hempedu bumi
Hempedu bumi adalah herba yang berasal dari Asia Tenggara, China dan India ini merupakan tumbuhan jangka hayat pendek iaitu kurang daripada setahun.

Pendahuluan

Hempedu bumi adalah herba yang berasal dari Asia Tenggara, China dan India ini merupakan tumbuhan jangka hayat pendek iaitu kurang daripada setahun.

Ia mempunyai keupayaan pembiakan yang tinggi, digunakan sebagai rawatan sejak berabad lamanya terutama di negara China, India dan Jawa. Namun begitu, sesetengah tempat menganggap ia tumbuhan musuh.

Walaubagaimanapun sejak kebelakangan ini ia telah memasuki pasaran farmasi, yang boleh mengubati sakit – sakit ringan dan terbukti membantu mengatasi gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi.

Ciri – ciri tumbuhan

Antara ciri – ciri hempedu bumi adalah :

  • Sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak
  • Jangka hayat pendek iaitu lebih kurang satu tahun
  • Ketinggian mencapai sehingga 60 – 70 cm
  • Batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yang banyak
  • Daun berwarna hijau dengan susunan daun yang ringkas dan licin
  • Susunan daun secara ‘decussate’ di mana daunnya berpasangan secara bertentangan

Tabiat tumbuhan

Ia boleh ditemui dan dijumpai di :

  • Dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yang ditumbuhi rumput
  • Di Malaysia ia ditanam di belakang rumah atau di dalam pasu
  • Tumbuhan yang lasak dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanah

Bahagian hempedu bumi yang digunakan :

  • Daun
  • Keseluruhan bahagian pokok

Rawatan Secara Tradisional

Kebaikan kesihatan tumbuhan ini dalam memberikan rawatan :

Ia sangat berguna sebagai analgesik dengan membantu anda :

  • mengurangkan rasa kesakitan
  • digunakan sebagai julap
  • ubat untuk mengeluarkan kahak
  • ubat untuk penghadaman

Khasiat

Pelbagai khasiat daun hempedu bumi dapat diperolehi bagi membantu masalah kesihatan anda seperti :

Cara menjadikan hempedu bumi sebagai ubat adalah dengan merebus akar dan mengambil air rebusan itu untuk diminum.

Daun pula boleh ditumbuk lumat dan diletak pada tempat luka untuk dirawat.

Daun hempedu bumi mengandungi bahan kimia yang memecahkan molekul – molekul lemak yang ada pada pembuluh darah yang tersumbat, dengan itu melancarkan penyaluran darah yang melaluinya dan membantu merawat masalah tekanan darah tinggi.

Molekul lemak tersebut terangsang dan dipecahkan disebabkan air rebusan pahit dan hal ini tidak dinafikan kerana rasa pahit, kelat dan masam membantu dalam perubatan herba tempatan.

Namun begitu, kebanyakan masyarakat kita tidak gemarkan rasa begitu kerana mereka lebih sukakan rasa yang manis dan masin yang diketahui tidak sihat kepada badan manusia.

Pengambilan berlebihan makanan atau minuman yang masin dan bergula boleh menyebabkan penyakit tertentu. Hempedu bumi adalah antara tumbuhan herba yang membantu menyeimbangkan pengambilan perasa dengan rasa pahitnya.

Pokok hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis Paniculata atau sesetengah individu mengenalinya dan memanggilnya sebagai akar cerita.

Disebabkan pokok hempedu bumi senang dicari dan boleh ditemui tumbuh di sekitar rumah, longkang, malah di kawasan semak samun, ia kurang diketahui khasiatnya.

Kebanyakkan masyarakat tidak mengetahui bahawa hempedu bumi popular dengan khasiatnya merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Hempedu bumi juga membantu dalam merawat kesan gigitan serangga dengan mengambil beberapa helai daun dan kemudian menghancurkannya. Daun yang telah dihancur lumat itu bolehlah diletak pada tempat yang digigit serangga.

Selain bagus untuk merawat penyakit darah tinggi ia juga sangat sesuai diminum ketika demam. Caranya adalah dengan membersihkan beberapa helai daun, kemudian direndam di dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air menjadi suam.

Kemudian, air tersebut boleh diminum perlahan – lahan. Bagi individu yang pertama kali mencubanya akan terasa agak pahit. Namun begitu, seperti mana tumbuhan herba lain ia tidak boleh diminum terlalu kerap dalam masa satu hari.

Ini merupakan antara khasiat daun hempedu bumi selain di atas, seperti :

  • Mempunyai kebaikan meningkatkan pertahanan badan, ia boleh membantu melawan penyakit serta virus. Hempedu bumi dikatakan boleh melawan beberapa jenis virus
  • Melindungi hati, pankreas serta sistem pencernaan dengan adanya andrografolid iaitu bahan aktif hempedu bumi
  • Andrografolid juga membantu melindungi sel pankreas yang merembeskan insulin serta merawat metabolisme glukosa dan retinopati diabetes
  • Andrografis pula terbukti mampu menghalang pengumpulan kolesterol teroksida di dalam pembuluh darah dengan sangat berkesan berbanding omega 3 (minyak ikan)
  • Andrografis juga membantu mencegah gastrik dan ulser duodenum
  • Terbukti daripada kajian makmal dan klinikal, berkesan merawat masalah kerosakan hati yang disebabkan oleh bahan toksik, masalah fungsi hati dan hepatitis
  • Membantu individu yang mempunyai kolesterol tinggi
  • Mengubat sakit tekak dan selesema terutama di kalangan masyarakat China, malah berkesan untuk mencegah selesema

Hasil Kajian

Berdasarkan hasil kajian hempedu bumi, ia menunjukkan herba ini mengandungi pelbagai bahan kimia daripada kumpulan diterpenoids lactone seperti angrographolide dan neoangrographolide pada kadar 65 hingga 70 peratus.

Ia dikatakan memainkan peranan besar dalam mengawal dan merawat pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan.

Kajian bukan klinikal dan klinikal dilakukan menggunakan serbuk dan pati (ekstrak) A. Paniculata pada manusia dan haiwan.

Melalui kajian tersebut, ia menunjukkan tumbuhan herba ini membantu merawat penyakit malaria (bersifat anti malaria), masalah darah beku atau antithrombotic, diabetes, kanser dan darah tinggi.

Hempedu bumi di dalam produk tradisional

Ujian pengesahan perlu dilakukan pada bahan mentah herba sebelum ia diproses menjadi ubat atau produk. Proses ini penting bagi memastikan sama ada bahan mentah hempedu bumi telah dimasukkan atau digunakan di dalam formulasi produk tersebut.

Pihak pengilang atau pengeluar produk akan menjalankan pengesahan ini dengan kaedah pemeriksaan mikroskopik untuk melihat sama ada ciri – ciri hempedu bumi seperti saiz, bentuk dan warna.

Selain pemeriksaan mikroskopik, kaedah kromatografi juga boleh dilakukan. Melalui kaedah ini, petanda kimia (chemical marker) mengesan bahan kimia hempedu bumi iaitu andrographolide.

Bagi menentukan kualiti atau mutu produk adalah bergantung pada hasil ujian pengesahan atau ujian kualiti dan keselamatan lain.

Namun begitu, produk tradisional hempedu bumi juga boleh memberikan kesan sampingan, berdasarkan Monograf Hempedu Bumi.

Kesan sampingannya seperti menyebabkan ketidakselesaan perut, muntah serta hilang selera makan. Malah, produk ini juga tidak sesuai untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusu badan.

Di samping itu, bagi penggunaan di kalangan kanak – kanak masih tiada kajian atau maklumat tepat tentang hasil dan kesan sampingannya.

Justeru, pengguna perlulah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta pandangan daripada mereka sebelum menggunakan ubat tradisional hempedu bumi pada kanak – kanak.

Bagi memastikan produk yang diambil adalah selamat, periksa dan berhati – hati dalam memilih produk tradisional. Anda dinasihatkan untuk memilih produk yang telah mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja sebelum menggunakannya. Jika terdapat apa – apa kesan sampingan yang timbul jangan berlengah untuk dapatkan rawatan segera daripada doktor.

SUMBER

https://www.forestry.gov.my/my/tumbuhan-ubatan/item/hempedu-bumi

https://khasiatpokokherba.com/khasiat/herba/khasiat-pokok-hempedu-bumi.html

http://www.myhealth.gov.my/hempedu-bumi

Summary
Semuanya Mengenai Hempedu Bumi
Article Name
Semuanya Mengenai Hempedu Bumi
Description
Hempedu bumi adalah herba yang berasal dari Asia Tenggara, China dan India ini merupakan tumbuhan jangka hayat pendek iaitu kurang daripada setahun.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: