sindrom serotonin
Serotonin adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh bagi membolehkan sel-sel otak dan sel-sel sistem saraf lain berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Kadar serotonin yang terlalu sedikit di dalam otak boleh meyebabkan kemurungan. Walau bagaimanapun, terlalu banyak serotonin pula boleh menyebabkan aktiviti sel saraf yang berlebihan.

Serotonin adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh bagi membolehkan sel-sel otak dan sel-sel sistem saraf lain berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Kadar serotonin yang terlalu sedikit di dalam otak boleh meyebabkan kemurungan. Walau bagaimanapun, terlalu banyak serotonin pula boleh menyebabkan aktiviti sel saraf yang berlebihan. Ini kemudiannya akan menyebabkan gejala-gejala yang berbahaya dikenali sebagai sindrom serotonin.       

Simptom Sindrom Serotonin

Gejala sindrom serotonin sering bermula dalam masa beberapa jam selepas mengambil ubat baru yang menjejaskan tahap serotonin atau meningkatkan dos yang telah anda ambil secara berlebihan. Tanda-tanda bagi masalah ini mungkin termasuk:  

  • Kekeliruan.
  • Kekacauan (agitation) atau kegelisahan.
  • Anak mata berkembang.
  • Sakit kepala.
  • Perubahan tekanan darah dan/ atau suhu. 
  • Mual dan/ atau muntah.
  • Cirit-birit.
  • Kadar denyutan yang cepat.
  • Gementar.
  • Kehilangan koordinasi otot atau kekejangan otot.
  • Mengigil dan rasa sejuk.
  • Berpeluh dengan banyak.

Dalam kes yang parah, sindrom serotonin boleh mengancam nyawa. Sekiranya anda mengalami mana-mana gejala ini, anda atau mana-mana individu harus segera mendapatkan rawatan perubatan:

  • Demam panas.
  • Sawan.
  • Denyutan jantung tidak teratur.
  • Pengsan.

Punca Sindrom Serotonin

Sindrom serotonin paling kerap berlaku apabila dua ubat yang mempengaruhi tahap serotonin badan diambil sekali pada masa yang sama. Ubat ini boleh menyebabkan pengeluaran atau pengekalan serotonin terlalu banyak di otak.

Sebagai contoh, anda boleh mendapat sindrom ini jika anda mengambil ubat migrain yang dipanggil ‘triptans’ bersama-sama dengan antidepresan iaitu perencat serotonin pengambilan semula selektif (SSRI) dan pengambilan semula perencat selektif serabutonin/ norepinephrine (SSNRI). 

Seterusnya, SSRI yang biasa termasuklah citalopram (Celexa), sertraline (Zoloft), fluoxetine (Prozac), paroxetine (Paxil) dan escitalopram (Lexapro). SSNRI pula termasuklah duloxetine (Cymbalta) dan venlafaxine (Effexor). Manakala, triptan biasa termasuk sumatriptan (Imitrex), zolmitriptan (Zomig), frovatriptan (Frova), rizatriptan (Maxalt), almotriptan (Axert), naratriptan (Amerge) dan eletriptan (Relpax).

Jika anda mengambil mana-mana ubat tersebut, pastikan anda membaca amaran yang diletakkan pada pembungkusan. Ia akan memaklumkan anda tentang potensi risiko terjadinya sindrom serotonin. Walau bagaimanapun, jangan berhenti mengambil ubat itu dan berunding dengan doktor tentang kebimbangan anda terlebih dahulu.

Sindrom ini juga lebih cenderung berlaku pada permulaan atau setelah adanya peningkatan pengambilan ubat-ubatan.

Antidepresan yang lebih lama dipanggil sebagai perencat monoamine oxidase (MAOIs) juga boleh menyebabkan sindrom serotonin bersama ubat yang telah dijelaskan di atas, serta meperidine (Demerol, ubat penahan sakit) atau dextromethorphan (ubat batuk).

Diagnosis Sindrom Serotonin

Tiada ujian makmal khusus yang boleh dilakukan untuk mengesan sindrom serotonin. Doktor boleh memulakan pemeriksaan dengan mengkaji sejarah dan gejala perubatan anda. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil ubat-ubatan atau menggunakan dadah dalam beberapa minggu sejak kebelakangan ini. Maklumat ini boleh membantu doktor membuat diagnosis yang lebih tepat.

Selain itu, doktor biasanya akan melakukan beberapa ujian lain. Ujian sebegini akan membantu doktor mengetahui jika organ atau fungsi badan tertentu telah terjejas. Ia juga boleh membantu doktor mengetepikan keadaan yang lain.

Sesetengah keadaan mempunyai simptom yang sama dengan sindrom serotonin. Ini termasuklah jangkitan, dos ubat yang terlebih serta masalah hormon. Keadaan yang dikenali sebagai sindrom malignan neuroleptik juga mempunyai gejala yang sama dengan masalah serotonin ini. Ianya adalah tindak balas bertentangan terhadap ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit psikotik.

Ujian doktor boleh termasuk:

Faktor Risiko Sindrom Serotonin

Sesetengah orang lebih terdedah kepada ubat-ubatan dan suplemen yang boleh menyebabkan sindrom serotonin berbanding individu lain, tetapi keadaan ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Anda berisiko mengalami sindrom serotonin jika:

  • Anda mula mengambil atau meningkatkan dos ubat yang digunakan untuk meningkatkan tahap serotonin baru-baru ini.
  • Anda mengambil lebih dari satu ubat yang digunakan untuk meningkatkan tahap serotonin.
  • Anda mengambil suplemen herba yang digunakan untuk meningkatkan tahap serotonin.
  • Anda menggunakan ubat haram yang digunakan untuk meningkatkan kadar serotonin.

Rawatan Sindrom Serotonin

Rawatan sindrom serotonin bergantung kepada keparahan gejala anda.

  • Sekiranya gejala anda kecil, berjumpa dengan doktor dan menghentikan pengambilan ubat yang menyebabkan masalah itu mungkin sudah mencukupi.
  • Sekiranya gejala anda membimbangkan, anda mungkin perlu pergi ke hospital. Doktor juga mungkin mengarahkan anda untuk tinggal di hospital selama beberapa jam bagi memastikan gejala anda bertambah baik.
  • Sekiranya sindrom serotonin yang dialami sudah parah, anda akan memerlukan rawatan intensif di hospital.

Bergantung pada gejala anda, anda mungkin menerima rawatan berikut:

  • Pengendur otot. Benzodiazepin, seperti diazepam (Valium, Diastat) atau lorazepam (Ativan) boleh membantu mengawal agitasi, sawan dan kekejangan otot.
  • Ejen penyekat pengeluaran serotonin. Jika rawatan lain tidak berfungsi, ubat-ubatan seperti cyproheptadine dapat membantu menghalang pengeluaran serotonin.
  • Oksigen dan intravena (IV) cecair. Menghirup oksigen melalui topeng membantu mengekalkan paras oksigen normal dalam darah anda. Cecair IVpula boleh digunakan untuk merawat gejala dehidrasi dan demam.  
  • Ubat yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Ini termasuklah esmolol (Brevibloc) atau nitroprusside (Nitropress) untuk mengurangkan kadar denyutan jantung atau tekanan darah tinggi.

Jika tekanan darah anda terlalu rendah, doktor mungkin memberikan anda phenylephrine (Vazculep) atau epinephrine (Adrenalin, Epipen, yang lain).

  • Tiub pernafasan dan mesin dan ubat untuk melumpuhkan otot. Anda mungkin memerlukan rawatan ini jika anda mempunyai demam yang sangat teruk.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/serotonin-syndrome/symptoms-causes/syc-20354758

https://www.webmd.com/depression/guide/serotonin-syndrome-causes-symptoms-treatments#1

https://www.healthline.com/health/serotonin-syndrome

Summary
Sindrom Serotonin (Serotonin syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sindrom Serotonin (Serotonin syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sindrom serotonin berlaku apabila kadar serotonin yang terlalu sedikit atau terlalu banyak di otak menyebabkan gejala yang berbahaya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: