stevia
Stevia, juga disebut sebagai ‘Stevia rebaudiana’, adalah tanaman yang merupakan anggota keluarga ‘chrysanthemum’, subkelompok keluarga Asteraceae (keluarga ‘ragweed’). Terdapat perbezaan besar antara stevia yang anda beli di kedai runcit serta stevia yang mungkin anda tanam di rumah.

Apakah itu stevia?

Stevia, juga disebut sebagai ‘Stevia rebaudiana’, adalah tanaman yang merupakan anggota keluarga ‘chrysanthemum’, subkelompok keluarga Asteraceae (keluarga ‘ragweed’). Terdapat perbezaan besar antara stevia yang anda beli di kedai runcit serta stevia yang mungkin anda tanam di rumah.

Produk yang terdapat di rak kedai runci, tidak mengandungi keseluruhan daun stevia. Mereka biasanya dibuat dari ekstrak daun stevia yang sangat halus dan disebut rebaudioside A (Reb-A).

Pemanis yang dihasilkan dengan Reb-A dianggap sebagai “pemanis baru” kerana dicampur dengan pemanis yang berbeza, seperti ‘erythritol’ (gula alkohol) dan ‘dextrose’ (glukosa).

Adakah ia berfungsi sebagai pengganti gula?

Stevia tidak mempunyai kalori, dan adalah 200 kali lebih manis daripada gula dalam kepekatan yang sama. Kajian lain menunjukkan bahawa bahan atau produk ini mungkin mempunyai manfaat kesihatan tambahan.

Sumber kemanisan tanpa kalori ini adalah penyelesaian diet yang jelas dalam teori. Tetapi, beberapa kajian menunjukkan bahawa menggantikan gula dengan pemanis tiruan atau yang rendah kalori mungkin pada akhirnya tidak menyebabkan penurunan berat badan dalam kehidupan sebenar.

Sebenarnya, ekstrak daun ini banyak digunakan di negara seperti Jepun, Korea dan negara-negara tertentu di Amerika Selatan untuk memaniskan minuman ringan, soju, kicap, yogurt dan makanan lain, manakala di Amerika Syarikat pula ia digunakan sebagai makanan tambahan.

Ekstrak daun ‘Stevia rebaudiana’ telah digunakan secara tradisional dalam rawatan diabetes. Komponen manis utama dalam daun ‘Stevia rebaudianais stevioside’, dianggap mempunyai aktiviti antioksida, anti-mikroba dan anti-kulat.

Manfaat kesihatan stevia yang berkemungkinan

Sebagai alternatif untuk sukrosa, atau gula biasa, menggunakan stevia sebagai pemanis membawa potensi bagi manfaat kesihatan yang besar. Komponen rasa manis dalam pemanis ini berlaku secara semula jadi. Jadi, ciri ini dapat memberi manfaat kepada individu yang lebih suka makanan dan minuman mereka daripada sumber semula jadi. Kiraan kalori rendah melayakkan stevia menjadi alternatif yang sihat untuk kawalan diabetes atau penurunan berat badan.

1. Kencing manis

Penyelidikan menunjukkan bahawa pemanis ini tidak menyumbang sebarang kalori atau karbohidrat dalam diet. Malah, ia juga tidak menunjukkan kesan terhadap glukosa darah atau tindak balas insulin. Ini membolehkan penghidap diabetes makan pelbagai jenis makanan dan mematuhi pelan makanan yang sihat.

2. Mengawal berat badan

Pengambilan gula tambahan terbukti menyumbang kira-kira 16 peratus daripada jumlah kalori dalam makanan di Amerika. Ini dikaitkan dengan kenaikan berat badan dan pengurangan tahap glukosa darah. Produk ini tidak mengandungi kandungan gula dan hanya sedikit kalori, jika ada. Jadi, ini boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang untuk membantu individu mengurangkan pengambilan makanan berlebihan tanpa mengorbankan rasanya.

3. Kanser pankreas

Stevia mengandungi banyak sebatian sterol dan antioksida, termasuk kaempferol. Kajian mendapati kaempferol dapat mengurangkan risiko kanser pankreas sebanyak 23 peratus.

4. Tekanan darah

‘Glycosides’ tertentu dalam ekstrak stevia didapati boleh melebarkan saluran darah. Ia juga dapat meningkatkan perkumuhan sodium dan pengeluaran air kencing. Satu kajian pada tahun 2003 menunjukkan bahawa stevia berpotensi membantu menurunkan tekanan darah. Kajian itu menunjukkan bahawa tanaman stevia mungkin mempunyai tindakan kardiotonik. Tindakan kardiotonik ini membantu untuk mengawal tekanan darah dan mengatur degupan jantung.

5. Alahan

Pada tahun 2010, Jawatankuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) mengkaji mengenai potensi berlakunya reaksi alergi terhadap stevia. Pengulasnya menyimpulkan bahawa “Steviol glycosides adalah tidak reaktif dan tidak mengalami proses metabolisme untuk menjadi sebatian reaktif. Jadi, ia tidak mungkin menyebabkan reaksi alergi dengan sendirinya ketika diambil dalam makanan”.

Adakah stevia selamat untuk diambil?

Beberapa badan pentadbiran global kini telah menentukan bahawa ekstrak stevia selamat untuk dimakan oleh penduduk umum dalam tahap yang disyorkan, termasuk kanak-kanak. Mereka telah menetapkan pengambilan harian yang boleh diterima (ADI) adalah sebanyak 4 miligram per kilogram (kg).

Terdapat beberapa masalah kesihatan berkaitan tumbuhan stevia. Ia dilihat dapat menyebabkan tekanan darah rendah, yang akan menjadi perhatian bagi individu yang mengambil ubat tekanan darah. Terdapat juga penyelidikan berterusan mengenai bahan kimia tertentu yang berlaku secara semula jadi di stevia di mana ia dikatakan boleh menyebabkan mutasi genetik dan kanser.

Justeru itu, anda haruslah berhati-hati ketika menggunakan ubat-ubatan yang juga dapat menurunkan gula darah. Individu yang mengambil insulin atau ubat diabetes secara oral harus dipantau dengan teliti oleh pakar penjagaan kesihatan yang berkelayakan, termasuk seorang ahli farmasi.

Malah, bahan ini juga boleh berinteraksi dengan anti-kulat, anti-radang, anti-mikroba, ubat-ubatan anti-kanser, anti-virus, penekan selera makan, penyekat saluran kalsium, ubat penurun kolesterol, ubat-ubatan yang meningkatkan pengeluaran air kencing, agen kesuburan dan ubat-ubatan lain. Oleh itu, individu harus berbincang dengan doktor mereka sebelum memutuskan untuk mengambil stevia dalam jumlah besar.

Bagaimana untuk gunakan stevia sebagai pengganti gula anda?

Stevia boleh digunakan sebagai pengganti gula biasa untuk makanan dan minuman kegemaran anda. Secubit serbuk stevia adalah sama dengan kira-kira satu sudu teh gula.

Cara mudah untuk menggunakannya termasuk:

  • dalam kopi atau teh
  • dalam air limau buatan sendiri
  • ditaburkan pada bijirin panas atau sejuk
  • dalam ‘smoothie’
  • ditaburkan pada yogurt tanpa gula

Anda boleh memanggang dengan stevia, walaupun ia boleh menyebabkan kek dan biskut rasa seperti akar kayu manis.

Jenama lain tidak dibuat khusus untuk proses pembakaran kek atau biskut, jadi anda perlu menggunakannya kurang daripada sukatan gula biasa. Anda harus menambahkan cecair tambahan atau ramuan besar seperti ‘applesauce’ atau pisang lenyek ke resipi anda untuk menebus gula yang hilang. Malah, ia mungkin memerlukan beberapa percubaan dan kesilapan untuk mendapatkan tekstur dan tahap kemanisan yang anda sukai.

Kawalan peraturan stevia

Di Malaysia, Stevia rebaudiana dibenarkan dalam produk farmasi sebagai pemanis. Namun, penggunaan stevia secara selamat masih dalam perbahasan kerana terdapat banyak penemuan yang bertentangan mengenai literaturnya.

Beberapa badan pentadbiran seperti Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA) tidak membenarkan penggunaan ekstrak stevia daripada daun utuh atau kasar kerana terdapat kebimbangan mengenai keselamatannya seperti kawalan gula darah, kesan pada sistem pembiakan, kardiovaskular dan buah pinggang.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan klinikal diperlukan sebelum keselamatan berkaitan penggunaan stevia dapat dipastikan.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/287251#Possible-health-benefits

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/stevia-side-effects#benefits

https://www.livescience.com/39601-stevia-facts-safety.html

http://www.myhealth.gov.my/en/use-of-stevia-as-sweetener/

Summary
Stevia Sebagai Pengganti Gula
Article Name
Stevia Sebagai Pengganti Gula
Description
Stevia, juga disebut sebagai ‘Stevia rebaudiana’, adalah tanaman yang merupakan anggota keluarga ‘chrysanthemum’, subkelompok keluarga Asteraceae (keluarga ‘ragweed’).
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: