sugeh resort

Sugeh Hill Exclusice Eco Resort atau Sugeh Resort di Janda Baik adalah tempat percutian klasik yang sesuai untuk seisi keluarga dengan konsep alam yang penuh dengan flora dan fauna.

Ia terletak di dataran tinggi di Kampung Janda baik, Pahang di mana sebuah resort seluas 8 ekar dihiasi dengan pemandangan yang memukau, chalet penginapan pelbagai konsep dan harga yang berpatutan pasti memberi anda seribu kepuasan semasa percutian konsep hutan hujan tropika.

Sebenarnya, emilik resort ini ialah usahawan Malaysia yang terkenal iaitu Dato Alif Syukri.

Ada banyak pilihan bilik dengan harga serendah RM100/semalam di sini. Paling menarik ialah nama bilik-bilik di resort ini semuanya adalah unik.

Nama-nama biliknya adalah seperti Halia Bara, Derhaka Mertua, Gadis Lompat, Bobo Dimana, Janda Lawa, Janda Berhias, Rumah Batak, Sedap Malam.

Unit-unit yang dipilih di bawah ialah unit Janda Comel dan Janda Kaya, sebab unit-unit ini menyediakan 2 katil Queen. Jadi, amatlah sesuai untuk jumlah keluarga dengan 4 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Malahan, bilik ini ada connecting door antara bilik.

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort - Official Website - Sugeh Hill Exclusive  Eco Resort

Bilik-bilik ini memang luas sangat dan sangat-sangat selesa. Siap dengan dua katil bersaiz Queen yang besar dan luas. Peralatan yang disediakan adalah seperti cerek air panas, iron board, seterika, TV, peti ais, almari baju, meja solek dan sofa kecil.

Juga berkonsepkan hiasan dalaman yang cantik dan yang paling penting adalah ia bersih dan wangi juga.

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort - Official Website - Sugeh Hill Exclusive  Eco Resort

Bilik yang siap dengan bilik air sendiri yang berserta dengan water heater, barangan mandian seperti shampoo rambut dan shampu badan memang berbaloi dan teliti disediakan seperti tinggal di hotel juga. 

Apabila pilih unit Janda ini juga, masa nak drop barang harian boleh parking kereta dekat depan unit sahaja disebabkan parking area yang luas dan lapang di depan unit ini. Memang bersesuaian bagi keluarga yang besar untuk mengangkat barang-barang nanti.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar Sugeh Resort.

Mari kita tinjau aktiviti yang menarik di sekitar resort ini yang boleh anda lakukan.

1. Mandi sungai

Sebenarnya, terdapat anak sungai di dalam resort ini yang berdekatan dengan kawasan Rumah Batak. Keadaan sungai disini dijaga dengan baik dan airnya memang bersih and jernih.

Betapa nikmat sangat dapat mandi sungai di bawah pepohon yang redup sambil berkelah bersama keluarga. Terdapat beberapa gazebo yg disediakan sepanjang sungai untuk kegunaan penginap di sini.

2. Menikmati BBQ

Dalam banyak-banyak resort di dalam hutan, kali pertama kami melihat resort yang menyediakan port bbq yang proper di hampir setiap rumah disini. Maka, anda tidak perlu berebut port dengan penginap unit yang lain.

Anda cuma perlu membawa makanan yang diperap, arang secukupnya dan peralatan membakar sahaja. Tempat port bbq juga dilengkapi siap dengan lampu di sekitarnya, jadi bolehlah mengadakan bbq sampai malam hari. Cukup meriah.

3. Mini Zoo

Tidak dilupakan juga aktiviti untuk anak anak kecil yang tidak akan bosan kalau berada disini kerana mereka boleh melawat haiwan yang dipelihara di sini di Mini Zoo yang disediakan.

Haiwan di sini tidak sebanyak di zoo negara. Antara haiwan yang ada di resort ini ialah rusa, burung merak, kuda dan angsa.

4. Flying fox, ATV, Horse Riding

Di sini juga sediakan aktiviti yang mencabar bagi penginap yang sukakan aktiviti lasak, boleh juga mencuba flying fox dekat sini.

Bayaran hanya RM30 dan anda akan dapat main untuk 2 pusingan. Selain itu, ada juga aktiviti horse riding yang disediakan dan juga aktiviti menaiki ATV.

5. Berbasikal

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kawasan sekitar resort dengan menaiki basikal sambil bersenam dan menikmati udara di laman resort ini.

Ada juga basikal yang jenis 2-seater untuk pasangan berduaan sambil menikmati udara petang. Anak-anak pun mesti gembira dapat berbasikal bebas di sekitar resort.

6. Japanese Village

Lepas resort ini, anda juga boleh berkesempatan untuk melawat Japanese Village yang terletak di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, ini adalah tempat untuk pasangan muda, anak-anak dan keluarga. Kolam koi adalah tarikan bintang dan tempat yang bagus untuk sesi fotografi.

Sekian sahaja perkongsian saya. Semoga anda bermanfaat dari perkongisan ini dan akan dijadikan rujukan semua untuk merancang percutian anda di Sugeh Resort ini yang best sangat untuk keluarga buat BBQ, mandi sungai, berkelah, kayuh basikal dan lain-lain aktiviti yang best.

Source :

https://www.sugehecoresort.com/Attractions/Places-To-Go

http://www.chasingthesuns.com/2020/08/hotel-tour-6-staycation-in-nature-sugeh.html

https://ibuveronza.blogspot.com/2020/09/sugeh-hill-exclusive-eco-resort-janda.html

Summary
Sugeh Resort Yang Terbaik Untuk Penginapan Anda
Article Name
Sugeh Resort Yang Terbaik Untuk Penginapan Anda
Description
Sugeh Hill Exclusice Eco Resort atau Sugeh Resort di Janda Baik adalah tempat percutian klasik yang sesuai untuk seisi keluarga dengan konsep alam yang penuh dengan flora dan fauna.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: