st ives

Penjagaan kulit yang baik adalah penting dalam kehidupan kita. Ia dapat membantu kulit anda sentiasa dalam keadaan baik. Kulit kita membuang sel-sel kulit sepanjang hari, jadi penting untuk memastikan kulit anda bersinar dan bersih selalu. Rutin yang berkesan seperti produk St Ives dapat membantu mencegah jerawat, merawat kedutan, dan menjaga kulit anda agar kelihatan terbaik.

Produk penjagaan kulit St Ives dapat memastikan kulit anda sentiasa terjaga dengan ramuan semulajadi di dalam produknya. Ia juga telah lama di pasaran, sejak tahun 1955.

Berikut adalah 10 produk yang bagus untuk kulit wajah yang bersih dan berseri.

St. Ives Gentle Smoothing Face Scrub and Mask, Oatmeal, 6 oz

St Ives Gentle Smoothing Face Scrub and Mask, Oatmeal

RM9.00

St Ives Gentle Smoothing Face Scrub and Mask, Oatmeal yang lembut ini berfungsi untuk melembutkan dan menghilangkan kekeringan dan juga berfungsi sebagai face mask untuk menyuburkan kulit dengan serta-merta. Ia dibuat dengan 100% lulur yang semula jadi. Oat yang digunakan di dalam produk ini dituai dari biji-bijian oat yang ditanam di ladang di seluruh Amerika Syarikat. Lulur dan topeng ini adalah bebas minyak, bebas paraben, diuji oleh ahli dermatologi dan tidak komedogenik dimana ia tidak akan menyumbat liang pori anda.

FREEMAN Avocado and Oatmeal Face Mask 175ml

FREEMAN Avocado and Oatmeal Face Mask 175ml

RM28.00

Menyuburkan dan menyucikan kulit muka anda dengan Freeman mask yang menakjubkan ini. Ia mengandungi tanah liat yang kaya untuk menyerap ke dalam kulit untuk membersihkan kotoran dan minyak dari liang pori. Ia mempunyai Vitamin E, avocado dan oatmeal yang kaya dengan nutrien untuk melembapkan dan memastikan kelembutan pada kulit berkekalan. Kulit anda akan kelihatan dan terasa lebih bersih dan lembut apabila disentuh. Face mask ini sesuai untuk kulit normal hingga kombinasi.

ST. IVES GREEN TEA BLACKHEAD CLEARING SCRUB 170G

St Ives Green Tea Blackhead Clearing Scrub 170gm

RM26.50

St Ives Green Tea Blackhead Clearing Scrub ini mengandungi 100% ekstrak exfoliant dan teh hijau bersumber secara semula jadi. Apabila digunakan, anda akan berasa sangat puas kerana ia akan membuang kotoran dan minyak dari liang untuk menjadikan kulit anda cerah dan berseri. Produk ini adalah bebas dari paraben, telah diuji secara dermatologi dan bebas minyak. Bahan yang digunakan untuk scrub adalah 100% semulajadi dan tiada bahan sintentik yang tidak mesra alam.

NATURALS BY WS Tea Tree Green Tea Polishing Mask

Naturals by WS Tea Tree Green Tea Polishing Mask

RM27.93

Face mask ini juga berfungsi sebagai lulur muka, mengandungi Kuasa Mattifikasi yang berganda, lulur dan pelembapan sekaligus, menjadikan kulit anda berasa lebih sihat, segar dan halus. Kuasa Mattifikasi yang berganda berfungsi sebagai Charcoal Exfoliator juga. Ia dapat menghilangkan kekotoran dan lebihan sebum; tea tree dan ekstrak teh hijau untuk kawalan sebum di muka anda. Produk ini adalah bebas dari paraben, alkohol, lanolin, minyak mineral, Sodium Lauryl Sulfate, Isothiazolinone (MIT, CMIT, BIT). Produk ini dibuat dari negara Korea.

St. Ives Timeless Skin Collagen Elastin Moisturizer 283g

St Ives Timeless Skin Collagen Elastin Moisturizer 283g

RM13.99

St Ives Timeless Skin Collagen Elastin Moisturizer ini diformulasikan dengan protein kolagen dan elastin. Ia juga mengandungi minyak biji Safflower semulajadi. Penggunaan kerap produk ini akan mengurangkan penampilan garisan halus dan kedutan yang sedia ada.
Krim muka ini adalah bebas dari paraben dan sulfat. Produk ini sesuai untuk digunakan oleh orang yang mempunyai kulit combination, normal, sensitif, sering, kuam dan mempunyai tanda-tanda penuaan

Olay Total Effects Anti Aging

Olay Total Effects Anti Aging

RM39.90

Krim muka yang boleh digunakan setiap hari memberikan 7 faedah anti-penuaan dalam 1, ditambah SPF 15 untuk membantu melindungi daripada pendedahan cahaya matahari, penyebab utama penuaan.Krim ini melawan 7 tanda penuaan termasuk; meminimumkan penampilan garis halus dan kedutan, melembapkan kulit kering, mengimbangi warna dan tona kulit sambil mengurangkan penampilan bintik-bintik usia, melicinkan tekstur kulit dengan pengelupasan lembut, menghaluskan kulit untuk mengurangkan penampilan liang, melindungi permukaan kulit dari kerosakan radikal bebas dengan antioksidan dan memperkukuhkan penampilan kulit dengan penghidratan.

St. Ives Green Tea Cleanser (200ml)

St Ives Green Tea Cleanser (200ml)

RM26.50

St Ives Green Tea Cleanser ini adalah amat sesuai untuk kulit yang kerap mendapat jerawat. Produk ini mengandungi 100% ekstrak teh hijau bersumber semula jadi untuk membantu menjaga kulit anda supaya sentiasa bersih dan segar selalu. Ramuan lain di dalam produk ini juga dibuat dengan 100% ekstrak sumber semula jadi 100% dari tumbuhan termasuk buah zaitun. Produk ini juga adalah bebas dari paraben, telah diuji secara dermatologi, bebas dari minyak mineral dan juga bukan komedogenik maka ia tidak akan menyebabkan liang tersumbat.

HADA LABO Deep Clean & Pore Refining Face Wash

HADA LABO Deep Clean & Pore Refining Face Wash

RM23.85

Hada Labo cleanser ini digunakan untuk mengetatkan pori-pori dan menghilangkan kilauan pada wajah anda. Ia boleh membersihkan dan menghidratkan secara mendalam dengan Hyaluronic Acid yang berfungsi untuk menghidrat kulit secara intensif bagi mengelakkan kekeringan pada kulit dan menjadikannya lembut, Selain itu ia mempunyai Bentonite Clay iaitu tanah liat mineral dari abu gunung berapi semula jadi yang berkesan menyerap kotoran, minyak dan kotoran dari liang roma di muka dan Ekstrak Teh Hijau sebagai penapis kulit, yang mengawal minyak di kulit muka. Pembersih muka ini sesuai untuk kulit berminyak / kombinasi.

ST IVES Soothing Chamomile Daily Cleanser 200ml

St Ives Soothing Chamomile Daily Cleanser 200ml

RM39.90

St Ives Calming Chamomile dibuat dengan 100% ekstrak chamomile semula jadi untuk menjadikan anda kulit berasa tenang. Pembersih muka chamomile ini dibuat tanpa wangian dan sesuai untuk kulit sensitif dan juga kulit berminyak. Ekstrak dari bunga-bunga kecil ini terkenal dengan khasiatnya yang menenangkan. Pembersih harian yang lembut ini akan menghilangkan kotoran dan minyak, dari permukaan kulit dan merupakan tambahan yang sempurna untuk rutin harian anda. Pembersih muka yang lembut ini adalah cruelty free.

HADA LABO Mild & Sensitive Face Wash

HADA LABO Mild & Sensitive Face Wash

RM28.00

Hada Labo cleanser ini mempunyai buih lembut yang menghidupkan semula kulit, menenangkan alergi kulit dan menghidrat kulit sensitif. Ia juga boleh melegakan kemerahan pada kulit, kerengsaan dan melindungi kulit dari tanda-tanda penuaan. Produk ini mempunyai asid Hyaluronik untuk membersihkan pori-pori dengan lebih mendalam, mengawal minyak dan mengecilkan pori-pori untuk mendapatakan kulit yang lebih lembut dan licin. Pembersih muka ini mempunyai ekstrak licorice, gingko biloba dan calendula.

Kami sudah senaraikan produk dari St Ives dan 9 alternatif untuk anda dapatkan kulit yang bersih berseri. Oleh itu, kenalpasti jenis kulit wajah anda dan pilihlah produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Summary
St Ives Gentle Smoothing Face Scrub and Mask dan 9 Alternatif Untuk Kulit Wajah Berseri
Article Name
St Ives Gentle Smoothing Face Scrub and Mask dan 9 Alternatif Untuk Kulit Wajah Berseri
Description
Penjagaan kulit yang baik adalah penting dalam kehidupan kita. Ia dapat membantu kulit anda sentiasa dalam keadaan baik. Kulit kita membuang sel-sel kulit sepanjang hari, jadi penting untuk memastikan kulit anda bersinar dan bersih selalu. Rutin yang berkesan seperti produk St Ives dapat membantu mencegah jerawat, merawat kedutan, dan menjaga kulit anda agar kelihatan terbaik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: