Sindrom Peter Pan
Sindrom Peter Pan adalah dimana seseorang lelaki dewasa yang menidakkan dirinya untuk membesar selaras dengan usia.

Sindrom Peter Pan adalah dimana seseorang lelaki dewasa yang menidakkan dirinya untuk membesar selaras dengan usia.

Mereka ini lebih cenderung untuk sendiri dan masih bersikap keanak-anakan walaupun sudah melebih umur 17 tahun.

Sama seperti karakter Peter Pan dalam filem yang tidak membesar. Oleh sebab itu, sindrom ini dipanggil sebagai Sindrom Peter Pan.

Kebiasaannya lelaki yang menghidap sindrom ini seringkali berfikir membesar sebagai orang dewasa itu sesuatu yang menakutkan.

Malah mereka juga dilihat seakan-akan tidak mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Masalah ini mendorong mereka untuk menjauhkan diri daripada masyarakat kerana tidak mampu untuk menyesuaikan diri secara social, berdikari dan mengekspreskan perasaan.

Simptom Sindrom Peter Pan

Berikut adalah antara symptom-simptom awal yang mencetuskan penyakit ini :

  1. Cenderung berperangai seperti seorang kanak-kanak, remaja, atau orang yang lebih muda usianya.
lelaki yang membuat muka pelik
  • Sering bergantung harap kepada orang lain. Takut untuk melakukan sesuatu hal dengan sendiri dan berharap orang akan tetap melindungi dan menurutinya.
  • Tidak berjaya mempertahankan sesuatu hubungan percintaan. Lazimnya orang yang mempunyai sindrom ini sukar bersikap romantis.
  • Takut untuk memberi komitmen dalam sebuah perhubungan ataupun pekerjaan
  • Tiada rasa tanggungjawab dalam pekerjaan dan juga urusan menguruskan wang. Sering mengutamakan kepentingan peribadi dan juga keseronokan
lelaki yang main phone dengan muka yang pelik
  • Tidak mahu mengaku salah dan sering meletakkannya kepada orang lain
lelaki dengan muka pelik

Punca Sindrom Peter Pan

Kajian mendapati sindrom peter pan adalah disebabkan oleh sikap ibu bapa yang ‘overprotection’ terhadap anak mereka.

Ibu bapa yang terlalu melindungi anak-anak telah membuat mereka tidak boleh hilang kebergantungan dah sukar untuk berdikari serta membuat pilihan sendiri.

Ada juga kes di mana ibu bapa merelakan sahaja apa yang ingin dilakukan oleh anak-anak tanpa dipantau. Sehingga mereka merasakan boleh melakukan hal yang sama walaupun sudah bertukar dewasa

Seterusnya sindrom ini turut berkait rapat dengan gangguan personality narkis, tetapi tidak dalam egoistic.

Mereka ini cenderung untuk menyerap diri dan memenjarakan diri dalam fantasi zaman kanak-kanak.

lelaki yang sedang bermain dengan anaknya

Rawatan Sindrom Peter Pan

Sindrom Peter Pan tidak diiktiraf secara perubatan oleh WHO atau tidak dikenali oleh Persatuan Psikiatri Amerika sebagai gangguan mental.

Kerana ia tidak diiktiraf sebagai gangguan psikologi, tiada rawatan yang jelas, tetapi terdapat banyak yang dapat membantu, seperti psychodrama, terapi perilaku kognitif, serta terapi keluarga.

Pengaruh keluarga memainkan peranan penting dalam menyedarkan mereka ini. Mereka perlu disedarkan dengan tiada apa yang boleh selamatkan mereka daripada bertukar dewasa.

Mereka juga turut perlu disedarkan untuk lebih bertanggungjawab ke atas orang yang mereka saying seperti mak ayah dan juga adik beradik

Summary
Sindrom Peter Pan : Simptom, Punca dan Rawatan
Article Name
Sindrom Peter Pan : Simptom, Punca dan Rawatan
Description
Sindrom Peter Pan adalah dimana seseorang lelaki dewasa yang menidakkan dirinya untuk membesar selaras dengan usia. Mereka ini lebih cenderung untuk sendiri dan masih bersikap keanak-anakan walaupun sudah melebih umur 17 tahun. Sama seperti karakter Peter Pan dalam filem yang tidak membesar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: