Stew kimchi
Stew kimchi sayuran ini dipenuhi dengan sayuran diacar yang sihat dan memberikan probiotik untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda.

Stew kimchi sayuran ini dipenuhi dengan sayuran diacar yang sihat dan memberikan probiotik untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda.

Hidangan tradisional Korea yang diacar, kimchi (yang biasanya dihasilkan daripada bahan-bahan seperti kubis Cina, lobak daikon, bawang putih, serbuk lada merah Korea, bawang, sos ikan dan halia) adalah contoh sempurna makanan menyeluruh yang sihat. Mari cuba resepiini hari ini!

  • Masa penyediaan- 30 minit
  • Masa memasak – 30 minit
  • Tahap: Sederhana
  • Ukuran: Metrik
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Periuk

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil dan 1 sudu besar minyak safflower, bahagikan kedua-duanya
  • 3⁄4 cawan beras perang pendek
  • 1 biji bawang kecil, dipotong separuh dan dihiris seperti ‘wedges’
  • 1 zucchini kecil, dibelah dua dan dipotong setebal 1⁄4 inci
  • 1 cawan lobak merah, dikupas kulitnya dan diparut
  • 1 1/2 hingga 2 sudu besar pes lada merah Korea (Gochujang)
  • 3 cawan stok sayur rendah garam
  • 113g cendawan shiitake, dihiris dan dibunag akar (kira-kira 1 cawan)
  • 454g tauhu sutera organik, dibuang air dan dipotong menjadi 8 keping
  • 1 1/2 cawan kimchi, toskan dan cincang kasar
  • 4 biji telur besar
  • 3 sudu besar daun kucai segar, dicincang
  • Sos pedas untuk hidangan (pilihan)

Cara penyediaan:

Cara memasak nasi:

  1. Panaskan 1 sudu kecil minyak dalam periuk di atas api sederhana.
  1. Masukkan beras, kacau terus hingga bertukar warna selama 1 hingga 2 minit. 
  1. Masukkan 1 1/2 cawan air, naikkan api hingga suhu tinggi dan didihkan nasi.
  1. Rendahkan suhu api, tutup periuk dan reneh hingga air diserap dan nasi dimasak, selama kira-kira 45 minit.
  1. Angkat periuk, tutup dan biarkan selama 10 minit.

Cara memasak stew

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk di atas api sederhana. Masukkan bawang, zucchini dan lobak merah, masak sehingga sayur-sayuran menjadi lembut selama 6 minit.
  1. Masukkan pes cili, kacau dengan kerap selama 2 minit.
  1. Masukkan stok sayur dan 2 cawan air. Tingkatkan suhu api hingga paling tinggi, tutup periuk dan biarkan mendidih.
  1. Kurangkan api hingga sederhana dan didihkan selama 3 hingga 4 minit.
  1. Masukkan cendawan dan tauhu, biarkan mendidih selama 3 minit.
  1. Bahagikan kimchi ke dalam mangkuk hidangan.
  1. Pecahkan 1 biji telur di dalam mangkuk kecil dan masukkannya perlahan-lahan ke dalam kuah yang mendidih. Biarkan selama 2 minit sehingga kuning telur lembut atau 3 minit untuk kuning telur yang lebih kental.
  1. Ulangi dan habiskan semua telur. Masukkan telur pertama ke dalam sebuah mangkuk, pastikan kuning telur tetap utuh. Kemudian, ulangi dengan baki telur yang ada mengikut turutan/ .
  1. Bahagikan sup selebihnya ke dalam mangkuk. Taburkan daun bawang dan hidangkan dengan nasi dan sos pedas (jika anda menggunakannya).

Selamat mencuba!

Summary
Published On
Tagged: