Simptom Penyakit Jantung
Anda mungkin mempunyai tanda atau gejala awal sebelum anda mengalami masalah jantung yang serius. Atau, anda mungkin juga tidak menyedari bahawa anda sudah menghidap penyakit jantung. Tanda-tanda amaran penyakit jantung mungkin tidak jelas serta bukan semua individu mempunyai simptom yang sama.

Penyakit jantung sering berkembang dari masa ke masa. Anda mungkin mempunyai tanda atau gejala awal sebelum anda mengalami masalah jantung yang serius. Atau, anda mungkin juga tidak menyedari bahawa anda sudah menghidap penyakit jantung. Tanda-tanda amaran mungkin tidak jelas serta bukan semua individu mempunyai simptom penyakit jantung yang sama.

Gejala tertentu, seperti sakit dada, pergelangan kaki yang bengkak dan Sesak nafas mungkin merupakan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Mempelajari tanda-tanda amaran bagi penyakit jantung dapat membantu anda mendapatkan rawatan dan mencegah serangan jantung atau strok.

Namun, simptom penyakit jantung ini bergantung pada jenis penyakit jantung yang anda alami.

1. Penyakit atherosclerotic (Atherosclerosis)

Gejala penyakit ini mungkin berbeza bagi lelaki dan wanita. Sebagai contoh, lelaki cenderung mengalami sakit dada manakala wanita pula lebih cenderung mempunyai gejala lain bersama ketidakselesaan dada, seperti sesak nafas, loya dan keletihan yang melampau.

Malah, simptom boleh merangkumi:

  • Sakit dada, sesak dada, tekanan pada dada dan ketidakselesaan dada (angina)
  • Sesak nafas
  • Kesakitan, kebas, kelemahan atau kesejukan di kaki atau lengan
  • Sakit di bahagian leher, rahang, tekak, bahagian perut atas atau belakang badan

Anda mungkin tidak didiagnosis dengan penyakit jantung jenis ini atau juga dikenali sebagai aterosklerosis sehinggalah anda mengalami serangan jantung, angina, strok atau kegagalan jantung. Justeru itu, ianya adalah penting untuk memerhatikan gejala kardiovaskular dan membincangkan masalah tersebut dengan doktor anda. Penyakit kardiovaskular kadangkala dapat dikesan lebih awal dengan pemeriksaan secara berkala.

2. Heart arrhythmias

Penyakit jantung jenis ini mungkin tidak menyebabkan gejala yang ketara. Walau bagaimanapun, doktor mungkin mengesannya semasa pemeriksaan rutin atau setelah melakukan ujian elektrokardiogram (EKG). Walaupun seseorang menyedari gejala, itu tidak bermakna mereka mengalami arrhythmia yang serius. Sebilangan individu dengan arrhythmia yang mengancam nyawa mungkin tidak mempunyai gejala, sementara mereka yang bergejala pula mungkin tidak mengalami arrhythmia yang parah

Arrhythmia jantung adalah degupan jantung yang tidak normal seperti berdegup terlalu cepat, terlalu perlahan atau tidak teratur. Simptom penyakit jantung jenis ini boleh merangkumi:

  • Rasa bergetar di dada
  • Denyutan jantung laju (tachycardia)
  • Denyutan jantung perlahan (bradycardia)
  • Kesakitan atau ketidakselesaan dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Pengsan (syncope) atau hampir pingsan

3. Kecacatan jantung kongenital

Kecacatan jantung kongenital yang serius adalah kecacatan yang terjadi sejak kelahiran dan biasanya menjadi semakin nyata sejurus selepas kelahiran. Penyakit jantung kongenital ini adalah salah satu jenis kecacatan kelahiran yang paling biasa berlaku. Simptom kecacatan jantung pada kanak-kanak termasuklah:

  • Warna kulit seperti kelabu atau biru pucat (cyanosis)
  • Bengkak di bahagian kaki, perut atau kawasan di sekitar mata
  • Bagi bayi baru lahir, mereka mungkin mengalami sesak nafas semasa menyusu, menyebabkan kenaikan berat badan yang buruk

Kecacatan jantung kongenital yang kurang serius selalunya tidak didiagnosis sehingga kemudian hari bagi kanak-kanak. Tanda dan gejala kecacatan jantung kongenital yang biasanya tidak mengancam nyawa termasuk:

  • Mudah sesak nafas semasa bersenam atau melakukan aktiviti
  • Mudah rasa lelah semasa bersenam atau melakukan aktiviti
  • Bengkak di bahagian tangan, pergelangan kaki atau kaki

Dalam kes yang lebih serius, masalah ini mungkin timbul sejurus selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, gejala kadangkala tidak berkembang sehinggalah meningkat usia remaja atau awal peringkat dewasa.

4. Kardiomiopati melebar (Dilated cardiomyopathy)

Kardiomiopati melebar mungkin tidak menyebabkan gejala, tetapi bagi sesetengah orang, ini boleh mengancam nyawa mereka. Penyebab umum kegagalan jantung adalah ketidakupayaan jantung untuk membekalkan tubuh dengan darah yang mencukupi. Kardiomiopati melebar ini juga boleh menyumbang kepada degupan jantung tidak teratur (arrhythmias), pembekuan darah atau kematian secara tiba-tiba.

Ramai individu dengan kardiomiopati melebar tidak mempunyai sebarang gejala. Ada segelintir yang hanya mempunyai simptom biasa, dan masih boleh menjalani kehidupan yang normal. Tetapi, ada juga yang mengalami simptom dan mungkin bertambah buruk apabila jantung mereka semakin sakit.

Sekiranya anda mengalami masalah kardiomiopati, anda mungkin mempunyai tanda-tanda dan gejala kegagalan jantung atau arrhythmia yang terjadi disebabkan keadaan anda. Tanda dan gejala termasuk:

  • Keletihan
  • Sesak nafas (dyspnea) semasa anda aktif atau berbaring
  • Kurang emampuan untuk bersenam
  • Bengkak (edema) pada bahagian kaki, pergelangan kaki
  • Bengkak pada perut kerana penumpukan cecair (ascites)
  • Sakit dada
  • Suara tambahan atau suara yang tidak biasa didengari ketika jantung anda berdegup (bunyi jantung tidak normal)

5. Endokarditis (Jangkitan injap jantung)

Endokarditis merujuk kepada jangkitan yang berlaku pada lapisan jantung, tetapi boleh juga mempengaruhi injap. Ia selalunya mempengaruhi otot jantung.

Selain itu, endokarditis juga boleh berkembang secara perlahan atau tiba-tiba, bergantung kepada kuman yang menyebabkan jangkitan serta sama ada anda mempunyai masalah jantung lain. Tanda dan gejala endokarditis adalah berbeza bagi setiap individu.

Tanda dan gejala endokarditis yang biasa termasuk:

  • Gejala seakan selesema, seperti demam dan menggigil
  • Bunyi jantung tidak normal yang baru atau berubah, dan merupakan bunyi jantung yang terhasil kerana aliran darah di jantung anda
  • Keletihan
  • Sakit sendi dan otot
  • Berpeluh malam
  • Sesak nafas
  • Sakit dada semasa bernafas
  • Bengkak di bahagian kaki, atau perut anda

Di samping itu, endokarditis juga boleh menyebabkan gejala yang jarang berlaku. Ini termasuklah:

  • Penurunan berat badan tanpa sebab yang dapat dijelaskan
  • Darah dalam air kencing, yang mungkin dapat dilihat sendiri atau yang mungkin dilihat oleh doktor ketika memeriksa sampel air kencing anda di bawah mikroskop
  • Kelembutan pada limpa, iaitu organ perut yang melawan jangkitan tepat di bawah tulang rusuk di sebelah kiri badan anda
  • Janeway lesions, iaitu bintik-bintik merah di telapak kaki atau telapak tangan
  • Olser’s nodes, yang berwarna merah, bintik-bintik lembut di bawah kulit jari atau jari kaki
  • Petechiae, yang merupakan bintik-bintik kecil berwarna ungu atau merah pada kulit, putih mata atau di dalam mulut anda

6. Penyakit jantung valvular

Dalam penyakit injap jantung, satu atau lebih injap di jantung anda tidak berfungsi dengan baik. Jantung anda mempunyai empat injap bagi memastikan darah mengalir ke arah yang betul. Dalam beberapa kes, satu atau lebih injap tidak terbuka atau ditutup dengan betul. Ini boleh menyebabkan gangguan aliran darah melalui jantung ke badan anda.

Sebilangan orang tidak mempunyai sebarang gejala, namun mereka masih boleh mengalami masalah injap yang memerlukan rawatan segera. Tetapi, ada juga yang secara tiba-tiba mengalami gejala yang sangat ketara. Selain itu, simptom penyakit injap juga dapat berkembang dengan sangat cepat jika keadaannya bertambah teruk. Bagi sesetengah orang, penyakit ini berkembang dengan sangat perlahan, dan jantung dapat mengimbangkan dirinya dari masa ke masa menyebabkan gejalanya hampir tidak dapat dikesan.

Tanda dan simptom penyakit jantung valvular mungkin termasuk:

  • Bunyi tidak normal (heart murmur) ketika doktor mendengar degupan jantung menggunakan stetoskop
  • Sakit dada
  • Pembengkakan perut (lebih biasa dengan ‘advanced tricuspid regurgitation)
  • Keletihan
  • Sesak nafas, terutamanya ketika menjadi sangat aktif atau ketika berbaring
  • Pembengkakan di pergelangan kaki dan bahagian kaki
  • Pening
  • Pengsan
  • Denyutan jantung tidak teratur

SUMBER

https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000775.htm

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118

https://www.medicalnewstoday.com/articles/8887#Symptoms-

https://www.nhs.uk/conditions/congenital-heart-disease/

https://www.webmd.com/heart-disease/guide/dilated-cardiomyopathy#1

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/endocarditis/symptoms-causes/syc-20352576

https://www.heart.org/en/health-topics/heart-valve-problems-and-disease/heart-valve-disease-risks-signs-and-symptoms/symptoms-of-heart-valve-problems

Summary
Simptom Penyakit Jantung
Article Name
Simptom Penyakit Jantung
Description
Penyakit jantung sering berkembang dari masa ke masa. Anda mungkin mempunyai simptom awal sebelum anda mengalami masalah jantung yang serius.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: