Now Reading
Struktur Gigi: Fungsi dan Jenis

Struktur Gigi: Fungsi dan Jenis

Struktur Gigi: Fungsi dan Jenis

Terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi berkenaan dengan fungsi-fungsi struktur gigi serta struktur gigi itu sendiri. Di dalamnya , wujudnya gigi, yang mempunyai empat jenis tisu dental.

Tisu yang lebih lemah dan lembut dikenali sebagai ‘pulpa’ yang bertempat di bahagian tengah gigi. Tisu ini mengandungi pelbagai saluran darah, tisu-tisu penghubung dan saraf-saraf.

Selain itu, tiga lagi jenis tisu dental yang lain adalah merupakan ‘cementum’, ‘enamel’ dan juga ‘dentin’ yang lain daripada ‘pulpa’ kerana ketiga-tiga tisu ini lebih kuat dan keras.

Di dalam mulut, terdapat pelbagai bahagian yang wujud merangkumi bibir, gigi dan sebagainya. Gigi, yang bertempat di dalam mulut, merupakan satu daripada berbagai bahagian yang berada di dalam mulut yang memiliki peranan serta fungsi yang penting untuk seseorang individu. Ini kerana gigi telah dibuktikan mempunyai peranan yang tinggi dalam ketentuan jenis pemakanan, gaya hidup serta tahap kesihatan seseorang individu tersebut.

Struktur Gigi Dari Segi Kegunaan Praktikal

Gigi juga boleh dibahagikan kepada 3 iaitu akar ataupun ‘root’ yang bertempat di dalam socket tulang gigi, leher ataupun ‘neck’ yang bertempat di tempat di mana akar bersambung dengan ‘crown’ yang merupakan bahagian yang boleh dilihat serta diselaputi enamel.

Seperti yang telah diberitahu di atas, gigi mempunyai empat jenis tisu dental, iaitu:

  • Tisu yang lebih lemah dan lembut dikenali sebagai ‘pulpa’ yang bertempat di bahagian tengah gigi, untuk lebih spesifik, di ruang yang di panggil ruang ‘pulpa’. Tisu ini mengandungi pelbagai saluran darah, tisu-tisu penghubung serta saraf-saraf
  • Tisu dental yang keras ini berfungsi untuk menyelaputi salah satu bahagian gigi yang lain iaitu akar. Tisu ini dikenali sebagai ‘cementum’ dan fungsi lain untuk tisu dental ini adalah mengikat ligamen peridontal
  • Tisu dental yang juga diklasifikasikan sebagai tisu dental yang keras ini berfungsi untuk melindungi dentin-dentin yang wujud dan bertempat di dalam korona ataupun ‘crown’ gigi. Tisu ini dikenali sebagai ‘enamel’ dan ianya mempunyai warna yang kekuningan ataupun putih. Tisu dental ini juga tidak ada upaya untuk memperbaiki masalah-masalah kesihatan gigi seperti gigi yang haus ataupun masalah gigi yang reput disebabkan ia tidak memiliki sel-sel yang hidup.
  • Tisu dental ini mempunyai tubulus yang mempuntai saiz rongga yang kecil serta bersaiz mikroskopik. Tisu ini dikenali sebagai ‘dentin’ dan ia bertempat di belakang ‘cementum’ serta ‘enamel’. Tisu dental ini juga mempunyai ciri warna yang kuning.

Terdapat juga beberapa jenis struktur-struktur lain yang juga melingkar di sekitar gigi. Struktur-struktur ini juga dapat berfungsi untuk elak daripada salah satu daripada gigi tersebut daripada cabut secara sendiri dan memastikan supaya gigi itu kekal di tempat yang sepatutnya.

  • Struktur ini dipanggil struktur tulang alveolar dan struktur ini berfungsi untuk gigi agar kekal di tempat yang sepatutnya.
  • Struktur ini dipanggil struktur ligamen periodontal dan struktur ini merupakan sistem untuk tisu-tisu penghubung yang bertempat di ligamen tersebut yang mempunyai kolagen-kolagen yang berfungsi untuk sambung soket akar kepada akar gigi.
  • Struktur ini dipanggil struktur gusi di mana ia merupakan tisu-tisu yang lemah dan lembut yang berfungsi untuk melindungi akar gigi.

Pelbagai Jenis-Jenis Gigi Dan Amaunnya

Untuk seorang bayi, selalunya gigi mereka akan mula untuk muncul apabila umur bayi diantara 6-12 bulan.

Kanak-kanak pula akan mula menggugurkan gigi susu mereka pada umur 6-7 tahun untuk memberi peluang untuk gigi yang kekal menggantikan mereka, kanak-kanak ini juga akan mempunyai gigi susu yang mempunyai amaun 10 batang gigi di rahang bawah dan 10 lagi di rahang atas.

Apabila seseorang itu telah mencapai umur 12 ataupun 14 tahun, kanak-kanak ini akan mempunyai semua gigi-gigi kekal mereka.

Untuk seseorang yang telah mencapai umur dewasa, amaun gigi normal mempunyai amaun 16 batang gigi di rahang bawah dan 16 lagi di rahang atas

Terdapat empat jenis gigi yang wujud di dalam mulut, antaranya ialah :

  • jenis ‘molar’ atau dikenali sebagai gigi geraham yang mempunyai amaun 6 gigi yang bertempat di rahang bawah dan 6 lagi di rahang atas.
  • Seterusnya, ‘insicor’ atau lebih dikenali sebagai gigi kacip yang mempunyai amaun 4 gigi yang bertempat di rahang bawah dan 4 lagi di rahang atas.
  • Selain itu, gigi jenis ini pula dipanggil ‘premolar’ atau lebih dikenali sebagai gigi geraham kecil yang mempunyai amaun 4 gigi yang bertempat di rahang bawah dan 4 lagi di rahang atas.
  • Akhir sekali, gigi jenis ini pula dipanggil ‘canine’ atau lebih dikenali sebagai gigi taring yang mempunyai amaun 2 gigi yang bertempat di rahang bawah dan 2 lagi di rahang atas.

Penutup

Sebagai konklusi, karangan ini dapat menunjukkan bahawa struktur gigi adalah satu daripada berbagai organ yang amat penting untuk dijaga di dalam seseorang individu. Justeru itu, gigi haruslah dijaga dengan amat baik.

Sumber

https://www.colgate.com/en-us/oral-health/mouth-and-teeth-anatomy/tooth-anatomy

https://www.nhs.uk/live-well/healthy-body/teeth-facts-and-figures/

error: Content is protected !!