Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tibi Tulang
Tibi Tulang atau Tuberkulosis Tulang (Bone Tuberculosis) menjejaskan tulang belakang, tulang panjang serta sendi anda.

Secara umum, Tuberkulosis atau Tibi tulang adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang disebarkan melalui udara daripada satu individu ke individu yang lain. Jika tidak dirawat dengan tepat, Tuberkulosis boleh mengancam nyawa. Namun begitu, pesakit yang dijangkiti bakteria Tuberkulosis boleh mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penyakit Tuberkulosis dari berulang di masa hadapan.

Sebenarnya, terdapat bentuk lain Tuberkulosis iaitu Tuberkulosis Tulang atau Tibi Tulang. Artikel ini akan membincangkan mengenai Tibi Tulang.

Tibi Tulang atau Tuberkulosis Tulang (Bone Tuberculosis) menjejaskan tulang belakang, tulang panjang serta sendi anda. Kebanyakan kes Tibi Tulang berkait dengan kolum tulang belakang. Walau bagaimanapun Tibi Tulang boleh menjejaskan mana-mana tulang dalam badan. Keadaan ini terjadi apabila Tuberkulosis yang memberi kesan kepada paru-paru tersebar ke bahagian badan lain melalui darah daripada paru-paru dan nodus limfa. Tibi Tulang bermula apabila terdapat terlalu banyak bekalan vascular dalam tulang tengah dan vertebra. Walaupun ia jarang berlaku, risikonya akan meningkat akibat AIDS yang meluas seperti yang berlaku di negara India dan negara-negara membangun yang lain.

Walaupun dengan kemajuan dalam bidang perubatan, sangat sukar untuk mendiagnosis Tibi Tulang kerana simptom-simptomnya yang jarang berlaku dan sukar untuk dikesan. Dalam kebanyakan kes, Tibi Tulang dikesan apabila peringkatnya telah berkembang melebihi kawalan yang selamat.

Namun yang demikian, dalam kebanyakan kes, Tibi Tulang mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sehingga ia mencapai peringkat terakhir. Maksudnya, sesetengah pesakit mungkin tidak menyedari mereka mempunyai Tibi Tulang dalam badan dan mungkin mengesannya apabila sudah terlambat.

Walau bagaimanapun, beberapa simptom Tibi Tulang yang boleh diperhatikan termasuklah:

  • Kesakitan belakang kronik
  • Bengkak yang menyakitkan
  • Ketegangan pada sendi
  • Bisul

Dalam kes-kes lanjut Tibi Tulang, simptom yang muncul adalah seperti:

  • Gangguan neurologi
  • Lumpuh
  • Pemendekan anggota tangan dan kaki
  • Kecacatan pada struktur tulang

Walaupun sukar untuk mengesan Tibi Tulang tanpa campur tangan perubatan, ia biasanya boleh dibalikkan jika dirawat tepat pada waktunya melalui ubat ubatan yang betul. Rawatan Tibi Tulang boleh mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan atau lebih. Pembedahan mungkin merupakan penyelesaian yang terbaik untuk kes lanjut Tibi Tulang di mana doktor akan membuang bahagian vertebra yang terjejas.

Bagaimana Tibi disebarkan?

Seseorang yang mempunyai penyakit Tibi yang aktif dalam paru-parunya boleh menyebarkannya melalui udara. “Aktif” bermaksud kuman Tibi berganda dan merebak di dalam badan anda. Jika anda bersentuhan dengan seseorang yang memilikinya, anda boleh mendapatkannya juga. Oleh itu, para doktor akan menasihati mereka yang mempunyai penyakit Tibi yang aktif untuk tinggal di rumah dan menjauhi individu lain sebanyak mungkin sehingga penyakit mereka tidak lagi berjangkit.

Hentikan Penyebaran Tibi!

Sekiranya anda mempunyai penyakit Tibi yang aktif, anda perlu dirawat dengan kadar segera. Rawatan mungkin melibatkan anda mengambil ubat selama 6 hingga 12 bulan. Ia adalah penting untuk mengambil semua ubat yang dipreskripsi oleh doktor kerana ia ditetapkan untuk penggunaan sepanjang masa walaupun anda telah berasa lebih baik. Jika anda tidak mengikuti tetapan ubat anda, anda berisiko untuk mengalami Tibi berulang.

Sebaliknya, sekiranya anda mempunyai kuman Tibi dalam badan anda tetapi ianya tidak aktif, anda mempunyai “Laten Tibi” yang bermakna anda tidak boleh menyebarkan penyakit ini kepada individu lain. Namun begitu, doktor masih mengesyorkan agar anda mengambil ubat-ubatan untuk memastikan kuman tidak menjadi aktif.

Ikuti tips ini untuk membantu mencegah individu lain daripada mendapat Tibi juga semasa beberapa minggu pertama rawatan anda atau sehingga doktor mengatakan keadaan anda tidak lagi berjangkit kepada individu lain.

  • Ambil semua ubat anda seperti yang ditetapkan, sehingga doktor anda menghentikannya.
  • Simpan setiap temujanji doktor anda
  • Sentiasa menutup mulut anda dengan tisu apabila anda batuk atau bersin. Tutup tisu dalam beg plastik, kemudian buang tisu tersebut.
  • Basuh tangan anda selepas batuk atau bersin.
  • Jangan melawat individu lain dan jangan menjemput mereka untuk melawat anda.
  • Berehat daripada pergi kerja, sekolah, atau tempat awam lain.
  • Gunakan kipas atau buka tingkap untuk pengaliran udara yang segar.
  • Jangan gunakan pengangkutan awam.

Di negara-negara yang mempunyai kadar jangkitan Tibi yang tinggi, bayi sering diberi vaksin Bacillus Calmette-Guérin, atau BCG.

Namun begitu, pakar perubatan yang menghabiskan banyak masa di sekitar pesakit Tibi mungkin mendapat manfaat daripada penggunaan vaksin tersebut. Mereka perlu membuat keputusan sama ada vaksin tersebut adalah sesuai bagi mereka bergantung kepada keadaan kesihatan dan situasi unik.

Rawatan Tibi Tulang

Dalam sesetengah kes lain di mana Tibi Tulang dikesan pada masanya, rawatan yang diberikan juga melibatkan penghindaran hal-hal tertentu seperti:

  • Penggunaan alkohol yang berlebihan: Alkohol sangat berkait rapat dengan Tibi Tulang kerana ia boleh meningkatkan tahap etanol yang seterusnya membawa kepada peningkatan beban mycobacterium dan pembentukan ‘Impaired Granuloma’. Selain itu, Alkohol juga mengurangkan tindak balas pesakit terhadap vaksin Bacillus Calmette–Guerin (BCG), yang diberikan untuk mencegah penyakit Tuberkulosis. Jadi, seseorang yang menghidap Tibi Tulang mesti mengelakkan pengambilan alkohol setiap masa.

  • Tembakau: Sebarang bentuk tembakau perlu dielakkan oleh seseorang yang dikesan mengalami simptom-simptom Tibi Tulang. Hal ini kerana, tembakau meningkatkan risiko jangkitan kepada Tuberkulosis yang boleh mencetuskan bentuk Tuberkulosis yang aktif justeru itu menimbulkan risiko pengulangan Tuberkulosis. Lebih-lebih lagi, ia juga menjejaskan rawatan serta ubat-ubatan Tuberkulosis yang boleh meningkatkan risiko penyakit itu kambuh.

  • Kafein: Semua minuman yang mengandungi kafein seperti minuman berkarbonat, kopi, dan sebagainya tidak boleh diambil oleh seseorang yang mengalami simptom penyakit Tuberkulosis. Kafein merupakan bahan perangsang kepada bakteria dan boleh mencetus tindakan bakteria kepada individu yang dijangkiti Tuberkulosis. Ia akan menjejaskan keadaan pesakit dengan lebih teruk sehingga menyebabkan Tibi Tulang.

  • Produk yang diproses: Produk makanan seperti gula, roti, nasi putih, minuman bergula, puding, bijirin yang diproses perlu dielakkan daripada diet seorang pesakit yang menghidap Tuberkulosis kerana makanan-makanan ini diketahui mengandungi kandungan bahan yang boleh mencetuskan tindakan bakteria bagi pesakit yang dijangkiti Tuberkulosis.

  • Makanan Berminyak: Makanan seperti daging, ayam, kerepek, ‘onion ring’ dan makanan bergoreng lain atau makanan yang mengandungi banyak lemak tepu perlu dielakkan oleh seseorang yang menghidap Tibi Tulang. Hal ini kerana makanan-makanan bergoreng seperti ini meningkatkan kadar kolesterol dalam badan serta mengakibatkan risiko Kencing Manis dan masalah jantung yang menjurus kepada kelemahan sistem imun. Sistem imun yang lemah boleh menjadikan badan anda sebagai tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan Tuberkulosis. Tambahan lagi, makanan sebegini meningkatkan simptom Tibi Tulang.

Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan, seseorang yang menderita dengan Tuberkulosis Tulang atau bentuk Tuberkulosis lain haruslah menumpukan pada diet yang kaya dengan nutrisi termasuklah serat, protein, sayuran berdaun hijau serta lain-lain makanan yang kaya dengan zat besi dan vitamin B. Bukan itu sahaja, pengambilan bijian penuh, sayuran kaya antioksidan dan lemak tidak tepu juga perlu ditingkatkan bagi mencegah penyakit Tuberkulosis dan Tibi Tulang.

Sumber

https://www.healthline.com/health/bone-tuberculosis

https://www.narayanahealth.org/blog/bone-tuberculosis/

https://www.medscape.com/answers/230802-19535/what-are-the-signs-and-symptoms-of-skeletal-tuberculosis-tb

https://en.wikipedia.org/wiki/Pott_disease

Summary
Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tibi Tulang
Article Name
Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tibi Tulang
Description
Tibi Tulang atau Tuberkulosis Tulang (Bone Tuberculosis) menjejaskan tulang belakang, tulang panjang serta sendi anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: