Sebagai ibu bapa perlu sentiasa memerhati suhu bayi dan mengetahui cara menyukat suhu dengan betul apabila mereka demam. Suhu normal manusia adalah antara 36-37degree Celsius manakala suhu deman bayi boleh mencapai 38 hingga 40 degree Celsius.

            Terdapat beberapa punca boleh menyebabkan suhu demam bayi semakin meningkat. Contohnya, jangkitan virus, cuaca panas, kebersihan persekitaran dan pemakanan. Suhu badan yang terlalu tinggi akan menjejaskan kesihatan bayi sampai berisiko kehilangan nyawa mereka jika tidak mengambil tindakan dengan segera.

Cara-Cara Untuk Mengukur Suhu Bayi

  • Setiap hari ibu bapa boleh menyentuh dahi bayi untuk menentukan suhu badan mereka. Cara ini amat kurang tepat kerana kadang-kadang suhu badan bayi tinggi bukanlah deman selain ia mungkin persekitaran atau cuaca panas pada hari itu.
  • Gunakan thermometer digital untuk menguji suhu badan bayi. Termometer rectum adalah termometer yang paling tepat berbanding dengan thermometer diletakkan di ketiak, telinga, dahi dan mulut.

3 Jenis Tahap Suhu Badan

Ini adalah 3 jenis tahap suhu badan berikut:

  1. Demam ringan: Kenaikan suhu badan sedikit sehingga 37.5 degree
  2. Deman Biasa: Kenaikan suhu badan sehingga 38-38.5 degree
  3. Deman Tinggi: Kenaikan suhu badan sehingga 39 degree atau lebih

Ciri-ciri Bayi Yang Demam

  • Bayi menangis tanpa sebab
  • Bayi berasa letih
  • Suhu badan bayi panas
  • Bayi berasa mengantuk
  • Kurang selera makan

Ciri-Ciri Bayi Demam Teruk

  • Muntah
  • Batuk kahak
  • Selesema
  • Kurang selera makan
  • Berasa letih tidak ada tenaga bermain
  • Berbaring
  • Timbul bitnik-bintik merah
  • Kesukaran bernafas
  • Mulut kering

Cara Mengurangkan Suhu Bayi

  1. Mandikan bayi

Gunakan air suam untuk mandikan bayi. Memastikan air jangan terlalu panas kepada kulit bayi. Mandikan air suam boleh melancarkan pernafasan bayi dan melegakan bayi.

2. Keluarkan lapisan pakaian

Pakai pakaian bahan yang nyaman dan elakkan pakaian tebal dna bertumpuk.

3. Lapkan badan

Lapkan badan bayi dengan tuala lembap. Gunakan air suam dan sapukan seluruh badan. Ini boleh menurunkan suhu badan bayi.

4. Menurunkan suhu bilik

Persekitaran suhu yang rendah boleh menurunkan suhu badan dan bayi akan menjadi selesa dan nyaman.

5. Kekal Terhidrat

Badan bayi perlukan banyak air untuk melawan penyakit. Berikan air atau susu yang banyak kepada bayi yang suhu demam.

6. Banyak rehat

Bayi perlukan banyak tenaga untuk pulih dengan sendirinya oleh itu, bayi perlukan banyak rehat dan elakkan akitiviti.

Sumber:

https://www,myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/

https://www.alodokter.com/tidak-perlu-panik-hadapi-demam-pada-bayi

https://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/

Summary
Suhu Badan Bayi: Ibu Bapa Jangan Berlengah Lagi
Article Name
Suhu Badan Bayi: Ibu Bapa Jangan Berlengah Lagi
Description
Sebagai ibu bapa perlu sentiasa memerhati suhu badan bayi dan mengetahui cara menyukat suhu badan dengan betul apabila mereka demam. Suhu normal manusia adalah antara 36-37degree Celsius manakala suhu deman bayi boleh mencapai 38 hingga 40 degree Celsius.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: