Skim Peduli Sihat Khas Buat Warga Selangor
Pada tahun 2017, Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah memperkenalkan inisiatif baru yang menjamin perlindungan dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor.

Apakah itu Skim Peduli Sihat? Pada tahun 2017, Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah memperkenalkan inisiatif baru yang menjamin perlindungan dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor. Skim perlindungan kesihatan ini dikhususkan bagi kumpulan isi rumah yang berpendapatan 40% terendah atau B40, iaitu RM3000 ke bawah.

Sebanyak RM125 juta diperuntukkan dalam setahun bagi melaksanakan Skim Peduli Sihat. Skim ini membiayai rawatan kesihatan asas keluarga yang layak sehingga RM500 setahun. Menariknya, penerima skim ini boleh mendapatkan rawatan di 1,000 buah klinik berdaftar di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Tujuan Skim Peduli Sihat

Tujuan Skim Peduli Sihat adalah untuk meringankan beban di kalangan Kumpulan B40 berkaitan kos sara hidup terutamanya perkhidmatan penjagaan kesihatan yang asas. Selain itu, ia turut membantu meningkatkan akses kepada Kumpulan B40 dengan memudahkan mereka mendapatkan rawatan daripada penyedia perkhidmatan kesihatan swasta. Matlamat Skin Peduli Sihat adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap klinik dan hospital kerajaan terhadap rawatan perubatan.

Kriteria Skim Peduli Sihat

Skim ini dibuka kepada individu yang layak mengikut kriteria ditetapkan seperti berikut:

Kategori A (Keluarga)

  • Suami dan/atau isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM3000 sebulan

Kategori B (Individu)

  • Berumur lebih daripada 21 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM1500

Manfaat Skim Peduli Sihat

Peserta akan mendapat pembiayaan rawatan kesihatan asas menurut kategori mereka seperti berikut:

Kategori A (Keluarga)

  • Had pembiayaan RM500 setahun
  • Had gunaan setiap kali rawatan RM50
  • Tiada had jenis rawatan atau perubatan bagi kesihatan asas
  • Percuma satu kad Peduli Sihat untuk satu keluarga

Kategori B (Individu)

  • Had pembiayaan sebanyak RM200 setahun
  • Had gunaan setiap kali rawatan RM50
  • Tiada had jenis rawatan atau perubatan bagi kesihatan asas
  • Percuma satu kad untuk seorang individu

Pendaftaran Skim Peduli Sihat

Jika anda layak dan ingin menikmati manfaat skim tersebut, anda boleh mendaftar melalui cara berikut:

  1. Pendaftaran atas talian (online) di laman web pedulisihat.com atau Pejabat Ahli Dewan Negeri dan Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri
  2. Pesanan teks ringkas (SMS) atau emel akan dihantar setelah permohonan anda diluluskan
  3. Kad Peduli Sihat akan dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri

Sumber Gambar:

https://www.pedulisihat.com/

Summary
Skim Peduli Sihat Khas Buat Warga Selangor
Article Name
Skim Peduli Sihat Khas Buat Warga Selangor
Description
Skim Peduli Sihat ini dikhususkan bagi kumpulan isi rumah yang berpendapatan 40% terendah atau B40, iaitu RM3000 ke bawah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: