sindrom dumping
Sindrom dumping atau juga dikenali sebagai sindrom pengosongan gastrik cepat adalah perkara yang biasa terjadi selepas pembedahan gastrik.

Sindrom dumping atau juga dikenali sebagai sindrom pengosongan gastrik cepat adalah perkara yang biasa terjadi selepas pembedahan gastrik. Ia adalah sekumpulan simptom yang boleh berpunca dari sebahagian perut anda dikeluarkan sewaktu pembedahan gastrik atau anda pernah menjalani pembedahan lain yang melibatkan perut.

Simptom-simptom ini terdiri daripada simptom yang ringan hingga teruk dan akan sembuh seiring masa. Walaupun anda mungkin merasakan sindrom dumping sesuatu yang menakutkan pada mulanya, ia tidak mengancam nyawa. Anda boleh mengawalnya dengan melakukan perubahan dalam pemakanan anda. Anda akan mengelakkan makanan yang boleh menaikkan berat badan anda dengan mengawal sindrom dumping.

Simptom Sindrom Dumping

Gejala sindrom dumping bergantung kepada individu dan fasa keadaan.

Simptom awal Sindrom Dumping

Simptom datang selepas makan, terutamanya jika makanan anda tinggi gula. Individu yang mengalami sindrom dumping awal boleh mengalami:

  • Cirit-birit
  • Pening
  • Berasa kembung
  • Kadar degupan  jantung meningkat
  • Loya
  • Pembilasan kulit
  • Sakit perut dan kram
  • Muntah

Simptom serius Sindrom Dumping

Berlaku dalam masa 3 jam selepas makan, sindrom dumping lewat boleh menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah, yang mungkin membawa kepada gejala berikut:

  • Pening
  • Keletihan
  • Lapar
  • Kadar jantung meningkat
  • Kulit menjadi kemerahan (skin flushing)
  • Berpeluh
  • Badan lemah

Sesetengah individu mungkin mengalami kedua-dua simptomyang awal dan lewat.

Punca Sindrom Dumping

Selepas pembedahan gastrik, adalah lebih sukar untuk mengawal pergerakan makanan yang terlalu cepat disalurkan ke dalam usus kecil. Malah, makan makanan tertentu juga boleh menjadikan sindrom dumping lebih cenderung berlaku. Contohnya seperti gula halus, ia cepat menyerap air dari badan, menyebabkan simptom sindrom dumping berlaku. Simptom juga boleh berlaku selepas memakan produk tenusu dan lemak tertentu atau makanan bergoreng.

Diagnosis Dumping

Doktor mungkin akan menggunakan beberapa kaedah berikut untuk menentukan sama ada anda mempunyai sindrom dumping:

  • Sejarah perubatan dan penilaian. Doktor anda boleh mendiagnosis sindrom dumping dengan mengambil tahu sejarah perubatan, terutamanya jika anda telah menjalani pembedahan perut dan menilai tanda-tanda dan gejala anda.
  • Ujian gula darah. Gula darah rendah boleh dikaitkan dengan sindrom dumping. Jadi, doktorboleh menjalankan ujian (toleransi glukosa oral) untuk mengukur paras gula darah anda pada waktu puncak gejala anda berlaku untuk membantu mengesahkan diagnosis.
  • Ujian mengosongkan gastrik. Bahan radioaktif ditambahkan kepada makanan anda untuk mengukur betapa cepat makanan bergerak melalui perut anda.

Faktor Risiko Sindrom Dumping

Pembedahan yang telah mengubah keadaan asal perut anda boleh meningkatkan risiko untuk menghidap sindrom ini. Pembedahan yang dilakukan adalah pembedahan merawat obesiti dan rawatan untuk kanser perut, kanser esophageal dan penyakit lain. Pembedahan tersebut termasuklah: Gastrectomy. di mana sebahagian atau seluruh perut anda dikeluarkan.

  • Pembedahan pintasan gastrik (operasi Roux-en-Y), yang dilakukan untuk merawat obesiti. Pembedahan ini mencipta kantung perut yang lebih kecil daripada perut biasa, maksudnya anda tidak boleh lagi makan Dallam jumlah yang banyak seperti sebelumnya. Ia menghubungkan usus kecil ke kantung dalam bentuk gastrojejunostomi.
  • Esophagectomy, di mana semua atau sebahagian tiub antara mulut dan perut dikeluarkan.

Rawatan Sindrom Dumping

Perubahan gaya hidup dan diet boleh digunakan untuk meringankan gejala sindrom dumping dan sering kali sangat berkesan.

Kes yang lebih teruk yang tidak boleh dipulihkan dengan perubahan gaya hidup dan diet mungkin memerlukan ubat atau pembedahan.

Perubahan gaya hidup dan pemakanan

Berikut boleh membantu melegakan gejala sindrom ini:

  • Makan lima hingga enam hidangan kecil sepanjang hari, bukannya tiga hidangan  makanan besar
  • Berhenti makan apabila rasa penuh
  • Mengunyah makanan dengan teliti untuk membantu penghadaman
  • Jangan minum cecair dalam masa 30 minit sebelum atau selepas makan
  • Minum 8 gelas air sepanjang hari, tetapi hanya antara waktu makan
  • Berbaring selama 30 minit selepas makan
  • Makan makanan serat tinggi, seperti oat, roti gandum, kacang, lentil, dan sayur-sayuran
  • Hadkan atau elakkan makanan yang tinggi gula seperti gula-gula, kek, jus buah, dan soda
  • Hadkan atau elakkan roti putih, nasi putih, dan pasta putih
  • Potong alkohol
  • Meningkatkan pengambilan protein dengan makan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, dan tauhu
  • Keluarkan tenusu dari diet untuk melihat jika ia mengurangkan gejala, kerana susu tinggi dalam laktosa gula semulajadi
  • Tambah pektin, psyllium, atau gam guar untuk makanan untuk melambatkan kadar di mana makanan bergerak melalui sistem pencernaan

Oleh kerana sindrom ini boleh menjejaskan penyerapan nutrien, mengambil suplemen pemakanan tambahan boleh juga membantu. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Ubat

Jika perubahan diet tidak menyembuhkan gejala, doktor mungkin akan memberikan suntikan oktreotide. Ia adalah ubat anti-diarrheal yang melambatkan kadar di mana makanan dikosongkan ke dalam usus kecil. Ia juga boleh menghalang pembebasan insulin untuk mengurangkan risiko paras gula darah rendah.

Reaksi terhadap ubat ini termasuklah loya dan muntah.

Pembedahan

Jika sindrom dumping tidak bertindak balas terhadap rawatan lain, atau jika ia disebabkan oleh pembedahan sebelumnya, doktor mungkin mencadangkan pembedahan sebagai rawatan. Terdapat beberapa prosedur pembedahan yang boleh merawat penyakit ini. Jenis yang diperlukan biasanya bergantung kepada pembedahan gastrik awal yang pernah dilakukan.

Sumber:

https://emedicine.medscape.com/article/173594-overview

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17835-dumping-syndrome

https://www.webmd.com/digestive-disorders/dumping-syndrome-causes-foods-treatments

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dumping-syndrome/symptoms-causes/syc-20371915

Summary
Sindrom Dumping (Dumping Syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sindrom Dumping (Dumping Syndrome) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sindrom dumping atau juga dikenali sebagai sindrom pengosongan gastrik cepat adalah perkara yang biasa terjadi selepas pembedahan gastrik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: