Now Reading
Senarai Hotel Terengganu Yang Popular di Internet!

Senarai Hotel Terengganu Yang Popular di Internet!

hotel terengganu

Hotel Terengganu sememangnya pilihan terkenal dan popular sekiranya anda ingin melancong serta melawat negeri yang sememangnya terkenal dengan kekayaan budaya dan keindahan pantai ini. Pusat negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Jadi tidak menghairankan sekiranya di sini, hotel Terengganu sangat banyak dan sangat mudah untuk didapati. Jadi usah risau sekiranya anda ingin mencari kemudahan tempat tinggal sekiranya anda berkesempatan untuk melawat negeri Terengganu ini.

Terengganu yang berada di pantai timur Semenanjung Malaysia ini sangat tinggi dengan nilai sejarah kerana dipercaya tamadun awal Melayu yang terawal juga bermula di sini. Negeri Terengganu juga turut mempunyai tarikan kebudayaan dan mempunyai tarian tradisional yang popular seperti Ulek Mayang, Rodatm Saba, Balai dan Nur Sakti.

Negeri Terengganu juga meruupakan antara negeri yang terawal menerima pengaruh agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Jadi tidak menghairankan sekiranya di negeri Terengganu ini terdapat banyak unsur kebudayaan Islamik yang boleh kita lihat dan pelajari seperti di seni bina bangunan, kebudayaan setempat dan adat istiadat setempat. Selain itu, negeri Terengganu juga turut dikenali dengan persembahan Gamelan yang turut diikitraf sebagai warisan kebudayaan negeri yang dimainkan ketika istiadat di raja kesultanan negeri Terengganu.

Negeri Terengganu juga turut terkenal sebagai syurga makanan di pantai timur. Para pelancong dan pelawat yang datang ke Terengganu semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri juadah yang sememangnya asli dan original di sini. Juadah asal dan asli dari Terengganu yang sangat terkenal di serata Malaysia malah di peringkat antarabangsa ini ialah seperti nasi dagang dan keropok lekor.


Jadi, jom kita tengok satu persatu antara senarai yang paling popular di Internet. Senarai ini penulis kumpulkan melalui senarai review di laman sesawang tempahan kemudahan pelancongan yang sangat popular di seluruh dunia.

Grand Continental Hotel Kuala Terengganu – 6522 Review di Agoda.com


Hotel Terengganu ini merupakan antara hotel yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya di Kuala Terengganu. Sekiranya anda mencari tempat yang selesa dan menyeronokkan di Kuala Terengganu, anda boleh meletakkan Grand Continental Hotel Kuala Terengganu ini ke dalam wishlist perlancongan anda. Hotel Terengganu ini berada di tengah-tengah kota dan semestinya ini akan memudahkan anda meneroka tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu ini.

Selain itu, Grand Continental Hotel ini juga berada sangat dekat dengan beberap tempat tarikan utama di negeri ini seperti Masjid Mukhtafi Billah Shah, Pasar Payang dan Bazaar Warisan Terengganu. Hotel ini juga turut menyediakan kemudahan seperti pusat kecergasan, kolam renang standard dan kolam renang kanak-kanak. Semestinya semua ini sudah lebih daripada cukup untuk menjadi pilihan keluarga anda sekiranya anda ingin melawat Kuala Terengganu ini.

DJ Citi Point Hotel – 5110 Review di Agoda.com

Sekiranya anda tidak kisah akan kemewahan dan anda sekadar ingin ada tempat untuk tidur serta meletakkan barangan sahaja, semestinya anda akan memilih hotel bajet yang bersesuaian harganya. Tetapi anda mungkin juga tidak mahu memilih hotel yang murah tetapi servisnya sangat teruk dan kemudahannya sangat tidak memuaskan hati. Sekiranya anda ingin mencari hotel Terengganu yang menerima banyak review positif dan menarik daripada bekas pengunjung mereka, DJ Citi Point Hotel yang juga berada di Kuala Terengganu ini adalah pilihan terbaik anda.

Walaupun DJ Citi Point Hotel ini hanya berstatus dua bintang tetapi kebanyakan dan majoriti review di sini memberikan respons yang sangat positif daripada segala aspek seperti layanan sataf, kemudahan, keselesaan dan juga harga yang sangat mampu milik. Lokasi ini juga sangat strategik kerana terletak di dalam segi tiga emas Kuala Terengganu. Tempat ini hanya terletak kira-kira 360 meter daripada Chinatown, 412 meter daripada Istana Maziah dan 503 meter ke Jeti Shahbandar. Lokasi menarik lain seperti Muzium Negeri Terengganu dan Masjid Kristal juga berada dalam lingkungan beberapa minit menggunakan kereta daripada sini. Sememangnya DJ Citi Point Hotel ini adalah tempat transit yang paling ideal untuk pengembara dan backpacker di Kuala Terengganu.

Felda Residence Kuala Terengganu – 6512 Review di Agoda.com

Sekirany anda mencari hotel Terengganu yang menghadap keindahan Sungai Terengganu, Felda Residence Hotel in merupakan hotel terbaik pilihan anda. Hotel ini menempatkan lebih 100 bilik. Hotel ini juga terletak tidak jauh daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dan Terminal Bas Pasar Payang yang semestinya akan memudahkan pergerakan anda sekiranya anda perlu bergerak ke salah satu hub pengangkutan awam ini.

Tambahan pula, Felda Residence Kuala Terengganu ini juga berada sangat dekat dengan Lorong Penyu yang terkenal dengan seni arca penyu dan koleksi street art yang lain di kawasan Chinatown Kuala Terengganu. Tempat menarik ini boleh diakses melaluio beberapa minit berjalan kaki sahaja daripada tempat penginapan ini. Selain itu, pada waktu petang, anda juga boleh berjalan kaki dan meluangkan masa di Kuala Terengganu Waterfront di mana anda boleh bersantai dan menikmat udara petang di tepian Sungai Terengganu. Semestinya, hotel ini sangat sesuai untuk anda yang ingin merasai pengalaman baru melawat dan melancong di Kuala Terengganu.


Terdapat banyak lagi hotel Terengganu yang menerima ribuan dan ratusan review di internet ini. Terpulang kepada anda untuk memilih hotel mana yang bersesuaian dengan tujuan dan orang-orang yang bersama anda. Semoga artikel pada kali ini membantu anda sedikit sebanyak dalam membuat keputusan untuk memilih hotel yang paling sesuai untuk percutian idaman anda di Kuala Terengganu!

SUMBER

https://en.wikipedia.org/wiki/Terengganu#Culture

See Also
Bangunan Tertinggi di Malaysia

https://www.agoda.com/grand-continental-hotel-kuala-terengganu/hotel/kuala-terengganu-my.html?finalPriceView=2&isShowMobileAppPrice=false&cid=1844104&numberOfBedrooms=&familyMode=false&adults=2&children=0&rooms=1&maxRooms=0&checkIn=2021-07-27&isCalendarCallout=false&childAges=&numberOfGuest=0&missingChildAges=false&travellerType=1&showReviewSubmissionEntry=false&currencyCode=GBP&isFreeOccSearch=false&tspTypes=8&los=1&searchrequestid=1db44434-eee1-4aba-8ccb-2f559776c360

https://www.booking.com/hotel/my/dj-citi-point.en-gb.html

https://felda-residence-kuala-terengganu.booked.net

https://www.agoda.com/dj-citi-point-hotel/hotel/kuala-terengganu-my.html?finalPriceView=2&isShowMobileAppPrice=false&cid=1844104&numberOfBedrooms=&familyMode=false&adults=2&children=0&rooms=1&maxRooms=0&checkIn=2021-07-27&isCalendarCallout=false&childAges=&numberOfGuest=0&missingChildAges=false&travellerType=1&showReviewSubmissionEntry=false&currencyCode=GBP&isFreeOccSearch=false&tspTypes=2,8&los=1&searchrequestid=1db44434-eee1-4aba-8ccb-2f559776c360

https://www.agoda.com/felda-residence-kuala-terengganu/hotel/kuala-terengganu-my.html?finalPriceView=2&isShowMobileAppPrice=false&cid=1844104&numberOfBedrooms=&familyMode=false&adults=2&children=0&rooms=1&maxRooms=0&checkIn=2021-07-27&isCalendarCallout=false&childAges=&numberOfGuest=0&missingChildAges=false&travellerType=1&showReviewSubmissionEntry=false&currencyCode=GBP&isFreeOccSearch=false&tspTypes=3,8&los=1&searchrequestid=1db44434-eee1-4aba-8ccb-2f559776c360

https://www.freepik.com/premium-photo/night-view-crystal-mosque-kuala-terengganu-malaysia_3700265.htm#page=1&query=Kuala%20Terengganu&position=3

error: Content is protected !!