Sindrom pernafasan akut teruk
Sindrom pernafasan akut yang teruk, atau SARS, adalah penyakit yang boleh meragut nyawa dan telah merebak di seluruh dunia pada tahun 2003.

Sindrom pernafasan akut yang teruk, atau SARS, adalah penyakit yang boleh meragut nyawa dan telah merebak di seluruh dunia pada tahun 2003. Ia adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan gejala seperti selesema.  

Simptom Sindrom pernafasan akut teruk (SARS)

Gejala biasanya muncul dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas terdedah kepada virus SARS, tetapi boleh berterusan selepas 2 hingga 7 hari. Semasa tempoh inkubasi, sebelum gejala-gejalanya muncul, penyakit ini tidak menular.

Kebanyakan kes SARS bermula dengan gejala demam dengan suhu yang sangat tinggi. Gejala awal yang lain di samping selesema, adalah rasa sakit, menggigil, cirit-birit, batuk kering dan sesak nafas. Gejala ini biasanya akan berkembang selama seminggu. Seterusnya, pesakit juga lebih terdorong mendapat pneumonia iaitu jangkitan pada paru-paru. Komplikasi serius, seperti kegagalan pernafasan, kegagalan jantung dan kegagalan hati juga boleh berlaku. Komplikasi ini lebih berkemungkinan berlaku pada individu berumur lebih dari 60 tahun, dan juga mereka yang telah mempunyai penyakit sedia ada, seperti diabetes atau hepatitis.  

Punca Sindrom pernafasan akut teruk (SARS)

Penyakit sindrom pernafasan akut teruk atau SARS terjadi disebabkan virus yang mengambil alih sel dalam badan dan menggunakannya untuk membuat salinan sendiri. Virus SARS adalah daripada kumpulan yang dikenali sebagai ‘coronavirus’, iaitu jenis yang boleh juga menyebabkan selesema biasa.

DI samping itu, SARS boleh merebak apabila orang yang terkesan batuk atau bersin, mengeluarkan titisan cecair kecil dengan virus kepada orang lain dalam jarak 2-3 kaki. Orang lain mungkin mendapat virus ini apabila menyentuh titisan tersebut, kemudian menyentuh hidung, mata atau mulut mereka.    

Individu yang tinggal bersama atau berada berhubungan rapat dengan seseorang yang mempunyai SARS lebih cenderung untuk mendapatkannya berbanding individu yang baru sahaja melalui atau berkongsi bilik dengan orang yang dijangkiti.

Diagnosis Sindrom pernafasan akut teruk (SARS)

  • Ujian makmal boleh membantu mengenal pasti SARS-CoV.
  • Ujian reaksi berantai transkripsi-polimerase (RT-PCR) boleh mengesan virus dalam darah, najis dan cecair hidung.
  • Ujian serologik dapat mengesan antibodi SARS-CoV dalam darah. Jika seseorang mempunyai antibodi, mereka juga berkemungkinan untuk mendapat jangkitan itu.
  • Kultur viral. Doktor juga boleh menggunakan kultur viral yang melibatkan peletakan tisu badan atau cecair dengan beberapa sel ke dalam bekas di mana virus boleh membiak. Sekiranya virus itu membiak, sel itu akan berubah.

Ujian-ujian ini mungkin tidak boleh dipercayai jika dilakukan pada peringkat awal jangkitan. 

Kebanyakan pesakit yang menghidap SARS pada tahun 2003 hingga 2004 telah menghabiskan masa dengan orang-orang yang telah dijangkiti, atau mereka pernah berada di lokasi ketika penyakit tersebut menular.

Keradangan paru-paru adalah komplikasi yang biasa, jadi seseorang yang mengalami masalah ini tanpa punca yang jelas dan pernah berada di tempat penularan wabak itu akan disyaki memiliki SARS.

Ini termasuklah menetap atau kunjungan ke kawasan yang terjejas oleh SARS baru-baru ini atau bekerja di makmal yang mengandungi SARS-CoV secara langsung.

Faktor Risiko Sindrom pernafasan akut teruk (SARS)

Pada umumnya, orang yang mempunyai risiko SARS paling tinggi ialah mereka yang mempunyai hubungan terus atau rapat dengan seseorang yang dijangkiti, seperti ahli keluarga dan pekerja penjagaan kesihatan. 

Rawatan Sindrom pernafasan akut teruk (SARS)

Walaupun usaha global yang bersepadu telah dilakukan, para saintis masih belum mendapat rawatan yang berkesan untuk mengubati penyakit SARS. Ubat-ubatan antibiotik tidak berfungsi terhadap virus dan penggunaan ubat antiviral dilihat tidak begitu bermanfaat.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/severe-acute-respiratory-syndrome-sars

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/severe-acute-respiratory-syndrome-sars

https://www.medicalnewstoday.com/articles/7543

Summary
Sindrom pernafasan akut teruk (Severe acute respiratory syndrome - SARS) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sindrom pernafasan akut teruk (Severe acute respiratory syndrome - SARS) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sindrom pernafasan akut yang teruk, atau SARS, adalah penyakit yang boleh meragut nyawa dan telah merebak di seluruh dunia pada tahun 2003.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: