Spring roll Dengan Sos Cili Thai
Resepi versi spring roll ini mengandungi 17g protein bagi setiap hidangan dan hanya 10 gram lemak termasuklah sos pencecahnya!

Anda mahukan keenakan spring roll tanpa minyak sewaktu menggoreng? Versi spring roll ini mengandungi 17g protein bagi setiap hidangan dan hanya 10 gram lemak termasuklah sos pencecahnya!

  • Masa penyediaan: 30 minit
  • Masa memasak: 20 minit
  • Tahap: Sederhana
  • Saiz hidangan: 20 gulung

Peralatan yang diperlukan:

  • Ketuhar
  • Kuali

Bahan- Bahan:

Bahan bagi menyediakan spring roll:

  • 1 sudu besar kicap soya (pilih kurang lemak)
  • 2 sudu besar minyak bijan bakar
  • 1/2 sudu besar halia, diparut
  • 400g tauhu kental, dipotong 3” panjang dan 1” lebar
  • 250g juliet spring roll
  • 250g suhun
  • 2 tangkai bok choy, dicincang
  • 1 helai daun bawang
  • 2 batang lobak merah sederhana, dihiris panjang
  • 1 biji lada, dihiris nipis
  • 150g cendawan, dihiris nipis
  • 1 sudu besar bawang putih cincang

Bahan bagi penyediaan sos thai:

  • 1/2 cawan cuka atau cuka epal
  • 1 sudu besar minyak bijan bakar
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar halia parut
  • 1 tangkai cili merah, dibuang biji dan dicincang halus

Cara penyediaan:

Cara menyediakan inti:

1.Campur kicap bersama halia dan  dan 1 sudu minyak bijan

2. Masukkan tauhu ke dalam campuran kicap dan perlahan-lahan sebatikan semua bahan. Ketepikan dan perap selama 10 minit. Kemudian, tapis cecair dan simpan untuk digunakan dalam masakan.

3. Masak tauhu yang telah diperap dalam kuali tidak melekat atau kuali yang besar di atas api sederhana.

4. Goreng bok choy, bawang besar, lobak merah, cendawan, dan bawang putih sehingga 7 hingga 10 minit. Keluarkan bahan-bahan goreng, tapis minyak dan simpan.

5. Rendam suhun. Tapis suhun dan masukkan ke dalam periuk. Tuangkan minyak goreng sayur yang disimpan ke atas bihun dan sebatikannya.

6. Panaskan ketuhar hingga 200°C. Lapiskan dengan 2 helai ‘baking sheet’ bersama foil aluminium dan sadurkan dengan semburan minyak masak.

Cara menyediakan spring roll:

1.  Bentangkan kulit dan letakkan suhun. Seterusnya, tambah sayur-sayuran goreng serta tauhu. Gulungkannya.

2. Sediakan gulungan-gulungan di atas ‘baking sheet’ dan lapiskan permukaan spring roll dengan minyak masak.

3. Bakar sehingga spring roll berwarna perang keemasan, selama kira-kira 20 minit.

4. Sementara itu, sediakan sos pencecah Thai dengan mencampurkan semua bahan-bahannya dalam sebuah mangkuk.

5. Hidangkan spring roll yang panas dengan lapisan sos Thai di bahagian atasnya.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Spring Roll Dengan Sos Cili Thai
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: