Sindrom Guillain-Barre
Sindrom Guillain-Barre adalah masalah pada sistem saraf anda. Ia boleh menyebabkan kelemahan otot, kehilangan refleks, dan kekebasan atau kesemutan di bahagian badan anda. Ia boleh menyebabkan kelumpuhan, yang biasanya bersifat sementara.

Sindrom Guillain-Barre adalah masalah yang berlaku pada sistem saraf anda. Ia boleh menyebabkan kelemahan otot, kehilangan refleks dan rasa kebas atau sesemut di bahagian badan anda. Selain itu, penyakit ini juga boleh menyebabkan kelumpuhan, yang biasanya bersifat sementara.

Kebanyakan individu berjaya pulih kembali walaupun mereka mengalami kes yang lebih serius. Malah, 85% individu dengan sindrom Guillain-Barre pulih sepenuhnya dalam masa 6 hingga 12 bulan. Setelah pulih, peluang untuk penyakit ini berulang adalah sangat kecil.

 

 

Jenis-jenis Sindrom Guillain-Barre

Sindrom ini pada mulanya dianggap sebagai gangguan tunggal, tetapi kini sindrom Guillain-Barre diketahui berlaku dalam beberapa bentuk. Jenis-jenisnya yang utama adalah:

  • Radang akut ‘demyelinating polyradiculoneuropathy’, adalah jenis yang paling umum di Amerika Syarikat. Tanda yang paling biasa bagi jenis ini adalah kelemahan otot yang bermula di bahagian bawah badan dan merebak ke bahagian atas badan.

 

  • Sindrom Miller Fisher, yang mana kelumpuhan bermula di bahagian mata. Sindrom ini juga dikaitkan dengan gaya berjalan yang tidak stabil. Selain itu, ia berlaku pada kira-kira 5 peratus individu dengan sindrom Guillain-Barre di AS tetapi lebih umum di Asia.

 

  • Neuropati axonal motor akut (acute motor axonal neuropathy) dan neuropati axonal sensori motor akut (acute motor-sensory axonal neuropathy), kedua-dua jenis ini jarang berlaku di Amerika Syarikat tetapi lebih kerap berlaku di China, Jepun dan Mexico.

 

 

Punca Sindrom Guillain-Barre

Punca sebenar penyakit sindrom Gullain-Barre masih tidak diketahui. Penyakit ini selalunya berlaku beberapa hari atau minggu selepas saluran pernafasan atau pencernaan menerima jangkitan. Pembedahan atau suntikan imunisasi yang baru dibuat jarang menjadi punca berlakunya penyakit ini. Baru-baru ini, terdapat beberapa kes yang mengatakan bahawa sindrom ini berlaku setelah individu mendapat jangkitan virus Zika.

Dalam sindrom Gullain-Barre, sistem imun anda yang biasanya menyerang organisma jahat mula bertindak dan menyerang saraf. Dalam penyakit ‘Radang akut ‘demyelinating polyradiculoneuropathy’ yang merupakan jenis paling biasa bagi penyakit ini, penutup yang melindungi saraf telah menjadi rosak. Kerosakan itu menghalang saraf daripada menghantar isyarat kepada otak anda dan ini menyebabkan rasa lemah, kebas atau lumpuh.

 

 

Simptom Guillain-Barre

Gejala sindrom Guillain-Barre biasanya bermula dengan rasa kesemutan dan keadaan lemah pada bahagian kaki yang tersebar secara beransur-ansur ke seluruh tubuh.

Sekitar 1 dalam 10 individu dengan sindrom Guillain-Barre melaporkan rasa kesemutan yang bermula daripada wajah atau leher mereka. Keadaan lemah secara beransur-ansur juga boleh menjadi semakin parah dan akhirnya menjadi lumpuh.

Simptom dan komplikasi lain adalah:

  • Keadaan lemah di bahagian bawah badan dan bergerak ke bahagian atas.
  • Ketidakstabilan semasa berjalan.
  • Kurang kawalan otot muka semasa aktiviti seperti mengunyah atau bercakap.
  • Kekejangan yang menjadi lebih serius pada waktu malam.
  • Kurang kawalan ke atas usus atau pundi kencing.
  • Kesakitan, yang sekitar 50 peratus individu yang menghidap penyakit ini mengalami sakit saraf yang serius dan mungkin memerlukan pengurusan ubat.
  • Kadar denyutan jantung lebih cepat daripada biasa.

  • Tekanan darah tinggi atau rendah.
  • Gumpalan darah.
  • Tekanan yang menyakitkan jika seseorang tidak bergerak untuk jangka masa yang panjang.
  • Kesukaran bernafas.
  • Pengulangan keadaan sama pada masa yang akan datang pada 3 peratus individu dengan Sindrom Guillain-Barre.
  • Mengalami masalah psikologi dan kognitif.

 

Hubungi pakar kesihatan anda dengan segera sekiranya gejala ini berlaku.

Sindrom Guillain-Barre juga boleh menyebabkan gejala-gejala emosional memandangkan proses menyesuaikan diri dengan keadaan lumpuh yang tiba-tiba dan memerlukan bantuan daripada orang lain untuk melakukan tugas harian boleh memberikan tekanan pada individu.

 

 

Diagnosis Sindrom Gullain-Barre

Sindrom Guillain-Barre boleh menjadi sukar untuk didiagnosis, terutamanya pada fasa permulaan. Tanda-tanda sindrom ini berbeza bagi setiap individu dan ianya sama dengan simptom keadaan neurologi yang lain.

Elektromiografi mungkin diperlukan untuk membantu mendiagnosis sindrom Guillain-Barre.

Pada mulanya, doktor akan memeriksa sama ada keadaan lemah itu berlaku pada kedua-dua belah badan atau tidak kerana ini merupakan ciri khas sindrom Guillain-Barre. Serangan yang pantas boleh menjadi petunjuk lain. Banyak keadaan neurologi lain yang jauh lebih perlahan daripada sindrom Guillain-Barre.

Selepas pemeriksaan fizikal, doktor boleh mengesyorkan ujian berikut:

  • Ujian pengaliran saraf: Elektrod akan dilekatkan ke kulit dan kelajuan aliran isyarat saraf diuji dengan melepaskan kejutan kecil sepanjang saraf melalui kulit. Dalam sindrom Guillain-Barre, isyarat bergerak lebih perlahan di sepanjang saraf.

 

  • Elektromiografi: Elektrod nipis seperti jarum digunakan untuk menguji fungsi saraf dalam serat otot.

 

  • Ketukan tulang belakang, juga dikenali sebagai tusukan lumbar: Sampel cecair serebrospinal dikeluarkan dari saluran tulang belakang dan diuji di makmal untuk melihat tanda-tanda tertentu penyakit. Lebih banyak protein terdapat pada sampel cecair serebrospinal bagi individu yang mempunyai sindrom Gullain-Barre ini.

 

 

Faktor Risiko Sindrom Guillain-Barre

Sindrom Guillain-Barre boleh menjejaskan semua lapisan umur. Namun begitu, anda menghadapi risiko yang lebih besar sekiranya:

  • Anda seorang lelaki.
  • Anda seorang belia (young adult).

 

Sindrom Guillain-Barre mungkin berlaku disebabkan:

  • Kebanyakannya berlaku disebabkan jangkitan pada ‘campylobacter’, sejenis bakteria yang sering dijumpai pada ayam yang kurang masak.
  • Virus influenza.
  • ‘Cytomegalovirus’.
  • Virus Epstein-Barr.
  • Virus Zika.
  • Hepatitis A, B, C dan E.
  • HIV, virus yang menyebabkan AIDS.
  • Mycoplasma pneumonia.
  • Pembedahan.
  • Limfoma Hodgkin.
  • Jangkitan, vaksin influenza atau vaksin kanak-kanak.

 

 

Rawatan Sindrom Guillain-Barre

Pada masa ini, masih tiada ubat yang boleh merawat sindrom Guillain-Barre, tetapi ubat-ubatan boleh diambil untuk meredakan simptom.

Terdapat dua jenis rawatan yang dapat mengurangkan simptom yang serius dan meningkatkan kadar pemulihan seperti:

  • Terapi imunoglobulin: Antibodi daripada penderma diberikan secara intravena (IV). Rawatan ini seolah-olah dapat mengurangkan tindak balas autoimun yang berlaku.

 

  • Pertukaran plasma, juga dikenali sebagai plasmaferesis: Darah diambil daripada badan. Plasma darah kemudian dipisahkan dari sel-sel darah. Sel-sel darah kemudian akan dikembalikan dan tubuh menghasilkan plasma semula. Proses ini akan membuang beberapa antibodi yang menyerang sel-sel sihat.

 

Kedua-dua kaedah mempunyai keberkesanan yang sama. Walau bagaimanapun, menggunakan kedua-dua kaedah rawatan sekali gus tidak meningkatkan hasilnya. Penyelidik juga masih belum mengetahui punca mengapa salah satu kaedah ini berhasil.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Sindrom Guillain-Barre (Gullain-Barre Syndrome) - Jenis, Punca, Sindrom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sindrom Guillain-Barre (Gullain-Barre Syndrome) - Jenis, Punca, Sindrom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sindrom Guillain-Barre adalah masalah pada sistem saraf anda. Ia boleh menyebabkan kelemahan otot, kehilangan refleks, dan kekebasan atau kesemutan di bahagian badan anda. Ia boleh menyebabkan kelumpuhan, yang biasanya bersifat sementara.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *