Now Reading
SSDM KPM: Sistem Sahsiah Diri Murid Online

SSDM KPM: Sistem Sahsiah Diri Murid Online

ssdm

SSDM KPM: Sistem Sahsiah Diri Murid Kementerian Pelajaran Malaysia dulu dikenali sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Sistem ini telah diubahsuai dengan penambahbaikan untuk turut mencatat perilaku terpuji yang dilakukan selain daripada merekod salahlaku disiplin murid.

Sistem ini merupakan salah satu cabang kepada Modul Pengurusan Murid dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid. Dengan memasukkan elemen “markah”, sahsiah murid dapat dinilai dan dibantu sekiranya perlu agar mencapai sahsiah yang cemerlang.

FUNGSI SSDM

SSDM yang terkini lebih mengutamakan amaln baik murid-murid untuk mengalakkan semnagat berbuat baik dan mengamalkan nilai murni dalam kalangan murid. Sistem ini juga berperanan untuk membantu daripada segi penyediaan maklumat secara efektif dan sentiasa update. Hal ini membolehkan para guru dan ibubapa untuk cakna dengan lebih awal sekiranya anak mereka mempunyai sebarang masalah.

Untuk memudahkan kerja para guru dan ibu bapa untuk akses kepada laporan berkaitan anak mereka, SSDM dibina berasaskan sistem laman website. Para guru dan ibubapa di seluruh Malaysia kini boleh memantau rekod anak mereka dengan mudah, cepat dan pada bila-bila masa hanya melalui capaian internet.

Secara ringkasnya, berikut ialah fungsi SSDM yang terkini (versi 2.0):

SSDM terdiri daripada 4 tahap pengguna iaitu:

  • Sekolah
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian Pengurusan Harian Sekolah.

Cara Mudah Login SSDM Online

Sistem SSDM KPM boleh dilogin secara online untuk semakan ibubapa yang melibatkan rekod salahlaku dan sahsiah murid di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi versi yang pertama.

Setelah dinaiktaraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sistem ini juga merekodkan perbuatan baik dan terpuji murid-murid. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid agar sentiasa berperilaku baik untuk mempunyai rekod yang baik apabila ditunjukkan kepada ibubapa.

Sistem ini boleh diakses oleh 4 jenis pengguna seperti yang dinyatakan di atas.

  • Berikut ialah cara mudah untuk login ke SSDM secara online:
  1. Sistem SSDM boleh diakses secara online melalui laman web, ssdm.moe.gov.my. Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) versi 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel.

(Cara login adalah berbeza-beza mengikut modul pengguna.)

2. Masukkan ID dan katalaluan. Kemudian, klik “Masuk”.

3. Halaman seterusnya akan menunjukkan paparan utama bagi pengguna pihak sekolah berserta menu-menu yang disediakan iaitu;

  • Maklumat Terkini
  • Tukar Kata Laluan
  • Maklumat Sekolah
  • Maklumat Murid
  • Laporan
  • Muat Turun
  • Pengesahan
  • Log Keluar

4. Pihak sekolah boleh membuat pilihan mengikut menu pilihan yang ada untuk memastikan data sekolah dan murid sentiasa dikemaskini.

5. Semua perkara berkaitan murid-murid boleh diakses melalui pilihan “Maklumat Murid”.

6. Masukkan nama murid atau nombor kad pengenalan murid untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan murid tersebut.

7. Kemudian, anda boleh mengemaskini maklumat tersebut dengan memasukkan maklumat dan data terkini seperti senarai salahlaku, perbuatan baik dan lain-lain.

8. Bagi mengisi atau mengemaskini senarai salahlaku atau perbuatan baik, anda boleh memasukkan perincian peristiwa. Sebagai contoh, lokasi dan masa kejadian.

9. Seterusnya, setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, surat amaran boleh dicetak sekiranya diperlukan jika terdapat salahlaku murid yang berkaitan.

Apa yang menariknya, dengan menggunakan sistem ini semua maklumat yang anda perlukan seperti laporan disiplin pelajar sekolah, keterangan perbuatan, senarai semak dan lain-lain boleh didapati dengan mudah dan cepat.

Anda boleh memuat turun manual pengguna yang lain dibawah:

  1. Manual Pengguna Sekolah
  2. Manual Pengguna PPD
  3. Manual Pengguna JPN
  4. Manual Pengguna BPSH

Log Keluar

Pengguna diwajibkan untuk klik “Log Keluar” untuk keluar dari sistem setelah selesai menggunakan sistem ini. Jangan pernah sama sekali meninggalkan komputer tanpa klik butang log keluar untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan sistem oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sistem Sahsiah Diri Murid yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ini diharapkan dapat menjadi salah satu platform yang dapat membantu tugas para guru dalam memantau disiplin murid-murid. Bukan itu sahaja, dengan wujudnya sistem ini kerja pihak sekolah, PPD, JPN, BPPSH dan lain-lain menjadi lebih efisien dan cepat.

Akhir kata, semoga permasalahan disiplin pelajar dapat diuruskan dengan lebih baik melalui ssistem ini disamping menyediakan data-data nasional yang terkini dan tepat. Ikuti manual pengguna yang diberikan untuk mengetahui cara penggunaan sistem ini dengan lebih terperinci.

Sekian, terima kasih.

SUMBER:
https://mypt3.com/login-ssdm-online-guru
https://cikgufaisol.blogspot.com/2017/06/sistem-sahsiah-diri-murid.html
https://www.sistemguruonline.my/2017/04/ssdm-online-login.html
https://skoloh.com/login-ssdm-sistem-sahsiah-diri-murid/

error: Content is protected !!