sindrom zollinger-ellison
Sindrom Zollinger-Ellison (ZES) adalah penyakit sistem gastrousus.

Sindrom Zollinger-Ellison (ZES) adalah penyakit sistem gastrousus. Individu yang mempunyai sindrom ini mengembangkan tumor yang dikenali sebagai gastrinomas dalam pankreas dan duodenum (bahagian pertama usus kecil). Gastrinomas yang terjadi disebabkan oleh ZES akan merembeskan gastrin hormon. Apabila gastrin menghasilkan asid perut yang berlebihan, 90 peratus pesakit dengan sindrom ini akan mendapat ulser perut dan duodenal.

Simptom Sindrom Zollinger-Ellison

Gejala sindrom ini umumnya bersifat pencernaan. Kedua-dua gejala biasa ZES adalah sakit perut dan cirit-birit. Gejala-gejala lain termasuk:

Gejala sindrom Zollinger-Ellison kadangkala dikelirukan dengan penyakit ulser peptik yang lebih biasa atau penyakit refluks gastrousus (GERD). GERD adalah keadaan kronik di mana asid perut menyerang ke bahagian kerongkong. Selain itu, gejala-gejala ZES cenderung menjadi lebih teruk dan kurang responsif kepada terapi standard berbanding gangguan lain.

Punca Sindrom Zollinger-Ellison

Penyebab sebenar sindrom Zollinger-Ellison masih tidak diketahui. Tetapi, urutan kejadian yang berlaku dalam sindrom Zollinger-Ellison dapat dijelaskan. Sindrom ini bermula apabila tumor (gastrinoma) atau tumor biasa terbentuk di dalam pankreas, duodenum atau nodus limfa bersebelahan dengan pankreas anda.

Pankreas anda berada di bahagian belakang dan di bawah perut anda. Ia menghasilkan enzim penting untuk mencerna makanan selain juga menghasilkan beberapa hormon termasuk insulin, hormon yang membantu mengawal glukos dalam darah anda.

Cecair pencernaan daripada pankreas, hati dan pundi hempedu dicampurkan dalam duodenum, iaitu bahagian usus kecil di sebelah perut anda. Ini adalah tempat di mana pencernaan mencapai puncaknya.

Tumor yang berlaku dalam sindrom Zollinger-Ellison terdiri daripada sel-sel yang mengeluarkan hormon gastrin dalam jumlah besar. Peningkatan gastrin akan membuatkan perut menghasilkan terlalu banyak asid. Kemudian, asid yang berlebihan ini akan mendorong kepada ulser peptik dan kadangkala menjadi cirit-birit.

Selain menyebabkan pengeluaran asid yang berlebihan, tumor adalah kanser (malignan). Walaupun tumor cenderung berkembang dengan perlahan, ia dapat merebak di tempat lain – yang paling biasa adalah pada nodus limfa yang berdekatan atau hati anda.

Perkaitan dengan MEN 1

Sindrom Zollinger-Ellison mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan yang diwarisi disebut sebagai pelbagai neoplasia endokrin, jenis 1 (MEN 1). Individu dengan penyakit MEN 1 juga mempunyai tumor dalam kelenjar paratiroid dan mungkin mempunyai tumor di dalam kelenjar pituitari mereka.

Kira-kira 25 peratus daripada orang yang mempunyai gastrinomas mempunyai tumor sebagai sebahagian daripada penyakit MEN 1. Mereka juga mungkin mempunyai tumor di pankreas dan organ-organ lain.

Diagnosis Sindrom Zollinger-Ellison

Jika doktor mengesyaki anda mempunyai sindrom ini, mereka akan menetapkan ujian darah untuk memeriksa tahap gastrin yang tinggi. Jika gastrin berlebihan dapat dikesan, ujian pengimejan akan dilakukan bagi menentukan saiz dan lokasi gastrinomas. Ujian ini boleh termasuk:

  • Imbasan CT.
  • Imbasan MRI.
  • Ultrabunyi endoskopik, yang melibatkan kemasukan ultrabunyi nipis ke bawah tekak anda.

Sekiranya anda memerlukan ultrabunyi endoskopi, tekak anda mungkin akan dikebaskan melalui cecair anestetik, atau anda mungkin menerima sedatif ringan di pusat pesakit luar.

Ujian lain mungkin melibatkan penggunaan pewarna berbeza yang membolehkan tumor walaupun dalam saiz yang sangat kecil untuk dikesan dengan lebih baik pada sinar-X atau imbasan pengimejan tertentu.

Faktor Risiko Sindrom Zollinger-Ellison

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat, seperti adik-beradik atau ibu bapa  dengan penyakit MEN 1, risiko anda mendapat keadaan yang sama adalah lebih tinggi.

Rawatan Sindrom Zollinger-Ellison

Sindrom Zollinger-Ellison dirawat dengan mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh perut anda. Ubat-ubatan yang dipanggil perencat pam proton biasanya akan ditetapkan. Ia termasuklah lansoprazole (Prevacid), omeprazole (Prilosec, Zegerid), pantoprazole (Protonix), dexlansoprazole (Dexilant), esomeprazole (Nexium) dan rabeprazole (Aciphex) yang boleh membendung pengeluaran asid perut dan membolehkan ulser untuk sembuh.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/zollinger-ellison-syndrome/symptoms-causes/syc-20379042

https://www.webmd.com/digestive-disorders/zollinger-ellison-syndrome#1

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/zollingerellison-syndrome

Summary
Sindrom Zollinger-Ellison (Zollinger-Ellison syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sindrom Zollinger-Ellison (Zollinger-Ellison syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sindrom Zollinger-Ellison (ZES) adalah penyakit sistem gastrousus. Individu dengan sindrom ini mengembangkan tumor yang dikenali sebagai gastrinomas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: