Singgang ayam merupakan salah satu masakan yang sedap dimakan terutamanya pada hari hujan. Lebih lagi bila ianya dihidangkan bersama nasi kukus panas. Versi Kelantan memang tiada kunyit dan menggunakan banyak lengkuas.
Masakan ini juga sangat sihat kerana tiada minyak dan sesuai untuk orang yang berdiet 🙂 kerana sangat rendah kalori
Resepi ini menunjukan saiz hidangan sebanyak 2-3 servings.
Bahan-bahan:
– 4 ketul paha ayam
– 4 cawan air
– 1 biji bawang merah (dihiris)
– 1 ulas bawang putih (dihiris)
– 1 inci kunyit (dihiris)
– 1 inci halia (dihiris)
– 1 inci lengkuas (dihris)
– 1 batang serai
– 3 keping asam gelugur
– 2 biji cili merah (dipotong)
– 5 batang sayur bendi
– 5 biji cili padi
Cara:
1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, asam gelugur, garam dan lada hitam. Didihkan.
2. Masukkan ayam, bendi, cili merah dan cili padi.
3. Didihkan hingga ayam masak.
4. Ayam Singgang sudah siap untuk dihidang!

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

Kenwood Blender
RM149.00
Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.
Gambar Kredit: