sindrom malignan neuroleptik
Sindrom malignan neuroleptik (neuroleptic malignant syndrome - NMS) adalah tindak balas yang jarang berlaku terhadap ubat antipsikotik yang merawat skizofrenia, gangguan bipolar dan keadaan kesihatan mental yang lain.

Sindrom malignan neuroleptik (neuroleptic malignant syndrome – NMS) adalah tindak balas yang jarang berlaku terhadap ubat antipsikotik yang merawat skizofrenia, gangguan bipolar dan keadaan kesihatan mental yang lain. Ia memberi kesan kepada sistem saraf dan menyebabkan gejala seperti demam panas dan kekejangan otot.       

Keadaan ini adalah keadaan yang serius, tetapi ia boleh dirawat. Kebanyakan individu yang menghidapinya melakukan rawatan pemulihan penuh apabila keadaan ini dikesan dengan lebih awal.

Simptom Sindrom malignan neuroleptik

Keadaan ini sering kali bermula dalam masa 2 minggu selepas anda mula mengambil ubat atau menukar dos anda. Kadangkala, simptom sindrom malignan neuroleptik muncul beberapa hari selepas anda mula mengambil ubat tersebut. Namun, anda juga mungkin tidak mempunyai apa-apa gejala sehingga beberapa bulan kemudian.

Gejala-gejala penyakit NMS biasanya berlangsung selama 7 hingga 10 hari. Simptom ini mungkin termasuk:

  • Demam panas (38°C hingga 40°C).
  • Kekejangan otot.
  • Berpeluh dengan banyak.
  • Kebimbangan atau perubahan lain dalam keadaan mental.
  • Denyutan jantung cepat atau tidak normal.
  • Pernafasan yang pantas.
  • Lebih banyak air liur daripada kebiasannya.

Sindrom malignan neuroleptik boleh merosakkan otot dan menyebabkan tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah. Jika anda tidak dirawat, anda boleh mendapatkan masalah serius seperti:

  • Kegagalan buah pinggang.
  • Kegagalan jantung dan paru-paru.
  • Kekurangan oksigen dalam badan.
  • Jangkitan pada paru-paru yang berlaku disebabkan pernafasan dalam cecair (aspirasi keradangan paru-paru).
  • Lebih banyak asid di dalam badan.

Punca Sindrom malignan neuroleptik

Sindrom malignan neuroleptik ini sangat jarang berlaku. Hanya kira-kira 1 hingga 2 orang daripada setiap 10,000 orang yang mengambil ubat antipsikotik mendapat keadaan ini.

Semua ubat antipsikotik boleh menyebabkan sindrom malignan neuroleptik (NMS). Ubat antipsikotik yang terdahulu termasuk:

  • Chlorpromazine (Thorazine)
  • Fluphenazine (Prolixin)
  • Haloperidol (haldol)
  • Loxapine (Loxitane)
  • Perphenazine (Etrafon)
  • Thioridazine (Mellaril)

Doktor memanggil ubat antipsikotik baharu sebagai “antipsikotik atipikal.” Mereka termasuk:

  • Aripiprazole (Abilify)
  • Asenapine (Saphris)
  • Brexpiprazole (Rexulti)
  • Cariprazine (Vraylar)
  • Clozapine (Clozaril)
  • Iloperidone (Fanapt)
  • Olanzapine (Zyprexa)
  • Paliperidone (Invega)
  • Quetiapine (Seroquel)
  • Risperidone (Risperdal)

Ubat-ubatan ini menyekat bahan kimia otak yang dipanggil dopamin. Ini boleh membuatkan otot anda kaku dan boleh menyebabkan pergerakan kejang pada individu yang menghidap penyakit Parkinson.

Mana-mana ubat antipsikotik boleh menyebabkan penyakit NMS, tetapi ubat-ubatan yang lebih kuat seperti fluphenazine dan haloperidol lebih cenderung untuk mencetuskannya.

Di samping itu, sindrom malignan neuroleptik ini lebih biasa berlaku pada golongan lelaki berbanding golongan wanita. Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda:

  • Ambil ubat dengan dos yang tinggi.
  • Meningkatkan dos anda denga cepat.
  • Ambil ubat sebagai suntikan.
  • Beralih dari satu ubat antipsikotik ke ubat yang lain.

Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat simptom mual dan muntah juga boleh menyebabkan sindrom malignan neuroleptik ini, kerana ia boleh menyekat dopamin. Ini termasuk: 

  • Domperidone (Motilium)
  • Droperidol (Inapsine)
  • Metoclopramide (Reglan)
  • Prochlorperazine (Compazine)
  • Promethazine (Phenergan)

Seterusnya, individu yang mengambil ubat untuk merawat penyakit Parkinson seperti ‘levodopa’ boleh mendapat penyakit NMS jika mereka berhenti mengambil ubat itu dengan segera.

Diagnosis Sindrom malignan neuroleptik

Doktor akan mencari dua gejala utama sindrom malignan neuroleptik iaitu suhu tinggi dan otot yang ketat. Selain itu, anda juga perlu mempunyai beberapa tanda amaran lain seperti denyutan jantung cepat, tekanan darah rendah atau tekan darah tinggi tinggi mahupun tanda berpeluh untuk didiagnosis dengan penyakit ini.

Sesetengah gangguan lain boleh mempunyai gejala yang serupa dengan NMS. Bagi mengetahui jika anda memilikinya ataupun tidak, doktor akan melakukan satu atau lebih ujian ini:

Rawatan Sindrom malignan neuroleptik

Doktor akan mula mengambil ubat yang menyebabkan sindrom malignan neuroleptik ini daripada anda. Individu dengan sindrom ini juga sering kali mendapatkan rawatan di unit penjagaan rapi hospital. Matlamatnya adalah untuk menurunkan suhu demam anda dan memberi anda cecair dan nutrien yang mencukupi.

Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat sindrom malignan neuroleptik termasuk:

  • Ubat-ubatan yang mengendurkan otot yang ketat, seperti dantrolene (Dantrium). 
  • Ubat-ubatan penyakit Parkinson yang membuatkan badan anda menghasilkan lebih banyak dopamin, seperti amantadine (Symmetrel) atau bromocriptine (Parlodel).

Jika ubat-ubatan ini tidak membantu, doktor mungkin akan meminta anda menjalani terapi elektrokonvulsif. Semasa rawatan sindrom malignan neuroleptik ini, anda akan tidur dan bebas dari sebarang rasa sakit. Arus elektrik kecil bergerak melalui otak anda untuk mencetuskan kekejangan. Ini tidak akan menyakiti anda, tetapi boleh membantu menguruskan gejala anda.

Tambahan pula, NMS biasanya menjadi lebih baik dalam 1 hingga 2 minggu. Selepas pemulihan, kebanyakan individu boleh mula mengambil ubat antipsikotik lagi. Doktor juga boleh mempreskripsikan ubat yang berlainan buat anda.

Namun begitu, penyakit ini boleh berulang selepas anda dirawat. Jadi, doktor akan memeriksa dengan jelas bagi mencari sebarang tanda. Semakin lama anda tahan daripada mengambil ubat-ubatan antipsikotik itu, kuranglah kemungkinan anda untuk mengalami sindrom sindrom malignan neuroleptik ini sekali lagi.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/neuroleptic-malignant-syndrome

https://www.webmd.com/schizophrenia/guide/what-is-neuroleptic-malignant-syndrome

https://emedicine.medscape.com/article/816018-overview

https://www.uptodate.com/contents/neuroleptic-malignant-syndrome

Summary
Sindrom malignan neuroleptik (Neuroleptic malignant syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Sindrom malignan neuroleptik (Neuroleptic malignant syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Sindrom malignan neuroleptik adalah tindak balas terhadap ubat antipsikotik yang merawat skizofrenia, gangguan bipolar dan kesihatan mental lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: