Now Reading
Sejarah Pelaksanaan SPM

Sejarah Pelaksanaan SPM

spm

SPM yang juga dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia ini sudah tidak asing lagi bagi setiap warganegara Malaysia. Peperiksaan ini yang selalunya diambil pada usia 17 tahun atau apabila pelajar memasuki Tingkatan Lima di peringkat Sekolah Menengah Atas. Peperiksaan ini diambil sebagai sijil kelayakan untuk meninggalkan peringkat sekolah menengah sebelum memasuki peringkat seterusnya iaitu peringkat persediaan masuk ke institut pengajian tinggi seperti matrikulasi, asasi, tingkatan enam atau diploma. Sijil SPM ini juga boleh digunakan untuk memohon pekerjaan di peringkat pelaksanaan.

SPM Setaraf Sijil Luar Negara?

Untuk pengetahuan anda, SPM ini sebenarnya setaraf dengan General Certificate of Secondary Education (GCSE) yang diambil oleh pelajar-pelajar di England, Wales dan Northern Ireland. Selain itu, SPM juga setaraf dengan sijil peperiksaan Nationals 4/5 di Scotland dan GCE Ordinary Level di negara-negara Komanwel yang lain. Di negara-negara luar ini, sijil ini bererti anda boleh meninggalkan Gred 11 di sekolah menengah mereka.

Manakala bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah antarabangsa, SPM ini juga setaraf dengan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Sijil Pelajaran Malaysia ini juga dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mulai daripada tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula melaksanakan silibus baru dalam pembelajaran dan pengajaran yang dikenali sebagai silibus KSSM yang menggantikan silibus lama iaitu KBSM.

Sejarah Asal Usul SPM

Sijil Pelajaran Malaysia ini sebenarnya hanya diperkenalkan di dalam sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1964. Sebelum tahun 1964, terdapat pelbagai peperiksaan lain yang digunakan dalam menilai pengajian akhir tahun Sekolah Menengah seperti Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1962 dan Federation of Malaya Certificate pada tahun 1957. SPM pula hanya dilaksanakan sepenuhnya dan diselaraskan pada tahun 1987. Silibus KBSM pula hanya diperkenalkan pada tahun 1993 dan diganti pada tahun 2021 dengan silibus KSSM.

Subjek-subjek

Untuk menduduki SPM, setiap pelajar wajib mengambil beberapa subjek. Subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik adalah wajib diambil oleh semua pelajar sekolah menengah di Malaysia tanpa mengira aliran pendidikan. Manakala, bagi pelajar aliran Kewangan, Sastera dan Seni pula, subjek Sains juga wajib diambil untuk melengkapi syarat subjek wajib. Pelajar yang beragama Islam pula wajib untuk mengambil subjek Pendidikan Islam dan pelajar bukan Islam pula diwajibkan untuk mengambil subjek Pendidikan Moral.

Subjek-subjek Pilihan

Untuk Bahagian Elektif, SPM ada subjek berikut untuk dipilih.

Sains dan Matematik

  1. Matematik Tambahan
  2. Fizik
  3. Kimia
  4. Biologi
  5. Sains Tambahan
  6. Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Bahasa dan Sastera

  1. Literature in English
  2. Kesusasteraan Melayu
  3. Bahasa Arab
  4. Bahasa Cina
  5. Bahasa Tamil
  6. English for Science and Technology
  7. Bahasa Iban
  8. Bahasa Kadazandusun
  9. Bahasa Semai
  10. Bahasa Jepun
  11. Bahasa Jerman
  12. Bahasa Korea
  13. Bahasa Cina Komunikasi
  14. Kesusasteraan Cina
  15. Kesusasteraan Tamil
  16. Bahasa Perancis
  17. Bahasa Punjabi

Ekonomi dan Bisnes

  1. Pengajian Keusahawanan
  2. Perniagaan
  3. Prinsip Perakaunan
  4. Ekonomi

Sains Sosial dan Agama

  1. Geografi
  2. Tasawwur Islam
  3. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  4. Pendidikan Syariah Islamiah
  5. Hifz Al-Quran
  6. Maharat Al-Quran
  7. Turath Al-Quran dan Al-Sunnah
  8. Turath Dirasat Islamiah
  9. Turath Bahasa Arab
  10. Usul Al-Din
  11. Al-Syariah
  12. Al-Lugha Al-Arabiah Al-Mu’asirah
  13. Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
  14. Al-Adab Wa Al-Balaghah
  15. Bible Knowledge

Seni dan Kesihatan

  1. Pendidikan Seni Visual
  2. Pendidikan Muzik
  3. Sains Sukan

Teknikal dan Vokasional

  1. Pertanian
  2. Lukisan Kejuruteraan
  3. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  4. Pengajian Kejuruteraan Awam
  5. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  6. Reka Cipta
  7. Asas Kelestarian
  8. Sains Rumah Tangga
  9. Sains Komputer
  10. Grafik Komunikasi Teknikal
  11. Pembinaan Domestik
  12. Membuat Perabot
  13. Kerja Paip Domestik
  14. Pendawaian Domestik
  15. Kimpalan Arka dan Gas
  16. Menservis Automobil
  17. Menservis Motosikal
  18. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
  19. Menservis Peralatan Elektrik Domestik
  20. Rekaan dan Jahitan Pakaian
  21. Katering dan Penyajian
  22. Pemprosesan Makanan
  23. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
  24. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
  25. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatri
  26. Landskap dan Nurseri
  27. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
  28. Tanaman Makanan
  29. Seni Reka Tanda
  30. Hiasan Dalam Asas
  31. Produksi Multimedia
  32. Grafik Berkomputer

Format Keputusan

Keputusan bergantung sepenuhnya pada peperiksaan dan musim peperiksaan SPM selalunya berlaku pada tahun November dan akan berlangsung lebih kurang tiga minggu. Peperiksaan pada bulan Jun juga dianjurkan untuk pelajar-pelajar yang mahu mengambil peperiksaan ulangan untuk subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik sahaja.

Cara mendapatkan Sijil SPM yang hilang

Untuk info tambahan, penulis juga ingin berkongsikan tiga cara anda boleh mendapatkan kembali sijil peperiksaan SPM yang sudah hilang.

Cara 1: Terus ke Lembaga Peperiksaan

Anda boleh datang sendiri ke pejabat Lembaga Peperiksaan di Putrajaya. Dengan bayaran hanya RM30 dan kad pengenalan serta salinan keputusan (jika anda), anda boleh mendapatkan salinan baru sijil anda.

Cara 2: Diwakili Pihak Ketiga

See Also
Senarai Bantuan Baitulmal Perak Yang Terkini

Anda juga boleh meminta wakil untuk pergi ke pejabat Lembaga Peperiksaan di Putrajaya samaada ibubapa, suami, isteri atau adik-beradik untuk mengambil salinan baru sijil anda. Pihak wakil anda hanya perlu membawa duit bayaran, salinan kad pengenalan anda dan salinan pengenalan wakil, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil yang anda boleh muat turun sendiri di laman web Lembaga Peperiksaan.

Cara 3: Melalui Pos & Online

Cara ini sangat sesuai untuk anda yang berada jauh dari pejabat Lembaga Peperiksaan yang berada di Putrajaya. Anda hanya perlu mengisi borang permohonan di laman web Lembaga Peperiksaan dan bayaran RM30 ke alamat Lembaga Peperiksaan. Sijil akan dipos kepada anda.

SUMBER

https://en.wikipedia.org/wiki/Sijil_Pelajaran_Malaysia

https://www.moe.gov.my/en/orang-awam/sijil-spm

https://elp.moe.gov.my/

error: Content is protected !!