Skrub badan
Skrub badan merupakan salah satu produk kecantikan yang sering diremehkan, tetapi ia sangat bagus jika ditambahkan dalam rutin kecantikan anda.

Skrub badan merupakan salah satu produk kecantikan yang sering diremehkan, yang boleh ditambah dalam rutin kecantikan anda. Mandikan kulit anda dengan kasih sayang dengan menggunakan skrub badan yang mewah dan melembapkan badan ada ketika mandi!

Mencari kulit lembut seperti sutera? Anda berada di tempat yang betul! 10 senarai skrub badan yang terbaik untuk anda:

1.YOKO Whitening Spa Salt for Armpit & Bikini Area

Skrub badan YOKO ini menggunakan garam, ekstrak herba semula jadi dan vitamin E untuk mengelupas dan mencerahkan kulit anda. Siapa yang tidak mahu kulit yang lebih cerah bukan?

Walaupun ini dibuat khas untuk kawasan ketiak dan bikini, tetapi anda masih boleh menggunakannya untuk bahagian badan anda yang memerlukan magik pencerah!

YOKO Whitening Spa Salt for Armpit & Bikini Area

2. Tiny Tree Lavender Bath Salt

Anda kecewa dengan kulit kering dan gatal akibat ekzema? Cubalah skrub garam lavender ini Tiny Tree!

Skrub ini mengandungi minyak pati lavender yang mempunyai sifat antiradang, minyak badam manis untuk menghidrat kulit, serta garam Himalaya, garam batu dan garam Epsom yang dapat membantu menghilangkan rasa gatal dan kemerahan.

Tiny Tree Lavender Bath Salt

3. YOKO Spa Salt Lemon

Kita semua tahu kesan pencerahan diperolehi daripada vitamin C lemon digabungkan dengan skrub garam, membantu merawat kulit anda.

YOKO Spa Salt Lemon mengelupaskan kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati sambil mencerahkan kulit anda. Sapu dan urut sedikit ke siku dan lutut anda untuk penampilan yang lebih cerah!

 YOKO Spa Salt Lemon

4. Claire Organics Lemongrass Ginger Scrub With Organic Raw Cane Sugar

Kulit berbongol? Rambut pada kulit tumbuh? Jerawat badan? Lemongrass Ginger Scrub ini akan membantu anda! Skrub badan ini mengandungi serai dan halia yang dapat menghilangkan rambut degil.

Serai yang bersifat antibakteria, dapat mencegah jangkitan bakteria dan rambut kulit daripada tumbuh, manakala halia yang bertindak sebagai antioksidan dan antiradang yang mengurangkan keradangan dan kemerahan.

Apabila semua bahan ini digabungkan bersama minyak badam manis dan tebu mentah organik, skrub badan ini mampu menyelesaikan masalah anda dengan berkesan!

Claire Organics Lemongrass Ginger Scrub With Organic Raw Cane Sugar

5. Nature’s by Watsons Blood Orange Body Scrub

Hidupkan semula kulit kering anda dengan skrub badan berwarna merah jingga Itali ini! Berkhasiat dan menghidratkan, Blood Orange Body Scrub membantu memperbaiki dan melembapkan kulit kering di samping menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Marula yang kaya nutrien akan menjadikan kulit anda terasa seperti baru!

Nature’s by Watsons Blood Orange Body Scrub

6. Body Breakfast Coffee Scrub

Ia normal jika mempunyai selulit dan stretch mark, tetapi jika anda ingin memperbaiki penampilan, cubalah skrub badan yang mengandungi kafein seperti ini!

Body Breakfast Coffee Scrub diperbuat daripada 100% bahan semula jadi dan organik seperti kafein, garam laut mati, gula, koko dan bahan berkhasiat lain membantu memperbaiki tekstur kulit anda, merawat jerawat badan dan memberikan anda kulit lembut.

Body Breakfast Coffee Scrub

7. Tanamera Himalayan Rock Salt Scrub

Tanamera Himalayan Rock Salt Scrub diperbuat daripada garam Himalaya, yang mampu menyahtoksinkan kulit, memperbaiki peredaran darah dan melegakan sakit otot.

Skrub badan ini juga mengandungi minyak anggur, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak lain yang akan melembapkan dan menyihatkan kulit anda.

Tanamera Himalayan Rock Salt Scrub

8. The Body Shop Almond Milk & Honey Gently Exfoliating Cream Scrub

Penghidap kulit sensitif, anda tidak perlu takut untuk menggosok badan lagi dengan skrub badan krim jenama The Body Shop! Ia diperkaya dengan susu badam organik dan madu yang dapat menenangkan dan menghidratkan kulit sensitif.

Ia juga hipoalergik, diuji secara dermatologi dan organik, skrub badan ini akan mengelupaskan dan melembapkan kulit anda tanpa menyebabkan iritasi.

 The Body Shop Almond Milk & Honey Gently Exfoliating Cream Scrub

9. Wild Products Virgin Coconut Sugar Body Scrub

Skrub badan ini diperbuat daripada minyak kelapa dara ekstra organik untuk melembabkan dan memperbaiki kulit. Manakala vitamin E untuk mencerahkan kulit dan ekstrak daun rosemary yang mempunyai sifat antibakteria untuk merawat jerawat.

Wild Products Virgin Coconut Sugar Body Scrub

10. Nature’s Lab Antioxidant Body Scrub

Manjakan badan anda dengan mandian yang menyegarkan dengan Nature’s Lab Antioxidant Body Scrub! Ia diformulasikan dengan Gingko Biloba untuk memperbaiki kulit dari kerosakan akibat sinar matahari dan meningkatkan penghasilan kolagen,

Manakala bunga kamomile membantu menenangkan dan menghidratkan kulit.

Nature’s Lab Antioxidant Body Scrub

SUMBER

https://productnation.co/my/beauty/15072/best-body-scrub-exfoliate-malaysia/

Summary
Article Name
Skrub Badan Terbaik yang Sesuai untuk Rutin Kecantikan Anda
Description
Skrub badan merupakan salah satu produk kecantikan yang sering diremehkan, tetapi ia sangat bagus jika ditambahkan dalam rutin kecantikan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: