‘Staycation’ Di PD Waterfront Bercuti di PD Waterfront

pd waterfront

PD Waterfront merupakan sebuah pembangunan esplanade yang terletak di tengah-tengah Bandar Port Dickson dan menghadap ke arah Pulau Arang yang terletak di seberang laut.  Ianya merupakan lokasi pilihan yang popular bagi pengunjung yang datang berkeluarga terutama pada waktu petang, lazimnya untuk menikmati keindahan pantai sambil bermain layang-layang.

Lokasinya yang hanya 90 kilometer dari Kuala Lumpur menjadikan PD Waterfront antara lokasi percutian yang popular terutamanya bagi penduduk tempatan. Akan tetapi, disebabkan pandemik covid-19 yang melanda di seluruh dunia, sekatan pergerakan terpaksa dilaksanakan di banyak negara (termasuk Malaysia) sehingga ramai yang terpaksa berkurung di rumah.

Oleh sebab itu, pasti ramai yang rindukan percutian kan? Dalam satu kajian menunjukkan percutian dapat menaikkan kegembiraan seseorang. Walaubagaimanapun, kegembiraan tersebut akan menurun beberapa minggu selepas bercuti. Setelah itu, pengkaji menemukan penemuan yang lebih menarik : perbuatan merancang percutian memberi kesan kegembiraan lebih lama keatas seseorang. Jadi, di sini kami ingin mencadangkan lima (5) pilihan ‘staycation’ yang sesuai di PD Waterfront yang boleh dijadikan target anda dan keluarga setelah sekatan pergerakan dilonggarkan nanti.

Pearl Villa Hotel & Resort

Pearl Villa Hotel & Resort, Port Dickson | 2022 Updated Prices, Deals

Pearl Villa Hotel & Resort adalah sebuah hotel bajet yang pada asalnya adalah deretan rumah teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi hotel. Ianya terletak di jalan utama di tepi pantai Teluk Kemang yang popular. Hotel ini dicat dengan warna pelangi kelihatan sangat meriah dan ceria. 

Hotel ini menawarkan 3 jenis penginapan iaitu bilik queen standard dan 2 jenis villa iaitu villa jenis A dan villa jenis B. Villa jenis A mempunyai laman yang lebih luas daripada villa jenis B. Kedua-dua villa mempunyai 5 bilik tetamu dan boleh memuatkan hingga 12 orang tetamu. Kedua-dua jenis unit mempunyai dapur yang lengkap dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan perkakas memasak. terdapat kemudahan untuk memanggang barbeque disediakan di halaman belakang villa. Akses internet Wifi juga ada disediakan. Jarak ke pantai pula hanya 10 minit berjalan kaki.

Alamat : No 1 PT 12, Jalan Pantai Batu 8, Taman Bandar Baru, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Malaysia

Naam Boutique Lodge

Naam Boutique Lodge-Port Dickson Updated 2022 Room Price-Reviews & Deals |  Trip.com

Naam Boutique Lodge adalah sebuah hotel butik yang didirikan di banglo 2 tingkat yang dibina cantik dengan persekitaran yang lapang. Ianya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan memastikan tetamu yang menginap merasa selesa seperti berada di rumah sendiri.

Naam Boutique Lodge menawarkan 3 jenis penginapan kepada tetamu iaitu bilik Queen Standard, bilik Twin Standard dan sebuah unit pangsapuri. Kedua-dua bilik lengkap dengan penghawa dingin, almari pakaian dan mempunyai bilik mandi sendiri. Untuk unit pangsapuri pula, ianya berkelengkapan penuh. Setiap unit mempunyai bilik tidur, bilik mandi dan dapur yang lengkap dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik. Terdapat juga balkoni untuk menikmati pemandangan laut disediakan.

Hotel ini mempunyai kemudahan memanggang makanan di halamannya. Terdapat juga tempat berehat dan bersantai untuk para tetamu bergaul dan berkumpul. Ianya juga sangat dekat dengan pantai. 

Alamat : Lot.1942 Bt.8 Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Malaysia

Crystal Private Water Chalet Port Dickson

Crystal Private Water Chalet - 2022 Deals

Crystal Private Water Chalet ini adalah salah satu hotel yang menyediakan penginapan chalet atas air. Ianya juga mempunyai kawasan pantai peribadi.

Hotel ini menawarkan 2 jenis bilik penginapan iaitu Chalet Deluxe dan Chalet Executive. Setiap unit mempunyai balkoni dengan pemandangan laut dan dilengkapi dengan sambungan WIFI, TV berskrin rata, penyaman udara, bar mini, sofa santai, dan meja tulis. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi.

Alamat : Bt2, Jalan Seremban, Taman Tanjung, Port Dickson, 71000 Port Dickson, Malaysia

Avillion Port Dickson

Hotel Hotel Avillion Port Dickson, Port Dickson - trivago.com.my

Avillion Port Dickson adalah sebuah tempat penginapan atas air dan menghadap Selat Melaka.

Ianya menawarkan 3 jenis chalet mewah dan 2 jenis villa yang direkan seperti sebuah kampung nelayan Melayu tradisional. Chalet yang ditawarkan adalah chalet taman, chalet air dan studio pantai. Kesemua chalet di hotel ini berhawa dingin, mempunyai balkoni, perabot kayu dan lengkap dengan tab mandi. Villa yang ditawarkan pula adalah villa 1 bilik tidur dan villa 2 bilik tidur. Villa-villa ini dibina dengan menggabungkan keanggunan warisan Malaysia dan keselesaan moden yang mewah. Villa-villa disini juga mempunyai bilik mandi langit terbuka dan jakuzi. Terdapat 5 pilihan untuk menjamu selera disediakan di hotel ini.

Alamat :  3rd Mile Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Malaysia

See Also
Muar

Grand Lexis Port Dickson

Official Website of Grand Lexis® Port Dickson | Luxury Villa Hotel with  Private Pool

Grand Lexis Port Dickson terletak 500 meter dari Pantai Tanjung Gemuk. Ia menawarkan vila-vila yang elegan dengan kolam renang peribadi. Hotel ini dikelilingi oleh taman-taman berlandskap serta menawarkan 4 pilihan tempat makan dan pelbagai aktiviti rekreasi. WiFi percuma disediakan di dalam vila.

Vila-vila tertentu menawarkan pemandangan laut dan panel kaca di lantai untuk pemandangan bawah air yang menakjubkan. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan. Hotel ini mempunyai sebuah kafe, sebuah restoran makanan jepun, sebuah bar dan sebuah pool kafe.

Alamat : Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia


https://www.portdickson.info/pd-waterfront.htm

https://www.portdickson.info/

https://www.psychologytoday.com/us/blog/evidence-based-living/201702/the-evidence-vacations

https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/staycation

error: Content is protected !!