sindrom wermer
Penyakit neoplasia endokrin, jenis 1 (MEN 1), kadangkala dipanggil sebagai sindrom Wermer adalah penyakit yang jarang berlaku dan menyebabkan tumor dalam kelenjar endokrin serta bahagian usus kecil dan perut.

Penyakit neoplasia endokrin, jenis 1 (MEN 1), kadangkala dipanggil sebagai sindrom Wermer adalah penyakit yang jarang berlaku dan menyebabkan tumor dalam kelenjar endokrin serta bahagian usus kecil dan perut. Dalam penyakit MEN 1, kelenjar endokrin – biasanya paratiroid, pankreas dan pituitari mengalami pertumbuhan tumor dan melepaskan sejumlah besar hormon yang boleh menyebabkan penyakit. Walau bagaimanapun, tumor ini biasanya bukan merupkan kanser (benigna).

Hormon yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai tanda dan gejala, seperti keletihan, sakit tulang, patah tulang dan batu karang, serta ulser pada perut atau usus. Walaupun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, ujian biasa dapat mengesan masalah tersebut agar doktor dapat memberikan rawatan yang diperlukan.

MEN 1 adalah sejenis gangguan yang diwarisi, bermakna orang yang mempunyai mutasi gen ini boleh menyampaikannya kepada anak-anak mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai peluang sebanyak 50 peratus untuk mewarisi gangguan itu.

Simptom Sindrom Wermer

Tiga tumor endokrin yang membentuk sindrom Wermer adalah:

  • Hiperparatroidisme primer – kebanyakan pesakit dengan penyakit MEN1 atau sindrom Wermer akan mengalami masalah dengan kelenjar paratiroid yang terlebih pada usia 50 tahun. Penghasilan hormon paratiroid berlebihan akan membuatkan kadar kalsium menjadi tinggi dalam darah dan air kencing. Gejala termasuklah keletihan, kemurungan, ulser perut, sakit pada abdomen dan rasa sakit yang tidak spesifik. Malah, jika kesakitan itu tidak dirawat, ia boleh menyebabkan osteoporosis dan batu karang. Namun, jarang sekali pesakit MEN1 mungkin mempunyai kanser paratiroid.
  • Tumor pituitari – kira-kira 30-40% pesakit dengan sindrom Wermer mengembangkan tumor pituitari. Tumor ini boleh menghasilkan hormon yang berlebihan (fungsi tumor pituitari). Selain itu, jenis tumor paling biasa didiagnosis pada pesakit MEN1 adalah prolaktinoma dan menjejaskan hampir 20% pesakit sindrom Wermer. Tumor ini menghasilkan prolaktin yang berlebihan. Bagi golongan wanita, prolaktinoma boleh menyebabkan pengeluaran susu ibu yang tidak hamil, kekurangan tempoh haid dan boleh mengakibatkan masalah ketidaksuburan. Pada golongan lelaki, prolaktinoma pula boleh menyebabkan masalah mati pucuk dan kemandulan.

Jarang sekali, pesakit MEN1 membina tumor yang menghasilkan hormon termasuk jenis yang menghasilkan hormon pertumbuhan (mengakibatkan acromegali) dan jenis yang menghasilkan hormon adrenokortikotropik (ACTH) (mengakibatkan penyakit Cushing). Tumor pituitari yang tidak melepaskan hormon (tumor pituitari yang tidak berfungsi) boleh dikesan secara kebetulan pada imbasan pemantauan rutin. Seterusnya, tumor pituitari yang besar pula boleh menyebabkan masalah dengan penglihatan atau sakit kepala.

  • Tumor neuroendokrin pankreas (NETs) – tumor ini menjejaskan sehingga 60% pesakit dengan MEN1 dan mungkin i) berfungsi – menghasilkan hormon berbeza yang dicirikan oleh gejala berbeza seperti di bawah ini, atau ii) tidak berfungsi.
  • Gastrinomas – ini adalah tumor neuroendokrin pankreas yang paling lazim dalam MEN1 dan memberi kesan kepada hampir 40% pesakit sindrom Wermer. Lebihan rembesan gastrin oleh gastrinoma menyebabkan pengeluaran asid yang banyak di perut dan menyebabkan ulser perut/ duodenal (kadangkala dikenali sebagai sindrom Zollinger-Ellison). Pesakit juga boleh mengalami pendarahan yang teruk kerana ulser ini, dan boleh mengembangkan sekatan pada saluran gastrousus atas serta simptom cirit-birit.
  • Insulinomas – keadaan ini berlaku pada kira-kira 10% pesakit dengan MEN1. Ia merupakan tumor sel beta dalam pankreas dan pengeluaran  insulin berlebihan akan menyebabkan paras gula darah yang rendah (hypoglycaemia). Gejala-gejala biasanya adalah berpeluh, goyah, kelaparan, pening dan kebimbangan tetapi ia boleh berkembang menjadi kebingungan dan hilang kesedaran.

Ianya jarang sekali jika NET pankreas berfungsi lain terjadi dalam sindrom Wermer. Ini termasuklah:

  • Glukagonoma – ia menghasilkan glukagon. Ini boleh menyebabkan ruam pada kulit, penurunan berat badan dan diabetes mellitus serta simptom keletihan, sesak nafas dan pening kepala akibat anemia.
  • VIPoma – penghasilan peptida usus vasoaktif yang berlebihan oleh VIPoma boleh menyebabkan cirit-birit berair dan keletihan, kelemahan otot dan rasa berdebar-debar kerana tahap kalium darah yang rendah.

Sesetengah tumor pankreas dalam sindrom ini tidak berfungsi (NET pankreas tidak berfungsi) dan hanya dijumpai oleh pencitraan pengawasan. NET pancreas dalam penyakit MEN1 sering menjadi berganda dan boleh menjadi ganas (malignant); ini mewakili penyebab kematian paling biasa bagi pesakit sindrom Wermer. NET pankreas yang tidak berfungsi adalah NET pankreas yang paling biasa dalam MEN1 dan mungkin membawa risiko keganasan yang paling besar.

Selain itu, sindrom Wermer atau penyakit MEN1 juga dikaitkan dengan nodul adrenal (dalam lebih kurang 40% pesakit, kebanyakannya tidak berfungsi dan jinak). Tumor neuroendokrin pada paru-paru (sekitar 2%), timus (sekitar 2%) atau perut (sekitar 10%) dan lesi kulit jinak juga mungkin berlaku.

Punca Sindrom Wermer

Sindrom Wermer adalah keadaan genetik. Ini bermakna, risiko kanser dan ciri-ciri lain MEN1 boleh diteruskan dari generasi ke generasi dalam satu keluarga. Gen yang dikaitkan dengan penyakit MEN1 juga dipanggil sebagai MEN1. Mutasi (perubahan) dalam gen MEN1 meningkatkan risiko seseorang terhadap tumor endokrin dan gejala lain MEN1.

Lebih dari 90% individu yang mewarisi mutasi sindrom Wermer akan mengembangkan 1 atau lebih gejala MEN1. Sebilangan kecil orang yang tidak mempunyai perubahan genetik MEN1 didapati mempunyai mutasi ‘germline’ (perubahan dalam telur atau sel sperma badan yang dimasukkan ke dalam DNA setiap sel melalui warisan) dalam kelas protein yang disebut ‘kinase inhibitor’ kebergantungan pada siklin (CDKIs) yang mengawal pertumbuhan dan pembahagian sel. Penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai MEN1 atau sindrom Wermer.

Diagnosis Sindrom Wermer

MEN1 boleh didiagnosis melalui ujian genetik – gen MEN1 boleh dikesan bagi melihat sebarang mutasi. Ujian ini ditawarkan kepada orang yang mempunyai manifestasi klinikal MEN1 (ujian diagnostik), atau kepada keluarga yang sudah mengetahui bahawa mereka juga boleh mendapat penyakit MEN1 (ujian ramalan). Ini perlu dilakukan melalui perkhidmatan “Genetik Klinikal” dengan kaunseling genetik yang sesuai.

Ketiga-tiga jenis tumor utama didiagnosis dan dipantau dengan cara yang berbeza. Penilaian yang dicadangkan harus bermula pada usia muda iaitu kanak-kanak berumur 5 tahun kerana tumor ini diterangkan berdasarkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

  • Hiperparatroidisme primer – pesakit dengan MEN1 akan menjalani pengukuran kalsium darah dan tahap hormon paratiroid secara teratur. Diagnosis hiperparatiroidisme primer akan dibuat jika kalsium serum meningkat seiring dengan hormon paratiroid yang tinggi atau tidak normal (ia harus ditindas jika kalsium dalam darah adalah tinggi).
  • Tumor pituitari – pengawasan pituitari dilakukan dengan memeriksa ujian darah (biasanya untuk tahap pertumbuhan prolaktin dan insulin seperti tahap-I). Rutin imbasan resonans magnetik (MRI scan) bagi pituitari itu dilakukan setiap 3-5 tahun sekali. Sekiranya pesakit melaporkan sebarang gejala yang menunjukkan tanda-tanda tumor pituitari, maka siasatan hormon pituitari lain boleh dilakukan sekiranya perlu; contohnya, ujian khas untuk menyiasat penyakit Cushing.
  • NET pankreasujian darah puasa dilakukan untuk mengukur tahap hormon yang dirembeskan (secreted) oleh tumor (hormon usus puasa dan kromogranin A dan B). Sampel-sampel perlu dipindahkan ke makmal di atas ais dan diproses serta-merta. Ujian-ujian itu juga perlu dilakukan di hospital. Selain itu, pesakit juga akan menjalani ujian pengimejan biasa untuk mencari tumor yang tidak berfungsi dengan pelbagai teknik termasuk imbasan MRI dan imbasan CT, ultrabunyi endoskopik atau imbasan perubatan nuklear (oktreotide atau imbasan Gallium68-PET).

Ultrabunyi endoskopi adalah ujian yang paling sensitif untuk mencari NET pankreas kecil tetapi tidak invasif dan sesetengah pesakit lebih suka untuk melakukan imbasan MRI/ CT. Imbasan ubat nuklear mungkin menjadi jalan terbaik untuk mengesan penyebaran tumor (metastasis) dalam penyakit yang mengganas. Sekiranya insulinoma telah disyaki, maka pesakit akan sering dimasukkan ke hospital selama 72 jam untuk membuktikan diagnosis itu. Ini dilakukan untuk menunjukkan kadar glukos dalam darah rendah dan kadar insulin yang tidak sesuai. Pesakit akan diawasi dengan teliti sepanjang ujian dijalankan.

Di samping semua penyiasatan yang diterangkan di atas, kadangkala, suntikan invasif dan teknik pensampelan vena dalaman (melibatkan tiub nipis yang diulirkan melalui saluran darah) digunakan untuk menentukan lokasi di mana insulin itu dirembeskan (secreted).

Rawatan Sindrom Wermer

Kebanyakan tumor ini dirawat dengan pembedahan atau melalui pengambilan ubat yang menindas pertumbuhan atau fungsi tumor. Tumor paratiroid, yang selalunya adalah jinak, harus dibuang melalui pembedahan apabila tahap kalsium serum yang diperbetulkan albumin lebih tinggi daripada 12 mg/ dl. Namun, boleh berlakunya kehilangan tulang yang signifikan, atau kerosakan buah pinggang atau batu karang disebabkan prosedur itu.

Terdapat masalah rawatan mencabar yang berkaitan dengan proses untuk membuang tumor neuroendokrin pankreas. Selain peranannya dalam penghadaman normal, pankreas mengawal tahap glukos darah melalui pengeluaran insulin. Pembuangan pankreas boleh menyebabkan diabetes mellitus, satu keadaan yang membawa kepada masalah kesihatan yang ketara dan perlu mengambil suplemen enzim pankreas untuk menggalakkan pencernaan. Jadi, doktor mesti mengimbangi manfaat pankreas bagi pesakit MEN1, seperti cara untuk mencegah perkembangan penyebaran kanser sekali gus juga memikirkan tentang risiko diabetes mellitus.

Seterusnya, pesakit dengan tumor neuroendokrin pankreas yang telah merebak ke hati boleh dirawat dengan analog somatostatin atau ubat yang mengawal isyarat di sel islet pankreas, everolimus. Tumor neuroendokrin lain biasanya dikeluarkan oleh pembedahan dan rawatan lain juga mungkin disyorkan.

Tumor pituitari yang menghasilkan prolaktin hormon selalunya diuruskan dengan agonis dopamin, yang merupakan ubat-ubatan yang meniru tindakan dopamin iaitu bahan semulajadi yang terhasil di dalam otak. Tumor yang menghasilkan hormon pertumbuhan atau hormon adrenokortikoptropin atau tumor tidak berfungsi paling kerap dirawat dengan pembedahan. Terdapat 2 terapi hormon iaitu analog somatostatin dan antagonis hormon pertumbuhan dan kedua-duanya telah berjaya merawat masalah lebihan hormon pertumbuhan pada pesakit yang tidak sembuh dengan prosedur pembedahan.

SUMBER

https://www.cancer.net/cancer-types/multiple-endocrine-neoplasia-type-1

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/men-1/symptoms-causes/syc-20353064

https://emedicine.medscape.com/article/126438-overview

Summary
Sindrom Wermer (Wermer syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sindrom Wermer (Wermer syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sindrom Wermer atau penyakit MEN1 adalah penyakit yang menyebabkan tumor dalam kelenjar endokrin serta bahagian usus kecil dan perut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: