Now Reading
15 Soalan Lazim Coronavirus (COVID-19)

15 Soalan Lazim Coronavirus (COVID-19)

soalan lazim covid-19

Jadi, mari lihat 15 soalan lazim coronavirus yang mungkin dapat memudahkan pemahaman anda berkaitan wabak COVID-19 ini.

1. Bagaimanakah anda boleh mendapatkan ujian untuk coronavirus?

Anda memerlukan perintah doktor untuk mendapatkan ujian kesatan COVID-19. Tetapi, walaupun jika doktor mahukan anda membuat ujian, ujian yang terhad dan kemudahan penjagaan kesihatan yang sesak telah mengetatkan lagi kriteria bagi mendapatkan ujian tersebut. Mempunyai gejala seperti batuk atau demam secara amnya tidak mencukupi bagi membolehkan anda mendapatkan ujian. Mereka yang telah dimasukkan ke hospital, atau mereka yang mempunyai keadaan kronik, mahupun mereka yang baru-baru ini ada terdedah kepada orang yang dijangkiti atau rantau akan diberi keutamaan dahulu.

Sama ada anda berfikir bahawa anda layak mengambil ujian itu atau tidak, jika anda prihatin bahawa anda mungkin positif COVID-19, hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda. Mereka boleh memberitahu anda langkah seterusnya yang sesuai berdasarkan sejarah anda dan kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak ujian sedang diusahakan, dan matlamatnya adalah untuk menguji semua orang yang perlu diuji.

2. Adakah benar bahawa hanya individu dengan gejala COVID-19 boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain?

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mencadangkan individu yang mempunyai tanda-tanda COVID-19 seperti batuk, demam, atau sesak nafas adalah pemacu terbesar bagi penyebaran virus ini. Dalam erti kata lain, jika anda tidak menunjukkan sebarang gejala, anda kurang berkemungkinan boleh menyebarkan virus itu. Malah, virus ini mungkin sudah boleh disebarkan walaupun sebelum individu menunjukkan gejala, walaupun itu bukanlah cara utama virus boleh tersebar.

Di peringkat global, para penyelidik menekankan bahawa contoh penularan COVID-19 yang lain mungkin berlaku sebelum orang menunjukkan gejala. Analisis data dari Singapura menunjukkan 48% daripada kes yang berlaku adalah hasil penyebaran pra-simptomatik. Kajian yang sama juga meletakkan statistik itu pada 62% untuk kes-kes di Tianjin, China.

3. Adakah COVID-19 akan menjadi penyakit bermusim? Bolehkah anda mendapatkannya 2 kali dalam satu musim?

Pandemik selesema babi pada tahun 2009 berlaku kerana wabak virus influenza A baru iaitu H1N1. Tetapi kini, H1N1 dianggap sebagai jenis selesema bermusim biasa. Sejak berlakunya COVID-19 yang merupakan hasil daripada jenis coronavirus baru iaitu SARS-CoV-2, ia adalah logik untuk berfikir perkara yang sama mungkin berlaku lagi. Malah, ia juga mungkin boleh menjadi kurang serius pada tahun-tahun mendatang. Tetapi, pakar  berfikir bahawa ia terlalu awal untuk dikatakan.

4. Perlukah anda membatalkan pemeriksaan rutin doktor rutin yang tidak berkaitan dengan COVID-19?

Penyedia penjagaan kesihatan mempunyai pendapat yang bercampur-campur berkenaan hal ini. Ia juga mungkin bergantung kepada tempat tinggal anda. Anda disyorkan untuk membuat penjadualan semula atau mencuba ‘telemedicine’.

Anda disyorkan untuk membatalkan semua perjumpaan doktor yang tidak penting.  Banyak sistem kesihatan kini menyediakan lawatan secara maya yang percuma untuk mengambil alih lawatan secara fizikal bagi membolehkan anda berjumpa doktor anda dari rumah. Sekiranya pilihan maya tidak tersedia dengan doktor anda, semak dengan mereka untuk melihat sama ada mereka merasakan bahawa ianya sesuai jika anda menangguhkan perjumpaan itu. Nasihat ini terutamanya penting untuk mereka yang berusia lebih dari 60 tahun, tetapi ia haruslah diaplikasikan oleh semua orang dan cuba elakkan pergi ke kemudahan penjagaan kesihatan kecuali jika diperlukan.

5. Apakah maksud “meratakan lengkungan”?

Sama ada frasa “meratakan lengkungan” atau imej lengkungan itu sendiri mungkin kelihatan biasa. Tanpa perlindungan yang ketat, masyarakat kita akan melihat peningkatan kes-kes COVID-19 yang naik secara mendadak dan menjadi sukar untuk diuruskan oleh sistem penjagaan kesihatan kita. Akibatnya, tidak semua orang akan mendapat rawatan yang mencukupi, dan lebih ramai orang akan mati.

Jadi, apakah alternatifnya? Ambil langkah-langkah perlindungan di tempat seperti jarak sosial – bagi mencegah kenaikan kes yang berlaku. Ini mungkin menyebabkan penyakit COVID-19 merebak lebih perlahan, serta membolehkan doktor, penyelidik, dan pakar penjagaan kesihatan yang lain mempunyai masa dan sumber yang mencukupi untuk bertindak balas. Tempoh virus berada dalam komuniti akan menjadi lebih lama, tetapi ia akan lebih mudah diuruskan.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan “berlindung di satu tempat”?

Berlindung di satu tempat adalah langkah keselamatan berjaga-jaga yang kadangkala digunakan apabila berlakunya bencana alam atau kecemasan lain. Secara amnya, individu diminta untuk kekal berada di lokasi tertutup (rumah) sehingga ianya selamat untuk keluar. Jika anda dan orang tersayang diminta kekal berlindung disebabkan wabak COVID-19, ini bermakna anda harus tinggal di rumah kecuali jika perlu keluar atas urusan penting, seperti mendapatkan makanan atau mendapatkan bantuan perubatan. Sekiranya pekerjaan anda adalah penting bagi negara, anda mungkin masih diminta untuk ulang alik ke kerja.

Anda juga tidak boleh berkumpul secara berkumpulan, dan harus berada sekurang-kurangnya enam kaki dari orang lain di luar rumah anda. Tetap berada di dalam bangunan membantu komuniti untuk kekal selamat secara keseluruhan.

7. Bolehkah kanak-kanak mendapatkan COVID-19?

Walaupun kanak-kanak boleh mendapatkan coronavirus, pihak WHO berkata bahawa orang dewasa lebih cenderung untuk mendapatkannya. Sekiranya mereka mejangkitinya, gejala yang dialami adalah sama, tetapi ia berkemungkinan menjadi lebih ringan dan mungkin merangkumi cirit-birit dan muntah-muntah.

Individu dewasa seharusnya kurang prihatin untuk menjangkiti COVID-19 daripada seorang kanak-kanak sebaliknya risau jika mereka boleh menjadi punca penyebaran kepada kanak-kanak. Menurut WHO, data terdahulu daripada kajian penyebaran melibatkan keluarga di China menunjukkan bahawa kanak-kanak dijangkiti daripada orang dewasa, bukan sebaliknya.

8. Bolehkah haiwan peliharaan yang dijangkiti coronavirus menyebarkannya kepada manusia?

COVID-19 adalah sebahagian daripada kumpulan coronavirus yang lebih besar. Sesetengah virus dalam kumpulan ini boleh menyebabkan penyakit pada haiwan, termasuk haiwan ternakan, unta, dan kelawar. Walaupun ia jarang berlaku, jangkitan tersebut boleh merebak ke manusia, seperti yang terjadi dengan coronavirus terdahulu iaitu SARS dan MERS. Jadi, adakah penghantaran virus daripada haiwan ke manusia juga boleh berlaku dengan wabak COVID-19?

Walaupun ada kemungkinan (tetapi tidak disahkan) bahawa COVID-19 mula-mula merebak dari haiwan kepada manusia, tiada bukti bahawa haiwan ternakan, haiwan liar, atau binatang peliharaan boleh menyebabkan penyebaran virus itu pada masa ini. Ia masih lagi disebarkan daripada individu ke individu lain, dan tidak terdapat kes-kes yang dilaporkan dalam haiwan atau binatang lain.

Namun begitu, kucing dan anjing boleh mendapatkan coronavirus sendiri iaitu coronavirus kucing dan coronavirus anjing. Walau bagaimanapun, ini adalah jangkitan  jangka hayat pendek dan tiada perkaitan dengan COVID-19. Malah, ia juga tidak berisiko bagi manusia. Walaupun mereka tidak boleh membahayakan anda bagi penyakit COVID-19, kucing dan anjing masih boleh membawa banyak kuman. Jadi, basuh tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat selepas memegang haiwan dan najis mereka.

9. Adakah penghantaran makanan selamat sekarang?

Walaupun kita tidak boleh menentukan sama ada restoran tempatan kegemaran anda mengambil semua langkah berjaga-jaga kebersihan yang perlu atau tidak, berdasarkan pendapat doktor, penghantaran makanan ini masih dianggap selamat buat masa ini. Namun, cara pengendalian makanan yang bersih serta mengelakkan hubungan rapat dengan individu lain harus diamalkan. Terdapat tiga tip untuk isu penghantaran makanan:

  • Mintalah makanan tersebut dihantar hingga ke depan pintu anda dan bukan diserahkan secara langsung kepada anda.
  • Lap mana-mana bekas makanan dengan bahan disinfektan.
  • Basuh tangan anda sebaik sahaja menerima penghantaran dan memegang bekas makanan.

10. Bolehkah nyamuk menyebarkan coronavirus?

Bolehkah nyamuk menyebarkan coronavirus?

Menurut WHO, tidak ada bukti bahawa nyamuk dapat menyebarkan virus ini. Ia adalah penyakit pernafasan, bukannya penyakit bawaan darah. Malah, penyakit COVID-19 telah diketahui tersebar melalui titisan yang dilepaskan oleh batuk, bersin dan hidung berair.

11. Adakah kolam renang selamat?

Pakar mengatakan tiada bukti bahawa COVID-19 boleh disebarkan melalui penggunaan di kolam dan tab mandian panas. Penjagaan dan penyelenggaraan biasa, seperti menggunakan klorin atau bromin, seharusnya mematikan atau menghapuskan sebarang virus.

12. Adakah ibuprofen tidak selamat digunakan jika anda berasa bahawa anda mempunyai simptom COVID-19?

Asal dan resolusi khabar angin ini (sekurang-kurangnya sekarang) boleh didapati di Twitter. Pada 14 Mac, Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Véran menulis berkenaan satu amaran yang mengatakan bahawa ibuprofen berpotensi memburukkan lagi gejala coronavirus sedia ada. ‘Tweet’ tersebut dikatakan dibuat berdasarkan penerbitan artikel dalam jurnal perubatan ‘The Lancet’. Walaupun skop artikel itu berkaitan hubungan antara tekanan darah tinggi dan diabetes serta COVID-19, ia menyebut bahawa enzim dipanggil ACE2 yang digunakan oleh coronavirus untuk mengikat sel boleh meningkatkan apabila anda mengambil ibuprofen.

Dalam erti kata lain, artikel itu mencadangkan bahawa pengambilan ibuprofen akan meningkatkan jumlah enzim virus COVID-19 yang digunakan untuk mengikat sel.

Berdasarkan maklumat yang ada sekarang, WHO tidak mencadangkan penggunaan ibuprofen. Malah, berdasarkan rundingan bersama doktor yang merawat pesakit COVID-19 dan tidak menyedari laporan mengenai apa-apa kesan negatif ibuprofen, selain kesan sampingan biasa yang membataskan penggunaannya dalam populasi tertentu. WHO juga tidak mengetahui data klinikal atau populasi yang diterbitkan mengenai topik ini.

13. Berapa lamakah coronavirus boleh hidup di permukaan yang berlainan?

Satu kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mencadangkan tempoh berikut tentang berapa lama virus SARS-CoV-2 (yang menyebabkan penyakit COVID-19) boleh terus berada di pelbagai permukaan:

  • Aerosol (titisan halus digantung di udara): 3 jam
  • Tembaga: 4 jam
  • Kadbod: 24 jam
  • Plastik: 3 hari
  • Keluli tahan karat: 3 hari

14. Bolehkah coronavirus hidup dalam iklim panas?

Walaupun tiada kajian mengenai subjek ini telah dikaji semula – bermakna ia masih perlu diselidik bagi mendapatkan kesahihan. Ada yang mencadangkan bahawa coronavirus nampaknya berkembang dalam lingkungan suhu yang lebih sejuk.

Sebagai contoh, penyelidik dari Institut Teknologi Massachusetts melaporkan bahawa kebanyakan transmisi COVID-19 di seluruh dunia telah berlaku di antara suhu 3 °C dan 13  C (37.4 hingga 55.4 °F). Kurang daripada 5% kes berlaku di kawasan dengan suhu purata lebih tinggi daripada 18 °C (64.4 °F) sepanjang Januari, Februari dan Mac.

Menurut penyelidik itu lagi, pemerhatian yang dilakukan menunjukkan bahawa penyebaran virus 2019-nCoV mungkin kurang efisien pada suhu yang lebih panas. Jadi, ia mungkin berkurang dalam beberapa bulan akan datang apabila bumi menghampiri Hemisfera Utara.

15. Adakah kehilangan deria bau gejala COVID-19 yang memerlukan pemeriksaan doktor?

Satu kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Mac oleh ENT UK di The Royal College of Surgeons of England menunjukkan bahawa anosmia, atau kehilangan deria bau, berlaku dalam kebanyakn kes COVID-19, dan ia mungkin menjadi satu-satunya gejala bagi sesetengah pesakit. Penulis Claire Hopkins, Presiden Persatuan Rhinologis British, mencadangkan bahawa anosmia boleh digunakan sebagai alat saringan untuk membantu mengenal pasti pesakit tanpa gejala, yang kemudiannya boleh mengarahkan pengasingan mereka dengan lebih baik.

Hopkins mengakui bahawa ramai orang dengan anosmia mungkin hanya mempunyai rhinovirus biasa dan ‘strain’ coronavirus atau dalam erti kata lain, selesema biasa. Walau apa pun, meminta semua individu yang kehilangan deria bau untuk mengasingkan diri mereka akan menjadi satu cara yang penting untuk menghentikan penyebaran coronavirus.

Dengan itu, pengasingan diri adalah langkah terbaik untuk dilakukan jika anda telah kehilangan deria bau anda, dan bukannya pergi ke pejabat doktor.

Walaupun maklumat mengenai kehilangan deria bau dan/ atau deria rasa itu dilihat menarik, ia bukanlah sesuatu yang boleh diuji buat masa ini. Pesakit berisiko tinggi masih perlu diberi keutamaan dalam kes penyakit ini. Jika seseorang mengalami anosmia, ianya adalah munasabah untuk menjauhkan diri sendiri daripada orang lain, terutamanya yang berumur lebih 60 tahun dan mereka yang mempunyai penyakit perubatan kronik, kerana gejala ini boleh menunjukkan virus yang ada, termasuklah COVID -19.

Sekarang, anda mungkin sudah memahami asas-asas mengenai maklumat coronavirus (COVID-19) baru ini. Ia adalah penyakit pernafasan yang terjadi disebabkan virus baru, SARS-CoV-2 yang mana manusia tidak kebal kepadanya. Dan ia merebak dengan sangat cepat sehingga boleh dipanggil sebagai pandemik. Tetapi, masih banyak perkara yang tidak diketahui dan apa yang ada hanyalah khabar angin yang terlalu banyak.

SUMBER

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQcovid19_en

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/faq.html

https://www.fda.gov/emergency-preparedness-and-response/coronavirus-disease-2019-covid-19/covid-19-frequently-asked-questions

error: Content is protected !!