sklerosis sistemik
Sklerosis Sistemik adalah sejenis gangguan autoimun.

Sklerosis sistemik adalah sejenis gangguan autoimun. Ini bermakna ia adalah satu keadaan di mana sistem imun menyerang tubuh tanpa sebab. Tisu yang sihat dimusnahkan kerana sistem imun menyalah anggap tisu tersebut sebagai zat atau jangkitan yang asing. Terdapat banyak jenis gangguan autoimun yang boleh menjejaskan sistem badan yang berlainan.

Penyakit ini boleh dikesan melalui perubahan pada tekstur dan rupa kulit yang terjejas. Keadaan ini terjadi akibat peningkatan pengeluaran kolagen. Kolagen adalah komponen penting tisu penghubung.

Tetapi, gangguan ini tidak terhad kepada perubahan kulit sahaja. Ia juga boleh menjejaskan:

Ciri-ciri sklerosis sistemik juga boleh muncul dalam jenis gangguan autoimun yang lain. Apabila keadaan ini berlaku, ia dipanggil sebagai gangguan penghubung campuran (mixed connective disorder).

Penyakit ini biasanya terjadi pada individu berumur 30 tahun hingga 50 tahun, tetapi boleh didiagnosis pada sebarang peringkat usia. Wanita lebih cenderung untuk menghidap penyakit ini berbanding lelaki. Simptom dan keparahan keadaan adalah berbeza dari satu individu ke individu yang lain bergantung pada sistem dan organ yang terlibat.

Sklerosis sistemik juga dikenali sebagai skleroderma, sklerosis sistemik progresif atau sindrom CREST. “CREST” bermaksud:

  • Calcinosis
  • Fenomena Raynaud
  • Ketidakmotaan Esophageal Dysmotility
  • Sclerodactyly
  • Telangiectasia

Simptom Sklerosis Sistemik

Sklerosis Sistemik hanya menjejaskan kulit pada peringkat awal simptom seperti penebalan kulit dan perkembangan kawasan yang berkilat di sekitar mulut, hidung, jari, dan kawasan tulang yang lain.

Seiring perkembangan penyakit ini, anda mungkin akan mengalami simptom seperti pergerakan terhad pada kawasan yang terjejas. Simptom lain termasuklah:

  • Keguguran rambut.
  • Kemunculan deposit kalsium atau benjolan putih di bawah kulit.
  • Saluran darah kecil mengembang di bawah permukaan kulit.
  • Sakit sendi.
  • Sesak nafas.
  • Batuk kering.
  • Cirit-birit.
  • Sembelit.
  • Kesukaran untuk menelan.
  • Refluks esofagus.
  • Perut menjadi kembung selepas makan.

Anda mungkin akan mengalami kekejangan pada saluran darah di jari tangan dan jari kaki anda. Kemudian, kaki anda akan bertukar menjadi putih dan biru apabila berada dalam keadaan sejuk atau merasa tekanan emosi yang melampau. Fenomena ini dipanggil sebagai fenomena Raynaud.

Punca Sklerosis Sistemik

Sklerosis sistemik berlaku apabila badan mengeluarkan terlalu banyak kolagen dan kolagen yang terhasil ini berkumpul di dalam tisu anda. Kolagen adalah sejenis protein utama yang membentuk semua tisu anda.

Doktor masih tidak pasti akan punca sebenar badan mengapa manusia boleh menghasilkan terlalu banyak kolagen. Oleh itu, punca sebenar sklerosis sistemik masih tidak diketahui.

Diagnosis Sklerosis Sistemik

Semasa pemeriksaan fizikal, doktor boleh mengenalpasti sebarang perubahan kulit yang menunjukkan simptom Sklerosis Sistemik.

Perubahan pada buah pinggang disebabkan oleh sklerosis boleh meningkatkan tekanan darah anda. Doktor anda juga boleh melakukan ujian darah seperti ujian antibodi, faktor rheumatoid dan kadar pemendapan bagi mengesan penyakit ini.

Ujian diagnostik lain termasuklah:

  • X-ray dada
  • Urinalysis
  • Imbasan CT paru-paru
  • Biopsi kulit

Faktor Risiko Sklerosis Sistemik

Faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang anda untuk menghidapi penyakit ini keadaan ini termasuklah:

  • Berketurunan orang asli Amerika.
  • Berketurunan Afrika-Amerika.
  • Seorang perempuan.
  • Mengambil ubat kemoterapi tertentu seperti Bleomycin.
  • Terdedah kepada debu silika dan pelarut organik.

Rawatan Sklerosis Sistemik

Rawatan masih tidak dapat menyembuhkan penyakit ini, tetapi dapat membantu mengurangkan simptom yang dialami dan memperlahankan perkembangan penyakit. Rawatan yang dijalankan biasanya bergantung pada simptom seseorang dan keperluan untuk mencegah sebarang komplikasi.

Rawatan untuk simptom umum mungkin akan melibatkan:

  • Kortikosteroid
  • Imunosupresan seperti methotrexate atau cytoxan
  • Ubat anti-radang bukan steroid

Bergantung pada simptom anda, rawatan juga boleh merangkumi:

  • Ubat tekanan darah
  • Ubat untuk membantu pernafasan
  • Terapi fizikal
  • Terapi cahaya seperti fototerapi ultraviolet a1
  • Ubat sapu/salap nitrogliserin untuk merawat kawasan penegangan kulit

Anda juga perlu melakukan perubahan gaya hidup untuk kekal sihat walaupun menghidap skleroderma seperti mengelakkan dari merokok, kekal aktif secara fizikal dan mengelakkan makanan yang mencetuskan pedih ulu hati.

Summary
Sklerosis Sistemik (Systemic Sclerosis ) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sklerosis Sistemik (Systemic Sclerosis ) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sklerosis Sistemik adalah sejenis gangguan autoimun. Ini bermakna ia adalah satu keadaan di mana sistem imun menyerang tubuh tanpa sebab.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: