ayam panggang

Resepi ayam panggang ini boleh dibuat dengan kaedah memanggang sama ada di rumah, di atas unggun api, atau di rotisserie profesional.

Lazimnya, ayam dipanggang di dalam lemak dan jusnya dengan menggolek atau memutarkan ayam tersebut ketika dipanggang, dan selalunya ayam didedahkan kepada api atau haba dengan gril berputar untuk memastikan pergerakan lemak dan jus untuk mengelakkan kekeringan ayam.

Warna keperang-perangan dan gelap tentu menarik deria rasa kita untuk mencuba dan tentu terliur melihatnya.

Di sini akan disertakan resepi ayam panggang dan resepi ini telah menjadi viral sehingga mendapat banyak perkongsian.

Sekarang kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan!

Bahan-bahan Ayam Panggang:-

  • Ayam 1 ekor
  • Minyak zaiton 1 senduk
  • Sos tiram 1 senduk
  • Sos chicken marinade 1 senduk
  • Lada hitam 2 sudu makan
  • Kicap ABC 5 sudu makan
  • Serbuk basil 1 sudu makan
  • Serbuk oregano 1 sudu makan
  • Serbuk cili Babas 3 sudu makan
  • Garam secukup rasa
  • Madu 5 sudu makan
  • Mentega 1 sudu makan
  • Kentang 5-6 biji (belah setengah)
  • Bawang besar 1 biji (belah setengah)
  • Bawang putih 1 biji

Cara penyediaan Ayam Panggang:

  1. Kisar semua bahan rempah dan bahan sos bersama.
  2. Keluarkan dan ketepikan. Kemudian, sediakan ayam.
  3. Bersihkan ayam dan letakkan semua bahan di atas ayam dan lumurkan pada ayam.
  4. Biarkan bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh letakkan kentang di tepi ayam.
  5. Sapukan dan salutkan dulang dengan minyak.
  6. Selepas beberapa jam ayam diperap, letakkan ayam di atas dulang dan masukkan ke dalam ketuhar dan bakar ayam selama 30 minit dengan api sederhana.
  7. Anda boleh periksa sama ada ayam sudah masak atau belum selepas 30 minit. Jika belum masak, anda boleh membakar ayam tersebut selama 15 minit lagi.
  8. Setelah ayam siap dibakar, boleh keluarkan ayam dari ketuhar dan ayam panggang sedia dihidangkan.
  9. Cicah ayam dengan sos bagi menambah rasa dan bau wangi ayam tersebut.

TIPS:

  1. Masak ayam dengan suhu 220°c selama satu jam setengah.
  2. Sapu minyak atau mentega pada kulit ayam tersebut sebelum memasukkan ayam ke dalam ketuhar.

Sumber:

https://www.foodnetwork.com/recipes/ina-garten/perfect-roast-chicken-recipe-1940592

https://www.bonappetit.com/recipe/no-fail-roast-chicken-with-lemon-and-garlic

https://cafedelites.com/garlic-herb-butter-roast-chicken/

Summary
Senang Betul Ayam Panggang Viral Ini!
Article Name
Senang Betul Ayam Panggang Viral Ini!
Description
Resepi ayam panggang ini boleh dibuat dengan kaedah memanggang sama ada di rumah, di atas unggun api, atau di rotisserie profesional.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: