini anda boleh berBBQ bersama keluarga.

Antara kemudahan lain yang disediakan di sini adalah pondok tempat berteduh yang memuatkan lebih dari 5 orang pengunjung, penjaga parking yang memudahkan urusan pengunjung serta tandas dan surau yang bersih untuk digunakan. Pendek kata Air Terjun Sungai Gabai ini serba lengkap dan anda pasti berpuas hati untuk ke sini lagi.

Info: Bayaran masuk sebanyak RM1 akan dicaj untuk setiap kepala

Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat

Air Terjun Templer

Air Terjun Templer terletak di dalam hutan simpanan Templer sememangnya menarik dan menjanjikan kelainan buat para pengunjung. Dengan panorama yang segar menghijau, air terjun yang bertingkat serta kedingin air sungai yang terasa hingga ke tulang sum-sum adalah tempat pelarian bagi warga kota yang inginkan suasana aman.

Kawasan Air Terjun Templer kebiasaannya akan menjadi tumpuan ratusan pengunjung yang ingin menghabiskan masa hujung minggu yang berkualiti. Tetapi jangan risau kerana tempat letak kereta dan kawasan rehat adalah mencukupi bagi menampung pengunjung yang datang ke sini.

Pondok berkelah, bilik salin pakaian dan surau disediakan bagi memudahkan urusan para pengunjung. Selain itu, laluan serta jambatan bagi menjamin keselamatan turut dibangunkan.

Bukan itu saja, pengunjung juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti kedai makan, tapak perkhemahan dan juga chalet bagi yang berminat untuk bermalam di sini.

Memang serba lengkap kemudahan yang ada di sini. Jadi, ibu bapa yang membawa anak kecil ke sini tidak perlu risau lagi .Cuma apa yang penting keselamatan anak-anak ketika bermain air perlu diberi perhatian lebih.

Templer's Park Waterfall

Untuk pengetahuan anda, 5 lokasi air terjun yang menarik di sekitar sungai Tekala yang telah kami kongsikan ini adalah antara yang sering menjadi pilihan para pengunjung. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi lokasi air terjun berhampiran sungai Tekala yang tak belum dikongsikan.

Sumber:

https://www.maisinggah.com/air-terjun-di-selangor-yang-menarik/

https://xplorasidestinasi.com/hutan-rekreasi-sungai-tekala/

http://shahtraveldiary.blogspot.com/2019/02/hutan-rekreasi-sungai-tekala-semenyih.html

Summary
Sungai Tekala: Air terjun Yang Menarik Seperti Sungai Tekala
Article Name
Sungai Tekala: Air terjun Yang Menarik Seperti Sungai Tekala
Description
Selangor antara negeri yang tersibuk dengan perkembangan ekonomi serta pembangunan semasa. Dan tidak dinafikan lagi ia merupakan salah satu negeri yang banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, siapa sangka di sebalik kesibukan itu terdapat beberapa lokasi dan khazanah alam seperti sungai Tekala dan beberapa air terjun lain yang mampu memberikan ketenangan kepada warga kota yang berkampung di situ.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: