SPNB

Memiliki rumah idaman sendiri pasti menjadi tanda tanya namun melalui satu skim bantuan Kerajaan impian membina rumah di atas tanah sendiri kian menjadi kenyataan iaitu rumah SPNB.

Sekiranya anda merupakan individu yang makan gaji ataupun berpendapatan yang rendah, masih tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah namun sudah tidak sesuai untuk diduduki tetapi memiliki tanah untuk membina rumah yang jauh lebih baik anda layak memohon!

Untuk makluman anda program SPNB ini  telah ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia. Kini, ianya dibuka kepada individu yang ingin memohon Skim SPNB Rumah Mesra Rakyat 2021. Khususnya kepada mereka yang memerlukan bantuan rumah yang boleh dibina di tanah sendiri seluruh negeri dalam Malaysia. Kaedah untuk memohon bantuan juga cukup mudah.

Anda jangan rasa risau, sangsi atau tidak yakin dengan pendapatan anda kerana, program ini sememangnya disediakan untuk mereka yang berpendapatan rendah dan yang ada tanah tetapi mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan pembiayaan dan pinjaman besar. Seperti golongan yang tidak mampu untuk sediakan deposit beli rumah pertama ataupun bina rumah mampu milik sendiri.

Sekiranya anda merupakan penjawat awam dan ingin memohon, anda boleh login LPPSA bagi pinjaman perumahan kerajaan.

Sebenarnya syarat permohonan SPNB ini tidaklah terlalu complicated atau rumit. Antara syarat yang harus anda patuhi untuk memohon adalah:

  • Anda mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun hingga 65 tahun ketika memohon.
  • Anda mestilah dalam kategori golongan yang berpendapatan rendah. Nilai pendapatan kasar seisi rumah mestilah berjumlah di antara RM750 hingga RM3 ribu sebulan
  • Anda dan pasangan tidak memiliki rumah atau tiada rumah sendiri ataupun mempunyai rumah yang sudah tidak sesuai untuk didiami.
  • Pemohon mestilah yang mempunyai tanah sendiri
  • Tanah yang dimilik untuk di dirikan rumah mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian mahupun sebarang sekatan.
  • Sekiranya tanah yang mahu digunakan bagi pelaksanaan projek ini adalah hak milik orang lain, pemohon mestilah mendapatkan surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah bagi mendapatkan kebenaran yang sah.
  • Keluasan tanah yang diperlukan untuk didirikan rumah adalah berukuran tidak kurang 3,600 kps. Ini adalah tertakluk kepada kelulusan yang dibenarkan pihak SPNB.
  • Tapak pembinaan yang disediakan mestilah  mengikut spesifikasi
  • Peruntukan kewangan kerajaan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut badan yang terlibat bagi urusan kelulusan.
spnb

Kos Harga Rumah Mesra Rakyat 2021

Skim syarikat perumahan SPNB menyediakan 3 jenis (pattern), pelan (plan), rekabentuk, luas & saiz ukuran dan ciri rumah. Berikut adalah huraiannya

Bantuan kerajaan bina rumah atas tanah sendiri

Jenis A (Rumah di Semenanjung Malaysia)

  • Harga : RM75 ribu
  • Keluasan : 1000 kps
  • Bilik : 3 bilik 2 bilik air
  • Subsidi Kerajaan : RM20 ribu beserta 2 peratus kadar faedah pinjaman

Jenis B (Rumah di Pulau Langkawi, Tioman, Pangkor)

  • Harga : RM85 ribu
  • Keluasan : 850 kps
  • Bilik : 3 bilik 2 bilik air
  • Subsidi Kerajaan : RM20 ribu beserta 2 peratus kadar faedah pinjaman

Jenis C (Rumah di Sabah, Sarawak, Labuan)

  • Harga : RM75 ribu hingga RM105 ribu
  • Keluasan : 750 kps
  • Bilik : 2 bilik 2 bilik air
  • Subsidi Kerajaan : RM20 ribu beserta 2 peratus kadar faedah pinjaman

Terdapat lima cara untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 2021

Sekiranya anda berminat untuk memohon bantuan rumah mesra rakyat ini berikut adalah lima proses terbaru:

  • Langkah pertama, anda perlulah lengkapkan Borang Permohonan bagi membina rumah atas tanah sendiri secara online di laman web rmr.spnbonline.com.my
  • Anda kemudiannya sila log masuk ke laman web portal rasmi SPNB: https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/
  • Kemudian sila lengkapkan borang pendaftaran dan permohonan online rumah SPNB
  • Pastikan, anda penuhkan ruangan yang disediakan dalam borang permohonan dengan info terkini & terbaru berkaitan dengan anda
  • Setelah selesai melengkapkan borang, sila semak semula dan klik Selesai.

Selepas itu anda hendaklah mencetak borang dan dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan adalah:

  • salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan,
  • salinan kad pengenalan tuan tanah sekiranya bukan tanah anda,
  • salinan pemohon kedua jika perlu,
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari pejabat tanah,
  • akuan sumpah surat pengesahan tidak memiliki rumah,
  • salinan sijil nikah pemohon,
  • surat akuan daripada tuan tanah,
  • surat pengesahan pendapatan pemohon atau salinan terbaru slip gaji terkini 3 bulan yang telah disahkan

Kemudian anda perlu menghantar borang permohonan yang telah lengkap bersama-sama dokumen berkaitan ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan dengan anda

Pihak SPNB bertanggungjawab untuk memeriksa  permohonan anda : Permohonan yang LAYAK akan dimajukan kepada penilai pinjaman manakala sekiranya GAGAL  anda akan diberitahu.

NOTA: Masa yang diperuntukkan bagi pembinaan rumah ini tidak melebihi 18 bulan atau setahun setengah daripada tarikh borang permohonan anda dihantar.

Selepas 3 bulan daripada tarikh anda membuat pendaftaran, kelulusan permohonan akan dikenalpasti samada anda lulus atau tidak. Bagi permohonan rumah mesra rakyat online 2021 tiada semakan status permohonan disediakan

Cara-cara untuk proses daftar rumah

Berikut adalah proses pendaftaran sehinggalah borang permohonan anda berjaya dihantar kepada kakitangan SPNB yang bertugas,

Checklist Pemohon

  • Anda mestilah melengkapkan dan hantar borang permohonan
  • Jalan masuk ke tapak pembinaan rumah hendaklah anda sediakan sendiri
  • Anda mestilah membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
  • Bekalan elektrik dan bekalan air hendaklah disediakan sendiri
  • Anda perlu sediakan akaun bank untuk membuat pembayaran bulanan pinjaman skim rumah ini

Pejabat Cawangan SPNB

Disini kami sertakan lokasi pejabat cawangan spnb untuk permohonan RMR SPNB

Walau dimana jua anda berada di Malaysia sekiranya anda layak untuk memohon, silakan rebut peluang mohon skim bantuan bina rumah atas tanah sendiri. Bukan itu sahaja silalah war-warkan kepada saudara dan teman terdekat anda. Semoga info ini bermanfaat untuk semua!

SUMBER:

https://spnb.com.my/?lang=en

https://mypt3.com/rumah-mesra-rakyat-spnb

Summary
SPNB: Cara Memohon Skim Rumah Mesra Rakyat Online
Article Name
SPNB: Cara Memohon Skim Rumah Mesra Rakyat Online
Description
Memiliki rumah idaman sendiri pasti menjadi tanda tanya namun melalui satu skim bantuan Kerajaan impian membina rumah di atas tanah sendiri kian menjadi kenyataan iaitu rumah SPNB.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: