Strabismus
Strabismus atau dikenali sebagai juling adalah keadaan di mana kedua – dua belah mata gagal untuk mengekalkan penjajaran yang betul dan berfungsi bersama – sama sebagai satu.

Strabismus atau dikenali sebagai juling adalah keadaan di mana kedua – dua belah mata gagal untuk mengekalkan penjajaran yang betul dan berfungsi bersama – sama sebagai satu.

Jika anda mengalami strabismus di mana sebelah mata anda melihat ke arah objek manakala sebelah lagi mata melihat ke arah lain seperti juling ke dalam (esotropia atau sebelah mata lagi memandang ke arah hidung), juling ke luar (exotopia atau sebelah mata lagi memandang ke arah telinga), juling ke atas (hypertropia) atau juling ke bawah (hypotropia).

Strabismus boleh jadi juling kekal atau juling sekali sekala. Ketidaksamaan juga mungkin memberi kesan pada mata yang sama (unilateral strabismus), atau kedua – dua mata bergilir – gilir tidak berada dalam keadaan sejajar (alternating strabismus).

Untuk mengelakkan penglihatan berganda berlaku sejak lahir dan strabismus pada awal kanak – kanak, otak mengabaikan input penglihatan daripada mata yang tidak sejajar, di mana selalunya menyebabkan amblyopia atau mata malas pada mata.

Simptom

Simptom mata juling termasuklah :

  • Kedua – dua mata kelihatan tidak sejajar atau selari
  • Mata tidak kelihatan bergerak bersama – sama
  • Mengelipkan mata atau mengecilkan mata dengan kerap, terutama ketika cahaya matahari terang
  • Menolehkan kepala untuk melihat sesuatu
  • Ketidakmampuan untuk melihat dimensi, jarak dan pergerakan dengan betul
  • Penglihatan berganda

Punca

6 otot berbeza di sekeliling setiap mata berfungsi sebagai satu. Ia membolehkan kedua – dua mata untuk fokus pada satu objek yang sama.

Bagi individu yang mengalami strabismus, otot yang terlibat tidak dapat berfungsi bersama – sama. Akibatnya, satu mata melihat ke arah objek manakala satu mata lagi melihat ke arah yang berbeza dan melihat ke arah objek lain.

Apabila ini berlaku, 2 imej berbeza akan dihantar kepada otak oleh kedua – dua belah mata. Hal ini mengelirukan otak. Otak kanak – kanak akan belajar untuk mengabaikan imej daripada mata yang lemah.

Di kalangan kanak – kanak yang mengalami mata juling, puncanya tidak diketahui. Lebih daripada separuh kes menunjukkan masalah ini berlaku selepas dilahirkan. Ia dipanggil strabismus congenital (sejak lahir).

Kebanyakannya, masalah ini disebabkan kawalan otot dan bukannya kekuatan otot. Gangguan lain yang melibatkan strabismus di kalangan kanak – kanak seperti :

Strabismus yang berlaku di kalangan orang dewasa boleh menyebabkan :

  • Botulism
  • Diabetes
  • Penyakit Graves (Gangguan tiroid)
  • Sindrom Guillain-Barré
  • Kecederaan pada mata
  • Keracunan disebabkan kerang
  • Strok
  • Kecederaan otak trauma
  • Hilang penglihatan disebabkan penyakit atau kecederaan mata

Sejarah keluarga strabismus merupakan faktor risiko. Rabun dekat mungkin antara faktor yang menyebabkan ia berlaku selalunya di kalangan kanak – kanak.

Penyakit lain yang menyebabkan hilang penglihatan juga mungkin disebabkan oleh strabismus.

Diagnosis

Doktor anda akan bertanya tentang sejarah perubatan anak anda dan akan diuji kemampuan penglihatan kedua – dua matanya. Doktor akan menilai keselarian mata anak anda, mencari bukti pergerakan mata yang berubah – ubah.

Bagi bayi dan kanak – kanak dengan kemampuan terhad untuk mengikuti arahan doktor, doktor akan menguji keselarian dengan membandingkan posisi cahaya terpantul pada setiap mata.

Namun begitu, ujian ini mungkin tidak dapat mengenalpasti juling yang berlaku sekali sekala kecuali jika juling berlaku ketika diuji.

Bagi kanak – kanak yang boleh memberi kerjasama pada doktor, strabismus sekali sekala dan kekal dapat dikenal pasti menggunakan ujian the “cover-uncover” dan “alternating cover”.

Di dalam ujian ini, kanak – kanak akan merenung ke arah suatu objek dan pemeriksa akan memerhatikan respons setiap mata kanak – kanak tersebut apabila sebelah ia ditutup atau dibuka.

Jenis

Terdapat beberapa bentuk atau jenis strabismus. Antara yang sering ditemui adalah :

  • Accommodative Esotropia : Ia sering berlaku di dalam kes rabun jauh yang tidak dibetulkan dan kecenderungan genetik (sejarah keluarga) menyebabkan mata menjadi sedemikian.

Jenis strabismus ini selalunya bermula pada beberapa tahun di awal usia. Keadaan ini boleh dirawat dengan bantuan cermin mata tetapi mungkin memerlukan penutup mata dan / atau pembedahan pada otot salah satu atau kedua – dua mata.

  • Intermittent Exotropia : Jenis mata juling ini, satu mata akan tertumpu pada satu arah manakala sebelah lagi mata memandang ke arah luar.

Pesakit mungkin tidak mempunyai sebarang simptom manakala penyimpangan okular (perbezaan) mungkin dapat dilihat oleh individu lain. Intermittent exotropia boleh berlaku pada apa – apa usia. Rawatan mungkin melibatkan cermin mata, penutup mata, senaman mata dan / atau pembedahan pada otot sebelah mata atau kedua – dua belah mata.

Rawatan

– Pembedahan strabismus dewasa

Ini merupakan rawatan yang sering dilakukan untuk strabismus. Pembedahan boleh meningkatkan keselarian mata dan membantu mengembalikan penglihatan yang baik.

Selalunya strabismus berlaku apabila otot di sekeliling mata terlalu tegang atau terlalu lemah. Oftalmologis boleh membantu anda melonggarkan, mengetatkan dan menggerakkan sesetengah otot mata agar mata melihat ke arah yang sama untuk berfungsi bersama. Lebih daripada satu pembedahan mungkin diperlukan untuk merawat strabismus.

Pembedahan selalunya dilakukan pada pesakit luar di hospital atau pusat pembedahan, menggunakan bius setempat atau bius penuh. Oftalmologis anda akan melakukan insisi kecil pada tisu yang pada menutupi mata untuk mencapai otot mata. Otot tersebut akan diubah posisinya untuk membantu kedua – dua mata memandang ke arah yang sama. Ia mungkin perlu dilakukan pada salah satu atau kedua – dua mata. Selepas pembedahan mata julinh, anda boleh kembali kepada rutin harian anda dalam masa beberapa hari.

– Senaman otot mata

Oftalmologis boleh mengajar anda senaman untuk membantu anda memusatkan kedua – dua belah mata ke dalam. Senaman ini boleh membantu jika anda mengalami ‘kekurangan penumpuan’, di mana mata anda tidak selari dengan betul untuk penumpuan mata seperti membaca atau kerja – kerja menggunakan komputer.

– Cermin mata prism

Prism adalah kanta yang jelas dalam bentuk baji yang memantulkan (terbias) sinar cahaya. Prism boleh diletakkan pada cermin mata atau dijadikan sebahagian daripada lensa. Prism boleh membantu sesetengah individu yang mengalami penglihatan berganda sederhana di mana hanya dapat melihat 1 imej dan bukannya 2.

– Botulinum toxin (Botox)

Dalam sesetengah kes, suntikan ubat ini pada mata boleh membantu merawat strabismus. Ia melumpuhkan otot yang menyebabkan mata anda tidak selari dengan betul. Kesannya boleh bertahan hanya untuk beberapa bulan sahaja atau ia mungkin memperbaiki keselarian mata dengan kekal.

Anda tidak perlu lagi hidup dalam keadaan yang tidak selesa atau masalah disebabkan ketidakselarian mata. Dengan bantuan oftalmologis anda, anda pastinya akan dapat mencari rawatan strabismus anda.

SUMBER

https://medlineplus.gov/ency/article/001004.htm

https://www.health.harvard.edu/a_to_z/crossed-eyes-strabismus-a-to-z

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15065-strabismus-crossed-eyes

https://www.aao.org/eye-health/diseases/strabismus-treatment

Summary
Article Name
Strabismus (Mata Juling) : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Strabismus atau dikenali sebagai juling adalah keadaan di mana kedua – dua belah mata gagal untuk mengekalkan penjajaran yang betul dan berfungsi bersama – sama sebagai satu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: