makanan dibeli semasa pkp
Senarai barang makanan dibeli semasa perintah kawalan pergerakan penting agar anda membeli barang yang perlu sahaja.

Senarai barang makanan dibeli semasa PKP penting agar anda membeli barang yang perlu sahaja. Hal ini kerana sejak pengumuman perintah kawalan pergerakan tempoh hari, orang ramai berpusu-pusu ke pasaraya dan kedai runcit dalam keadaan panik.

Reaksi tersebut adalah normal, tetapi ia adalah sia-sia dan banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Pembelian dalam kuantiti yang berlebihan bukan sahaja menjejaskan sumber keperluan orang lain, tetapi ia juga mendorong kepada pembaziran dan pengambilan makanan yang diproses secara berlebihan .

Sebaliknya, bertenang dan catat stok keperluan yang ada serta beli barang yang betul-betul diperlukan dalam kuantiti yang berpatutan.

Berikut merupakan cadangan barang makanan yang boleh ditambah ke dalam senarai anda:

Bijirin

– Nasi, mi, pasta, bijirin seperti oat, kepingan bran (bran flakes) dan barli.

– Bijirin penuh atau biskut kering sebagai snek.

Buah-buahan

– Buah-buahan kering seperti kurma, kismis dan aprikot.

– Buah-buahan yang mempunyai jangka hayat lama seperti epal, pir, jambu batu dan limau.

Sayur-sayuran

– Sayur sejuk beku.

– Sayur-sayuran yang mempunyai jangka hayat lama seperti kobis, kobis bunga, brokoli, lobak merah dan kekacang.

– Sayur-sayuran berdaun (beli stok selama 3 hingga 5 hari).

– Sayur-sayuran berkanji seperti labu, keledek, kentang, ubi kayu dan keladi.

Produk tenusu

– Susu tepung, susu UHT, keju dan yogurt (periksa tarikh luput sebelum membelinya).

Sumber protein

– Daging, ayam, ikan dan makanan laut (boleh disimpan dalam peti sejuk selama 3 bulan selepas dibersihkan).

Ikan bilis (rendam dahulu sebelum masak untuk mengurangkan kadar sodium).

– Protein dalam tin seperti tuna dalam air (tuna in water).

– Telur (sumber protein mudah dan bagus, tetapi jangan terlebik stok kerana ia tidak tahan lama. Simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya buat masa yang lama).

Tauhu dan tempeh

– Ambil makanan-makanan ini sewaktu minggu pertama kerana ia tidak kekal lama

Legumes dan lentil

– Kacang merah, kacang hijau, kacang dhal, kacang kuda dan kacang hummus

Walaupun kebanyakan barang yang dicadangkan di atas mempunyai jangka hayatg panjang, jangan takut untuk memasukkan barang-barangan segar dalam senarai anda kerana ia boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang.

Selain itu, beli juga makanan dan minuman yang selalu anda nikmati seperti kopi, teh atau coklat gelap.

Semua persediaan ini perlu dilakukan bagi memastikan anda boleh merancang hidangan yang baik untuk diri anda dan keluarga.

SUMBER

https://www.everydayhealth.com/infectious-diseases/coronavirus-shopping-list-what-to-buy-and-skip/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669716/covid-19-beli-barangan-ikut-keperluan-rosol

https://www.goodhousekeeping.com/health/a31261097/what-to-stock-up-on-for-coronavirus/

Summary
Senarai Barang Makanan Dibeli Semasa PKP
Article Name
Senarai Barang Makanan Dibeli Semasa PKP
Description
Senarai barang makanan dibeli semasa perintah kawalan pergerakan penting agar anda membeli barang yang perlu sahaja.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: