Samsung M21

Kita mungkin boleh mengagak apa yang akan datang, apa yang akan berlaku di acara Samsung Galaxy Unpacked tidak lama lagi. Acara yang dijangka memperkenalkan peranti-peranti baru dari siri Galaxy iaitu dua Galaxy foldables, telefon Galaxy FE, dua Galaxy Watches, dan Galaxy Buds.

Dan secara jujur saya akui semakin hari saya menjadi semakin keliru dan ‘sakit’ dengan kemunculan telefon-telefon baru yang berlainan nama tetapi adalah telefon yang sama di pasaran yang berbeza, malahan terdapat telefon yang sama tetapi dijual dengan nama yang yang berbeza di pasaran sama serta mempunyai lebih dari dua nama (Hmmm, Xiaomi).

Samsung bagaimanapun, ingin berkongsi potongan kek pasaran telefon pintar yang menggila ini, dengan Galaxy M21 2021 Edition. Kami melihatnya muncul di Goole Play Console, yang hanya mendedahkan nombor modelnya.

Pada masa lalu kami tidak mempunyai spesifikasi untuk dibandingkan dengan Galaxy M21 yang dilancarkan tahun lalu.

Hari ini, kebocoran maklumat baru dapat memberi kita senarai spesifikasi lengkap, dan harap anda bersiap sedia untuk mendengar ini – Galaxy M21 2021 Edition adalah 100% sama dengan Galaxy M21.

Saya berharap sangat sumber kebocoran ini adalah salah, kerana jika tidak, apa gunanya? Anda faham maksud saya bukan? Nanti dulu, dan tunggu, ada satu perbezaan, dan bukan penting pun sebenarnya.

Perbezaannya ialah Galaxy M21 menggunakan Android 10, manakala Edisi 2021 ini mereka menggunakan Android 11 didatangkan bersama One UI 3.1 Core. Tetapi, apa yang menariknya Galaxy M21 telah menerima update ke Android 11 pada bulan Mac tahun ini.

Oleh itu, untuk semua maksud dan tujuan, ini adalah telefon yang sama, di mana mereka hanya mempunyai dua nama yang berbeza. Atas sebab tertentu, Samsung sekurang-kurangnya menawarkan Galaxy M21 Edisi 2021 dengan processor yang ditingkatkan dan paparan yang lebih baik.

Kami menganggap bahawa Samsung mahu siri M21 ini merasa segar kembali, dan cara biasa untuk melakukannya adalah dengan melakukan sedikit kemas kini kepada spesifikasi dan labelkan seperti M22, atau mungkin M21 2021 Edition (walaupun begitu banyak nama telefon yang meletakkan tahun dihujungnya). Pendek kata, anda membeli telefon yang sama dengan nama yang baru, yay, ianya satu kemajuan.

Sebagai tambahan dan rujukan, Samsung Galaxy M21 menampilkan paparan Super AMOLED HD 6.4 inci dan telefon ini dikuasakan dengan chipset Exynos 9611. Dilengkapi dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB.

Galaxy M21 juga menawarkan tiga sistem kamera 48MP di belakang, dan bateri yang besar iaitu 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

Anda boleh jangkakan untuk melihat spesifikasi ini dalam Galaxy M21 2021 Edition apabila Samsung mengumumkan tarikh pelancaran peranti ini nanti.

Saya tidak sabar menunggu majlis sidang media mereka, itu pun jika ada. Seperti M21 edisi sebelumnya, M21 2021 Edition dijangka akan membuat kemunculan pertamanya di India. Tarikh pelancarannya masih samar, tetapi jujurnya siapa yang peduli? Anda peduli? Jika anda mahukan telefon yang sama, beli saja M21, selesai masalah anda.

Sementara anda masih berada di sini, saya ingin maklumkan kepada anda bahawa nombor model Galaxy M21 adalah SM-215F dan nombor model Galaxy M21 2021 Edition adalah SM-215G, di mana menunjukkan tidak akan ada perubahan dari segi perkakasan. Kita mengharapkan harga Galaxy M21 2021 Edition akan sama dengan harga Galaxy M21.

Bagaimanapun dengan nilai wang yang akan anda belanjakan untuk membeli Galaxy M21 2021 Edition ini, atau M21 (tidak ada bezanya untuk saya), anda boleh mendapatkan telefon pintar yang jauh lebih baik dari jenama model ini.

Sumber:

https://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_m21_2021_editions_leaked_specs_will_leave_you_scratching_your_head-news-49982.php

https://www.91mobiles.com/hub/samsung-galaxy-m21-2021-edition-specifications-exclusive/

Summary
Spesifikasi Samsung Galaxy M21 2021 Edition Buat Anda Ternganga
Article Name
Spesifikasi Samsung Galaxy M21 2021 Edition Buat Anda Ternganga
Description
Samsung bagaimanapun, ingin berkongsi potongan kek pasaran telefon pintar yang menggila ini, dengan Galaxy M21 2021 Edition. Kami melihatnya muncul di Goole Play Console, yang hanya mendedahkan nombor modelnya. Pada masa itu kami tidak mempunyai spesifikasi untuk dibandingkan dengan Galaxy M21 yang dilancarkan tahun lalu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: