Senarai makanan Hernia
terdapat beberapa lagi tujuan dan faedah gaya hidup sihat dalam melegakan simptom Hernia Hiatal.

Hernia Hiatal adalah keadaan yang melibatkan bahagian atas perut yang menonjol keluar menembusi hiatus (pembukaan diafragma di antara perut dan dada). Esofagus, tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut, biasanya akan melalui hiatus ini. Namun, dalam penyakit angin pasang Hiatal, bahagian perut menonjol keluar dan menembusi hiatus ke bahagian dada anda.

Salah satu simptom biasa yang dialami pesakit Hernia Hiatal adalah refluks asid, iaitu keadaan di mana cecair gastrik mengalir ke dalam esofagus. Ia boleh mengakibatkan satu keadaan yang dikenali sebagai penyakit refluks gastroesofagus (GERD – Gastroesophageal reflux disease). Ini addalah keadaan yang menyebabkan simptom seperti kesakitan dan ketidakselesaan ataupun rasa pedih ulu hati di kawasan dada anda. GERD boleh menjadi lebih parah selepas anda mengambil makanan atau minuman tertentu.

Matlamat keseluruhan diet angin pasang Hiatal ini adalah untuk menghindari makanan yang boleh meningkatkan asid perut, sekaligus mengurangkan simptom refluks asid. Di samping itu, terdapat beberapa lagi tujuan dan faedah gaya hidup sihat dalam melegakan simptom Hernia Hiatal seperti mengetahui senarai makanan hernia.

Faedah perubahan diet

Diet memainkan peranan penting dalam mengawal simptom penyakit. Namun, ia juga berpotensi menjadi salah satu penyebab angin pasang Hiatal.

Pakar penyelidik telah mendapati bahawa sesetengah makanan boleh menyebabkan kerengsaan pada lapisan perut dan saluran pencernaan. Namun begitu, mereka masih tidak pasti jika makanan tertentu boleh menyumbang secara langsung kepada Hernia Hiatal.

Kebanyakan kajian klinikal yang telah dijalankan mengenai angin pasang Hiatal dan diet melibatkan hubungan antara makanan tertentu dengan penyakit refluks gastroesofagus (GERD).

Menurut pakar, saranan diet yang baik termasuklah mengelakkan makanan yang melambatkan proses mengosongkan perut. Asid perut dalam esofagus akan semakin bertambah apabila perut memerlukan lebih banyak masa untuk mencerna makanan. Ini justeru boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya GERD. Makanan yang dikatakan boleh memanjangkan tempoh pengosongan perut termasuklah makanan yang tinggi lemak seperti krim, ais krim, keju berlemak, sosej, kerepek kentang dan banyak lagi.

Selain itu, individu yang mempunyai simptom GERD haruslah makan banyak makanan yang berprotein tinggi. Kajian awal telah menunjukkan bahawa protein boleh membantu melegakan tekanan pada ‘spinchter’ (LES – Lower Esophageal Sphincter) di dalam perut, selain membolehkan pembukaan pada ‘spinchter tertutup’ (cincin otot yang berfungsi untuk membuka dan menutup bagi membolehkan makanan masuk ke dalam perut daripada esofagus).

Tidak semua kajian menyokong teori bahawa makanan berprotein tinggi dapat membantu menutup ‘sphincter’, tetapi Persatuan Penyelidikan Usus Kanada mengatakan bahawa pengekalan diet dengan pengambilan protein rendah lemak boleh membantu dalam penyembuhan mukosa (lapisan perut) yang merengsa atau ulser.

Esofagus memiliki dua pembukaan digelar ‘sphincter’ iaitu sekumpulan otot yang membuka dan menutup tiub esofagus. Pembukaan atas tiub esofagus membenarkan makanan masuk dari tekak apabila kita menelan. ‘Sphincter’ esofagus bahagian bawah (LES) pula adalah sekumpulan otot di bawah tiub esofagus yang memberi laluan kepada makanan untuk memasuki perut. Apabila ‘spinchter’ bawah ini ditutup, ia mengawal kandungan perut dan asid daripada naik ke atas dan kembali ke tekak. Namun, apabila tekanan dalam ‘spinchter’ bawah lebih rendah daripada tekanan di dalam perut, refluks gastroesofagus akan berlaku.

Makanan dan minuman seperti coklat dan kopi mengandungi sebatian yang dikatakan boleh mengendurkan ‘sphincter’ di dalam perut. Namun begitu, pada sesetengah individu, kopi mungkin boleh merangsang dan meningkatkan asid di dalam perut, sekaligus mengakibatkan GERD serta merengsakan lapisan esofagus. Oleh itu, toleransi terhadap kopi (sama ada jenis biasa atau tidak berkafein) haruslah dinilai mengikut individu.

Alkohol, pudina, buah sitrus, tomato dan minuman berkarbonat pula boleh menyebabkan kerengsaan dan merosakkan lagi lapisan esofagus pada pesakit GERD. Namun, makanan ini belum terbukti boleh mengakibatkan masalah refluks.

Bagaimana diet ini berfungsi?

Secara amnya, diet Hernia Hiatal melibatkan proses di mana individu menghindari makanan yang boleh menyebabkan peningkatan simptom melalui diet yang khusus. Bagi sesetengah pesakit angin pasang Hiatal, makanan seperti minuman berkarbonat dan buah sitrus boleh meningkatkan lagi simptom sedia ada. Makanan lain, seperti makanan bergoreng dan berlemak pula boleh menjadi masalah kepada kebanyakan individu yang mengalami simptom GERD.

Tempoh diet

Tempoh diet Hernia bergantung kepada beberapa faktor seperti jika simptom bertambah baik atau bertambah buruk setelah pengamalan diet itu. Jika angin pasang anda  bertambah buruk, anda perlu menjalani pembedahan. Ianya adalah penting untuk berunding dengan doktor anda terlebih dahulu bagi merangka pelan jangka panjang yang sesuai dengan diet dan gaya hidup anda.

Apa yang boleh dimakan dalam diet  Hernia?

Individu yang didiagnosis dengan angin pasang Hiatal haruslah mengelakkan makanan yang sangat berasid, berlemak, berminyak, serta makanan yang diproses dengan pengawet. Jom lihat senarai makanan Hernia.

Makanan yang disyorkan:

  • Ayam dan sumber protein yang lain (tanpa lemak)
  • Bijirin penuh
  • Jus lidah buaya
  • Jus lobak
  • Yogurt
  • Kacang badam dan susu badam (serta susu berasaskan tumbuhan lain, seperti susu oat)
  • Articok
  • Lobak dan kacang pis
  • Ubi keledek
  • Kacang hijau
  • Sayuran berdaun hijau (seperti bayam dan kubis)
  • Makanan yang difermentasi
  • Makanan yang mengandungi banyak serat (seperti oat, bijirin, kekacang, serta buah-buahan dan sayur-sayuran)
  • Buah-buahan dan jus yang bukan terdiri daripada buah-buahan sitrus seperti epal, pir, tembikai, dan beri
  • Teh hijau (dan teh herba)

Makanan yang tidak disyorkan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Beberapa makanan sitrus (seperti limau dan lemon)
  • Makanan masin
  • Makanan bergoreng
  • Tomato dan makanan berasaskan tomato (seperti salsa, sos tomato dan banyak lagi)
  • Coklat, koko
  • Mint (termasuk pudina dan jenis pudina lain)
  • Kopi
  • Minuman beralkohol
  • Minuman berkarbonat
  • Donat
  • Perasa (seperti sos tomato, mustard)
  • Makanan berlemak/ berminyak
  • Makanan di dalam paket yang diproses

Dalam kajian yang dijalankan oleh negara Korea pada tahun 2017, sebanyak 126 peserta yang telah mengambil bahagian (51 daripadanya mempunyai GERD serta 75 yang lain berkemungkinan menghidap GERD), kajian mendapati bahawa dalam 37.3% kes GERD tersebut dan 22.7% daripada peserta yang berkemungkinan menghidap GERD, simptom GERD yang mereka alami terjadi kerana pengambilan makanan tertentu. Makanan khusus yang telah dikenalpasti boleh menggalakkan simptom GERD berdasarkan kajian tersebut adalah:

  • Makanan bergoreng
  • Donut
  • Roti
  • Mi ramen
  • Kopi
  • Pizza
  • Sup pedas
  • Kek beras (dan kek beras pedas)
  • Sosej

Perubahan gaya hidup/ Diet lain

Berat badan berlebihan telah dikaitkan dengan risiko GERD dan Hernia Hiatal. Individu yang berlebihan berat badan haruslah menggabungkan diet angin pasang inid bersama diet penurunan berat badan. Tip diet lain yang diketahui boleh mengurangkan simptom Hiatal Hernia termasuklah:

  • Makan makanan dan snek dalam jumlah yang kecil.
  • Minum banyak cecair (terutamanya air) pada setiap hari.
  • Rekodkan catatan harian/ makanan pencetus yang boleh menyebabkan simptom atau makanan yang harus dielakkan daripada diet Hiatal angin pasang dan diet penurunan berat badan (bagi mereka yang berlebihan berat badan).
  • Mengunyah makanan dengan teliti dan makan dengan perlahan serta minum banyak air semasa makan untuk menggalakkan pencernaan yang betul.
  • Elakkan makan sebelum bersenam atau melakukan senaman yang memerlukan anda untuk membongkok.
  • Makan makanan tinggi probiotik, seperti makanan yang difermentasi dan pertimbangkan untuk mengambil suplemen probiotik bagi menggalakkan pencernaan yang sihat.
  • Elakkan kelaparan yang berlebihan sehingga boleh meningkatkan paras asid perut atau makan sehingga perut terlalu penuh.

Waktu makan yang disyorkan

Masa makan adalah sama pentingnya dengan apa yang anda makan atau elakkan dalam amalan diet anda. Petua masa yang disyorkan bagi diet Hernia Hiatal termasuklah:

  • Jangan makan lewat malam.
  • Makan makanan/ snek terakhir anda sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum berbaring atau tidur (untuk sesetengah orang, masa yang diambil adalah lebih lama).
  • Elakkan makan sebelum bersenam.
  • Sediakan makanan sepanjang hari dan makan hidangan dalam jumlah yang kecil dengan kerap. Elakkan makan dalam jumlah yang besar.

Petua memasak yang sihat

Cara penyediaan makanan boleh memberi perbezaan bagi mereka yang mempunyai simptom GERD. Sebagai contoh, makanan yang digoreng atau makan dalam jumlah hidangan yang besar boleh mencetuskan refluks gastrik bagi kebanyakan pesakit. Petua memasak untuk individu yang mengamalkan diet angin pasang Hiatal adalah seperti berikut:

  • Gunakan minyak yang sihat untuk makanan tumis (seperti minyak zaitun, minyak grapeseed dan minyak avokado).
  • Elakkan makanan bergoreng (direndam dalam minyak, atau ‘deep-fry’).
  • Apabila memasak menggunakan api yang tinggi, beberapa minyak (seperti minyak zaitun) akan rosak. Minyak yang sihat boleh mengekalkan kandungan lemak tepu semasa memasak dengan api yang tinggi termasuklah minyak kelapa, minyak avokado dan banyak lagi.
  • Elakkan makanan pek yang diproses. Gunakan makanan segar sepenuhnya sekiranya boleh. Makanan segar mengandungi serat yang lebih banyak dan dianggap boleh membantu mengurangkan simptom GERD.
  • Sertakan makanan yang difermentasi dalam penyediaan makanan seperti tempe, acar dan yogurt.

Pengubahsuaian gaya hidup

Bagi individu yang mahu mengamalkan diet penurunan berat badan atau diet Hernia Hiatal, anda tentu berminat untuk mengetahui mengenai satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 yang menjelaskan bahawa diet Mediterranean adalah salah satu cara yang berkesan dalam mengurangkan risiko GERD. Kajian ini telah dijalankan kepada 817 perserta yang telah berjaya mengurangkan risiko GERD apabila mengamalkan diet Mediterranean.  

Diet Mediterranean adalah sejenis diet yang paling banyak dipelajari, berbanding kebanyakan pelan pemakanan yang lain. Ia terdiri daripada pengambilan sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan segar, bijirin, ikan dan minyak zaitun, serta produk tenusu.

Pertimbangan

Pada tahun 2017, sebuah laporan yang diterbitkan oleh jurnal ‘Current Options in Gastroenterology’ telah menunjukkan bahawa makanan berasid seperti buah sitrus dan tomato boleh mencetuskan simptom refluks, hanya kerana mekanisme fisiologi yang diperlukan untuk menelan makanan ini. Contohnya, minuman berasid (seperti jus buah sitrus) didapati mengambil masa lebih lama untuk diminum dan  memerlukan seseorang menelan lebih kerap berbanding cecair lain (seperti air kosong). Menelan boleh menyebabkan udara masuk ke dalam perut yang memburukkan lagi simptom GERD bagi sesetengah individu.

Selalunya, pesakit yang mempunyai simptom GERD serta angin pasang Hiatal, mengubah suai diri diet mereka sendiri dengan mengurangkan makanan yang boleh memburukkan simptom refluks. Dalam kajian mengenai simptom GERD, ia telah mendapati bahawa peserta yang menjalani kajian telah menyesuaikan diri dengan makanan (seperti sitrus dan makanan berasid) yang dianggap memburukkan lagi simptom GERD. Namun, mereka tidak mengelakkan semua makanan yang secara umumnya dikaitkan dengan simptom refluks.

Sesetengah makanan lain seperti makanan yang tinggi lemak, tidak akan menunjukkan simptom dengan segera tetapi sebaliknya menimbulkan masalah dalam jangka masa panjang.

Secara kesimpulannya, diet Hernia Hiatal menghindari banyak makanan yang tidak sihat dan memihak kepada makanan semula jadi serta rendah lemak. Namun begitu, kelemahan diet yang sihat adalah dari aspek kosnya kerana makanan yang sihat dan organik selalunya lebih mahal daripada makanan lain.  

Had pemakanan

Bagi pesakit yang mengalami angin pasang Hiatal serta gangguan gastrousus lain seperti penyakit Crohn, pengambilan serat mungkin menjadi salah satu konflik besar bagi mereka. Diet serat tinggi boleh mengurangkan simptom GERD, tetapi boleh juga memburukkan penyakit keradangan usus yang dialami. Pesakit yang menghidap penyakit ini perlu mengehadkan pengambilan serat dalam makanan mereka iaitu tidak lebih daripada 15gram dalam sehari. Manakala, bagi individu normal, jumlah ideal pengambilan serat dalam sehari adalah 25gram hingga 38gram. Sentiasa berunding dengan pakar perubatan/ kesihatan mengenai pengambilan serat dan makanan seperti produk tenusu dan karbohidrat tertentu (untuk mengurangkan kekejangan perut dan cirit-birit).

Jadi,

Seperti mana-mana jenis diet baru, jika anda didiagnosis dengan Hernia Hiatal, anda harus berunding dengan pakar perubatan anda dahulu sebelum melaksanakan sebarang sekatan diet atau menukar pola makan anda.

Jika simptom refluks gastrik (GERD) tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti keradangan tekak (esofagitis), ulser esofagus, pendarahan atau parut. Selain itu, sekiranya diet atau ubat tidak memberi kesan baik kepada simptom reluks esofagus, pembedahan mungkin diperlukan untuk merawat keadaan angin pasang Hiatal. Justeru itu, pastikan anda sentiasa menjalani rawatan perubatan secara berterusan.

SUMBER

https://www.webmd.com/digestive-disorders/hiatal-hernia-diet-tips#1

https://www.healthline.com/health/hiatal-hernia-diet

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hiatal-hernia/care-at-mayo-clinic/mac-20373391

https://www.medicalnewstoday.com/articles/269143

Summary
Senarai Makanan dan Tip angin pasang Hiatal
Article Name
Senarai Makanan dan Tip angin pasang Hiatal
Description
Matlamat keseluruhan diet Hernia Hiatal adalah untuk menghindari makanan yang meningkatkan asid perut, jadi anda perlu ketahui senarai makanan hernia yang betul.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: