sengatan lebah
Sengatan lebah adalah satu gangguan di luar yang biasa. Dalam kebanyakan kes, sengatan lebah amat menjengkelkan dan rawatan di rumah boleh meredakan kesakitan.

Sengatan lebah adalah satu gangguan di luar yang biasa. Dalam kebanyakan kes, sengatan lebah amat menjengkelkan dan rawatan di rumah boleh meredakan kesakitan. Tetapi, jika anda alah terhadap sengatan lebah atau diserang banyak kali, anda mungkin mempunyai reaksi yang lebih serius dan memerlukan rawatan kecemasan.

Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan sengatan lebah, serta tebuan dan penyengat. Malah, anda juga boleh mengetahui bagaimana untuk merawatnya jika anda terlibat dengan sengatan serangga sebegini.

Simptom Sengatan lebah

Anda mungkin mengalami kesakitan yang tajam, bengkak, kemerahan, kehangatan dan gatal-gatal di tempat sengat buat sementara, tanpa komplikasi yang serius.

Sekiranya anda alah kepada lebah atau disengat beberapa kali, sengatan ini boleh menjadi lebih bermasalah. Apa yang membimbangkan ialah ia juga boleh mengancam nyawa.

Apabila lebah madu menyengat anda, sengatnya akan dilepaskan ke dalam kulit anda. Ini akhirnya akan membunuh lebah itu sendiri. Lebah madu adalah satu-satunya jenis lebah yang mati selepas menyengat.

Berbeza pula dengan penyengat dan spesies lain yang tidak kehilangan sengat mereka. Jenis ini boleh menyengat anda lebih daripada sekali.

Jika lebah menyengat anda, ia akan meninggalkan toksin berbisa yang boleh menyebabkan sakit dan gejala-gejala lain. Ada sesetengah orang yang alah kepada toksin ini.

Reaksi alahan ringan boleh menyebabkan kemerahan yang melampau dan peningkatan bengkak di tempat yang disengat.

Reaksi alahan yang teruk pula boleh menyebabkan:

  • Alahan.
  • Kulit yang pucat.
  • Kegatalan yang teruk.
  • Lidah dan tekak menjadi bengkak.
  • Kesukaran untuk bernafas.
  • Denyutan nadi yang pantas.
  • Pening dan muntah.
  • Cirit-birit.
  • Pening.
  • Pitam atau pengsan.

Punca Sengatan lebah

Semasa menyengat, seekor lebah akan menyucukkan penyengat yang berduri ke dalam kulit. Racun ini mengandungi protein yang mempengaruhi sel-sel kulit dan sistem imun, lalu menyebabkan sakit dan bengkak di sekitar kawasan sengat. Bagi individu yang mempunyai alahan bagi sengatan lebah, racun lebah boleh mencetuskan reaksi sistem ketahanan yang lebih serius.

Diagnosis Sengatan lebah

Sekiranya anda mempunyai reaksi yang menunjukkan bahawa anda mungkin alah kepada racun lebah, doktor mungkin mencadangkan anda melakukan satu atau kedua-dua ujian berikut:

  • Ujian kulit. Dalam ujian kulit, sedikit ekstrak alergen (dalam kes ini, racun lebah) akan disuntik ke dalam kulit lengan atau punggung bahagian atas. Ujian ini selamat dan tidak menyebabkan apa-apa tindak balas yang serius. Sekiranya anda alah kepada sengatan lebah, anda akan mengalami benjolan yang timbul pada bahagian kulit yang diuji.
  • Ujian darah untuk kenalpasti alahan. Ujian darah dapat mengukur tindak balas sistem imun anda terhadap racun lebah dengan mengukur jumlah antibodi penyebab alahan di dalam aliran darah. Sampel darah kemudian dihantar ke makmal perubatan, di mana ia akan diuji untuk mengenal pasti bukti adanya kemungkinan sensitiviti terhadap alergen.

Ujian alahan kulit dan ujian alahan darah sering digunakan bersama untuk mendiagnosis alahan serangga. Malah, doktor juga mungkin mahu melakukan ujian alahan bagi lebah kuning, penyengat dan tebuan yang boleh menyebabkan reaksi alahan serupa dengan sengatan lebah.

Faktor Risiko Sengatan lebah

Anda berisiko mendapat sengatan lebah jika:

  • Anda tinggal di kawasan di mana lebah sangat aktif atau mempunyai sarang lebah di persekitaran.
  • Kerja atau hobi yang memerlukan anda menghabiskan masa di luar.

Anda lebih cenderung mendapat reaksi alahan terhadap sengatan lebah jika anda mempunyai reaksi alahan terhadap sengatan lebah pada masa lalu, walaupun ianya kecil.

Orang dewasa lebih cenderung mempunyai tindak balas yang lebih serius dan berkemungkinan untuk maut kerana anafilaksis berbanding kanak-kanak.

Rawatan Sengatan lebah

Rawatan sengatan lebah dan tebuan bergantung kepada betapa teruknya sengatan tersebut. Majoriti masalah yang memerlukan perhatian perubatan berpunca daripada reaksi alahan terhadap sengatan. Dalam kebanyakan kes, komplikasi daripada tindak balas itu memberi reaksi baik kepada ubat-ubatan apabila diberi tepat pada masanya.

Rawatan di rumah bagi sengatan lebah dan tebuan

Kebanyakan serangan serangga bagi seseorang yang tidak mempunyai alahan hanya memerlukan bantuan awal yang diberikan di rumah. Kemudian, anda boleh elakkan sengatan berulang dengan memakai pakaian pelindung, menggunakan penghalau serangga dan tinggal di luar kawasan terlarang.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil selepas seseorang disengat:

  • Keluarkan mana-mana sengat dengan segera. Sesetengah pakar mengesyorkan mengikis sengat itu menggunakan kad kredit.
  • Meletakkan ais ke tempat yang disengat boleh memberikan sedikit kelegaan yang ringan. Sapukan ais selama 20 minit bagi setiap jam jika diperlukan. Balutkan ais dalam tuala atau letakkan kain antara ais dan kulit agar ia tidak membekukan kulit.
  • Ambil antihistamin seperti diphenhydramine (Benadryl) atau yang tidak perlu dimakan seperti loratadine (Claritin) bagi membantu melegakan kegatalan  dan bengkak.
  • Ambil acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Motrin) untuk melegakan kesakitan yang dialami.
  • Basuh tempat yang disengat dengan sabun dan air. Letakkan krim hidrokortison pada tempat sengatan untuk melegakan kemerahan, gatal-gatal dan bengkak.
  • Ambil penggalak (booster) baharu dalam beberapa hari akan datang sekiranya sudah lebih 10 tahun sejak kali terakhir anda mengambilnya.
  • Kebanyakan sengatan serangga tidak memerlukan rawatan perubatan tambahan.

Jika anda mengetahui bahawa anda mungkin mengalami alahan, terutama jika anda pernah mempunyai reaksi yang teruk pada masa lalu apabila disengat oleh lebah atau penyengat, dapatkan bantuan perubatan segera. Ambil antihistamin seperti diphenhydramine (Benadryl) atau yang tidak perlu dimakan seperti loratadine (Claritin) secepat mungkin. Sekiranya anda telah diberikan epinephrine (Adrenaclick, Auvi-Q, EpiPen, Symjepi, atau auto-penyuntik versi generik) untuk reaksi alahan, sentiasa bawa dua set bersama anda dan gunakan ia seperti yang diarahkan.

SUMBER

https://www.webmd.com/first-aid/bee-and-wasp-stings-treatment

https://www.medicinenet.com/bee_sting_treatment/views.htm

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bee-stings/symptoms-causes/syc-20353869

Summary
Sengatan lebah (Stings bee) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sengatan lebah (Stings bee) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sengatan lebah adalah satu gangguan di luar yang biasa. Dalam kebanyakan kes, ia amat menjengkelkan dan rawatan di rumah boleh meredakan kesakitan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: