Senheng

Jika kita sebut sahaja perkataan ‘Senheng’, pasti perkra pertama yang terlintas di minda kita adalah motonya iaitu ‘Beza, Memang Berbeza’. Senheng memang sungguh berbeza berbanding kedai lain di Malaysia. Hal ini kerana, Senheng satu-satunya kedai alatan elektronik yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan telah bertahan lebih 40 tahun.

SEJARAH

Senheng pertama kali ditubuhkan pada tahun 1989, daripada kedai elektronik kecil dengan saham berjumlah kurang daripada RM 30,000.00 telah menjadi kedai elektronik terbesar yang mempunyai pelbagai cawangan di seluruh Malaysia.

Syarikat ini telah menjual pelbagai jenis produk elektrik. Contohnya, perkakas dapur seperti peti sejuk dan produk keperluan harian seperti telefon pintar dan television.

Pengasasnya, Mr. Lim Kim Heng (KH Lim) bersama 2 adik-beradik lelakinya, KC dan KY membuka kedai dan cawangan pertama pada 1 September 1989 di Pandan Jaya, Kuala Lumpur dengan hanya berkeluasan di bawah 1,000 kaki persegi.

Pada permulaan pembukaan Senheng, tiada pelanggan yang ingin menyokong perniagaan mereka. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai jenama, pembekal, jurujual dan pelanggan.

Namun, disebabkan usaha keras dan skil yang dimiliki, Mr. Lim bersama adik-beradik lelakinya berjaya mengembangkan jualan setiap bulan.

Dalam masa 7 bulan, Mr. Lim mempunyai modal yang mencukupi untuk membuka cawangan kedua Senheng yang diuruskan oleh isterinya sendiri. Malah, disebabkan Mr. Lim mempunyai hubungan baik yang dikekalkan dengan bekas majikannya, Mr. Lim mendapat kepercayaan untuk menjadi pembekal kepada bekas majikannya.

Pada permulaan pengembangan Senheng, Mr. Lim dan keluarganya sering membuka kedai daripada waktu subuh sehingga lewat malam melainkan pada hari pertama Sambutan Tahun Baru Cina.

Pada tahun 1995, Senheng telah meluncurkan program francais tetapi gagal. Kegagalan ini disebabkan oleh sistem pengurusan yang tidak efektif dan jenama ‘Senheng’ tidak cukup gah untuk merealisasikannya.

Pada tahun 1996, Senheng berjaya mengembangkan perniagaannya dan mempunyai cawangan di negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Melaka.

6 tahun pertama Senheng dilalui dengan penuh kejayaan sehingga mereka alpa dan leka. Mr. Lim dan adik-beradik lelakinya merasakan bahawa usaha mereka telah mencukupi dan mereka banyak menghabiskan masa dengan bermain golf sehingga 4 atau 5 kali seminggu.

Disebabkan kejayaan yang dimiliki, masalah telah muncul. Mr. Lim terlalu asyik bermain golf sehingga kurang mengambil perhatian terhadap perniagaan yang dijalankan. Khidmat pelanggan ketika itu sangat teruk kerana jurujual mempunyai perangai yang buruk.

Krisis Ekonomi Asia lewat tahun 1990-an memberi kesedaran kepada Mr. Lim. Pada waktu itu, Mr. Lim sedang duduk di sebuah kopitiam berdekatan pejabatnya ketika Mr. Lim terbaca berkenaan berita tersebut.

Hal ini mengingatkan Mr. Lim terhadap peristiwa kemelesatan ekonomi pada tahun 1980-an yang mengakibatkan Mr. Lim kehilangan pekerjaan. Mr. Lim sangat risau kehilangan pekerjaan kembali dan lebih teruk kehilangan syarikatnya.

Rentetan itu, Mr. Lim menganalisi syarikatnya dan mendapati pelbagai masalah yang telah wujud. Mr. Lim dan adik-beradik lelakinya melaksanakan sesi perbincangan dan menyelesaikan masalah satu per satu.

Mereka mengambil masa satu tahun untuk menstrukturkan semula. Mereka melihat kepada proses perniagaan, polisi khidmat pelanggan dan keseluruhan piawaian operasi. 1 per tiga pembekal telah ditamatkan kontrak kerana membekalkan produk yang tidak berkualiti.

Pada tahun 2001, Senheng telah meluncurkan semula program francaisnya. Senheng mula mempunyai polisi berkaitan produk dengan harga tetap. Selain itu, Senheng juga mula menawarkan mata ganjaran kepada pelanggan tetapnya.

Pada tahun 2003, Senheng mempunyai jenama baru iaitu senQ yang memfokuskan kepada barangan elektronik premium. Cawangan ini hanya dibuka di pusat beli-belah bagi meningkatkan potensi pembelian.

Pada tahun 2009, Senheng juga telah meluncurkan laman sesawangan kepada pelangan bagi beli-belah secara dalam talian. Semasa tempoh pendemik ini, strategi perniagaan secara dalam talian telah memberikan kesan yang signifikan kepada Senheng.

Permintaan terhadap barangan keperluan rumah telah meningkat seperti mesin pencetak rumah, komputer, alat pembuat roti dan televisyen. Mr. Lim telah mengabungkan konsep aplikasi dalam telefon pintar dan pemasaran secara dalam talian.

Hal ini telah meningkatkan kadar penjualan Senheng sebanyak RM 60 juta melalui aplikasi dalam telefon pintar. Setakat Januari dan Februari, kadar penjualan telah meningkat sebanyak 20% dan 40%.

Disebabkan hal ini, Mr. Lim tidak akan mengulangi kesilapan dahulu. Malah, Mr. Lim telah mempunyai 3 inisiatif yang akan membantu untuk mengembangkan perniagaannya. Pertama, platform data pengguna. Kedua, inisiatif pendapat pengguna. Ketiga, pusat ganjaran yang membolehkan pengguna membelanjakan token Senheng.

Semoga kejayaan sentiasa diperolehi oleh Senheng dan membanggakan Malaysia!

SUMBER:

https://www.senheng.com.my/about-us

https://en.wikipedia.org/wiki/Senheng_Electric

https://www.optionstheedge.com/topic/people/senheng-electric-founder-and-group-executive-chairman-k-h-lim-company%E2%80%99s-continuous

Summary
Senheng: Kebanggan Malaysia
Article Name
Senheng: Kebanggan Malaysia
Description
Jika kita sebut sahaja perkataan ‘Senheng’, pasti perkra pertama yang terlintas di minda kita adalah motonya iaitu ‘Beza, Memang Berbeza’. Senheng memang sungguh berbeza berbanding kedai lain di Malaysia. Hal ini kerana, Senhang satu-satunya kedai alatan elektronik yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan telah bertahan lebih 40 tahun.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: