Now Reading
Skim Rumah Pertamaku: Bantuan Rumah Percuma Kepada Rakyat Malaysia

Skim Rumah Pertamaku: Bantuan Rumah Percuma Kepada Rakyat Malaysia

skim rumah pertamaku

Skim Rumah Pertamaku: Bantuan Rumah Percuma Kepada Rakyat Malaysia~ Sukacita dimaklumkan kerajaan telah memperkenal satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka. 

Mari teruskan membaca!

Apa itu Skim Rumah Pertamaku?

Menurut laman web rasmi skim rumah pertamaku (https://www.srp.com.my/), Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah satu inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia. Skim ini adalah untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka. 

Dengan memohon melalui skim ini, pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Sekiranya anda berhajat untuk memiliki rumah pertama anda tanpa perlu membayar duit pendahuluan, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon. 

Berikut ialah antara kelebihan skim ini:

  • Permohonan untuk skim ini tidak mempunyai tarikh tutup tawaran permohonan dibuka selagi dana peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan sejumlah RM1 billion masih ada.
  • Kadar faedah yang dikenakan cukup rendah
  • Tidak perlu bayar wang pendahuluan
  • Antara bank yang terlibat ialah Maybank, Alliance, Affin Bank, Public Bank, MBSB Bank, Hong Leong, Standard Chartered, UOB Bank, OCBC Bank, Bank Muamalat, Bank Islam, RHB, CIMB, Ambank,  BSN dan lain-lain.

Kelayakan Bagi Memohon Skim Rumah Pertamaku

Jadi, siapakah yang layak untuk skim rumah pertamaku? Mari kita semak kriteria yang diperlukan. Antaranya ialah:

  • Pembeli rumah pertama (baru kali pertama ingin membeli rumah)
  • Warganegara Malaysia
  • Umur anda tidak melebihi 65 tahun
  • Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun
  • Makan gaji atau bekerja sendiri turut boleh memohon
  • Pemohon individu atau bersama (Sekiranya permohonan bersama, kedua-dua individu mestilah ahli keluarga yang terdekat)
  • Memiliki pendapatan kasar bulanan seperti:
    • Tak lebih daripada RM5,000 – Pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tak lebih daripada RM10,000 – Pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan setiap pemohon tak lebih daripada RM5,000)
    • Gabungan pendapatan bulanan tak lebih dari RM5,000 untuk hartanah bawah RM300,000
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod kewangan yang terjejas dalam masa 12 bulan yang lepas

Sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat yang diperlukan diatas, anda layak untuk membuat permohonan. 

Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku

  1. Cari unit rumah yang anda inginkan dan lakukan permohonan untuk pembelian. Pastikan unit rumah tersebut mempunyai Had Pembiayaan dengan harga RM300,000 dan ke bawah.
  2. Kemudian, pergi ke kaunter bank yang telah disenaraikan di bawah ini untuk memohon skim ini. Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.
  1. Sekiranya anda menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan, anda layak untuk memohon.
  1. Sila minta bantuan kepada pegawai bertugas di bank sekiranya terdapat sebarang kekeliruan atau pertanyaan. 

Soalan-Soalan Lazim Skim Rumah Pertamaku

Boleh rujuk senarai persoalan dan jawapan yang seringkali ditanya di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan. 

  1. Adakah Skim ini meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri?

Tidak, pembinaan rumah di bawah tanah sendiri adalah tidak termasuk dalam skim ini.

  1. Apakah tempoh pembiayaan maksimum?

Tempoh maksimum pembiayaan adalah 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebih daripadai 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan polisi penaja jaminan bank-bank yang terlibat.

  1. Adakah tempoh pembiayaan tidak termasuk tempoh pembinaan?

Tempoh pembiayaan bermula dari tarikh jumlah pembiayaan telah dikeluarkan sepenuhnya bagi hartanah yang dalam pembinaan.

  1. Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam dibawah skim ini?

Ya, pembiayaan islam dan konvensional ada ditawarkan dalam skim ini.

  1. Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah Skim ini?

Tidak, hanya ahli keluarga seperti isteri, suami ataupun adik beradik sahaja yang boleh jadi pemohon bersama. Selain itu, mestilah memenuhi syarat dan kriteria yang sedia ada.

See Also
air selangor

Penutup

Untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, Skim Rumah Pertamaku adalah satu inisiatif yang cukup baik.

Jadi tunggu apalagi, jangan lepaskan peluang ini!

Sumber:

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apa-itu-skim-rumah-pertamaku-my-first-home-scheme-14982

https://mypt3.com/skim-bantuan-rumah-pertama

https://www.srp.com.my/bm/faq.html

error: Content is protected !!