spirulina
Spirulina adalah sejenis alga berwarna biru-hijau yang tumbuh di kedua-dua jenis air iaitu air tawar dan air masin.

Pengenalan

Spirulina adalah sejenis alga berwarna biru-hijau yang tumbuh di kedua-dua jenis air iaitu air tawar dan air masin. Ia juga dihasilkan secara komersil bagi kegunaan dalam makanan dan suplemen.

Memandangkan ia mengandungi 60% protein mengikut berat serta pelbagai jenis vitamin dan mineral, ia digunakan secara meluas sebagai sumber makanan di beberapa bahagian Mexico dan Afrika.

Lebih-lebih lagi, ia adalah sumber kumpulan lemak tidak tepu yang sihat dan antioksidan C-phycocyanin serta beta carotene.

Sebagai suplemen, ia berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-oksidan, anti-radang, perangsang imun dan sumber yang berpotensi untuk mengurangkan kadar kolesterol.

Kegunaan Spirulina

Spirulina digunakan oleh sesetengah individu untuk membantu dengan masalah tertentu. Ini termasuklah:

Kesan Sampingan Spirulina

Terdapat beberapa kesan buruk dikaitkan dengan penggunaannya, seperti dapat menyebabkan sakit kepala, reaksi alergi, sakit otot, berpeluh dan insomnia dalam beberapa kes. Individu yang mengalami alergi terhadap makanan laut, rumpai laut dan sayur-sayuran laut lain seharusnya mengelakkan pengambilan ubat ini. Walaupun ia dikatakan digunakan untuk merawat masalah alahan, namun tidak semuanya boleh dikategorikan sebagai masalah yang sama.

Sekiranya anda mempunyai keadaan tiroid, gangguan autoimun, penyakit gout, batu karang, phenylketonuria (PKU), mengandung atau menyusu, Spirulina mungkin tidak sesuai untuk anda. Pastikan anda menyemak dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum mengambilnya.

Ada kemungkinan bahawa Spirulina yang tumbuh di kawasan liar boleh menyerap toksin daripada air, seperti microcystins (diketahui boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk), bahan pencemar dan logam berat. Kebanyakan yang dijual di Amerika Syarikat ditanam di makmal.

Seperti semua suplemen lain, ianya adalah penting untuk berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan Spirulina agar anda dapat ketahui sekiranya ia sesuai untuk anda dan sama ada ia boleh diambil bersama ubat-ubatan atau makanan tambahan lain.

Interaksi Spirulina

Tiada laporan dalam kesusasteraan saintifik yang menyarankan bahawa Spirulina boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan konvensional. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa ia mungkin mengganggu ubat-ubatan yang diberikan untuk menekan sistem imun seperti:

  • Adalimumab (Humira)
  • Azathioprine (Imuran)
  • Cyclosporine (Neoral)
  • Etanercept (Enbrel)
  • Infliximab (Remicade)
  • Leflunomide (Arava)
  • Methotrexate
  • Mycophenolate (CellCept)
  • Prednisone

Dos Spirulina

Tiada data saintifik yang mencukupi berkenaan pemberian dos Spirulina yang disyorkan. Variasi dos telah digunakan dalam penyelidikan.

Sebagai contoh, dalam beberapa kajian yang mengkaji manfaat untuk masalah kolesterol tinggi, dos sebanyak 1 hingga 8gram telah digunakan setiap hari selama empat minggu. Bagi mengetahui kesannya terhadap masalah hipertensi pula, satu dos spirulina alga berwarna biru-hijau sebanyak 4.5gram telah digunakan setiap hari selama enam minggu. Manakala, dalam kajian dengan pesakit diabetes jenis 2, satu produk yang mengandungi 1gram Spirulina digunakan dua kali sehari selama 2 bulan.

Dos yang sesuai untuk anda mungkin bergantung kepada pelbagai faktor termasuk umur, jantina dan sejarah perubatan anda. Oleh itu, berbincanglah kepada pembekal penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat peribadi.

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/10-proven-benefits-of-spirulina

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324027

https://en.wikipedia.org/wiki/Spirulina_(dietary_supplement)

https://www.livescience.com/48853-spirulina-supplement-facts.html

Summary
Spirulina
Article Name
Spirulina
Description
Spirulina adalah sejenis alga berwarna biru-hijau yang tumbuh di kedua-dua jenis air iaitu air tawar dan air masin.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: