spim

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu kelangsungan perniagaan pengusaha Bumiputera akibat Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, usaha berkenaan bertujuan membantu IPTS Bumiputera yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 serta meringankan beban ditanggung pengusaha IPTS Bumiputera.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tenang SPiM IPTS MARA dan bagaimana anda boleh mendapat manfaat yang ditawarkan.

Apakah SPiM PENJANA IPTS MARA?

SPiM PENJANA IPTS ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan IPTS Bumiputera yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Kemudahan ini adalah berbentuk bantuan pembiayaan perniagaan bagi tujuan menampung keperluan perbelanjaan kos operasi sahaja dan tidak termasuk perbelanjan modal (capital expenditure) atau modal kerja (working capital).

Tujuan pembiayaan adalah untuk membantu usahawan IPTS yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menampung kos-kos perbelanjaan mengurus seperti berikut :

  • Kos operasi
  • Gaji pekerja,
  • Sewa premis,
  • Utiliti,
  • Lain-lain perbelanjaan mengurus

Syarat Kelayakan SPiM IPTS MARA

IPTS Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], adalah kumpulan sasar yang layak memohon Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk IPTS Bumiputera ini.

Berikut adalah syarat kelayakan SPiM IPTS MARA

  • IPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (perlu mengemukan sijil perakuan pendaftaran yang sah),
  • Syarikat berstatus Sdn Bhd bertaraf Bumiputera,
  • Sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah perlulah berumur tidak melebihi 65 tahun dan layak untuk mengambil perlindungan Takaful,
  • Melepasi tapisan Carian Kredit,
  • Mempunyai pengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi,
  • Beroperasi 12 bulan ke atas,
  • Bebas daripada senarai hitam MARA,
  • Perniagaan Patuh Syariah, dan
  • Mengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen asas yang diperlukan seperti berikut :
  • Sijil perakuan pendaftaran IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;
  • Surat kebenaran pemeriksaan kredit yang ditandatangani oleh pemohon dan dicetak menggunakan kepala surat rasmi beserta cop syarikat (format disertakan di dalam borang permohon di atas talian);
  • Laporan kewangan tahunan beraudit bagi 3 tahun terkini;
  • Penyata Bank utama untuk 6 bulan terkini;
  • Profil perniagaan secara ringkas i.e jenama IPT, lokasi, bilangan pelajar, bilangan staff pengurusan beserta akademik, kursus yang ditawarkan, penaja pelajar etc.

Had Pembiayaan

Had pembiayaan bermula RM500 Ribu sehingga RM50 Juta dengan kadar keuntungan 3.5% setahun.

Cara Permohonan

  1. Permohonan secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi www.pmbtijari.com.my/spimpenjana
  2. Log masuk
  3. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap pada borang yang disediakan
  4. Buat semakan dan hantar setelah membuat pengesahan

Maklumat Lanjut

  • PMB Tijari Bhd www.pmbtijari.com.my/spimpenjana
  • Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian tetap 03 – 2785 9800

https://www.pmbtijari.com.my/spimpenjana/?

SOALAN – SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Berapakah had pembiayaan SPiM PENJANA IPTS?

Had pembiayaan bermula RM500 Ribu sehingga RM50 Juta dengan kadar keuntungan 3.5% setahun.

2. Bilakah ansuran bayaran balik pembiayaan SPiM PENJANA IPTS bermula?

Ansuran bayaran balik pembiayaan akan bermula pada bulan ketujuh (7) (tempoh bernafas 6 bulan) selepas pengeluaran wang pembiayaan kepada usahawan oleh MARA. Sebagai contoh :

IPTS ABC Sdn. Bhd. telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM10 Juta dan pengeluaran wang oleh MARA kepada IPTS ABC Sdn. Bhd. telah dibuat pada 30 November 2020. IPTS ABC Sdn. Bhd. perlu membuat pembayaran ansuran pertama pembiayaan kepada MARA pada 30 Jun 2021.

3. Adakah SPiM PENJANA IPTS mensyaratkan sebarang bentuk jaminan atau cagaran (collateral) bagi permohonan pembiayaan ini?

Ya, pemohon perlu menyediakan pilihan jaminan atau cagaran seperti berikut

i) Debentur ke atas harta syarikat semasa dan masa hadapan secara tetap dan terapung bagi keseluruhan jumlah pembiayaan yang dimohon;

Dan

ii) Jaminan secara bersama serta berasingan bagi jumlah keseluruhan pembiayaan daripada semua lembaga pengarah syarikat;

Dan

iii) Sekurang-kurangnya seorang penjamin berpendapatan tetap dan mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang daripada tiga peratus (3%) daripada jumlah pembiayaan yang dimohon; Contoh : IPTS ABC Sdn. Bhd. diluluskan pembiayaan RM10 Juta dan IPTS perlu mengemukakan seorang penjamin atau lebih yang mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM300,000.00 sebulan (3% daripada jumlah pembiayaan yang dimohon).

Atau

iv) Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan; Contoh : IPTS ABC Sdn. Bhd. diluluskan pembiayaan RM10 Juta dan syarikat perlu mengemukakan simpanan tetap daripada Institusi Kewangan yang ditetapkan oleh MARA sejumlah RM1,000,000.00.

Atau

v) Cagaran i dan ii adalah wajib dan jika syarat iii atau iv di atas tidak dapat dipenuhi maka gabungan antara syarat iii atau iv dibenarkan untuk memenuhi syarat tersebut.

4. Sekiranya syarikat telah menerima pembiayaan daripada mana-mana institusi atau agensi kewangan lain, adakah syarikat tersebut layak memohon kemudahan ini?

Ya, syarikat layak untuk memohon tertakluk kepada syarat-syarat asas kelayakan permohonan yang telah ditetapkan seperti Perkara 7.

Sumber:

1) https://ecentral.my/spim-ipts-mara-penjana/

2) https://www.pmbtijari.com.my/spimpenjana/SPIM-PENJANA-IPTS-FAQ.pdf

3) https://www.mara.gov.my/bm/soalan-lazim-faq/skim-pembiayaan-perniagaan-prihatin-mikro-s3p/

Tagged: