Maklumat Kencing manis
Penyakit diabetes boleh menyebabkan pengumpulan gula dalam darah serta meningkatkan risiko komplikasi berbahaya

Tanpa pengurusan yang betul dan berterusan, penyakit diabetes boleh menyebabkan pengumpulan gula dalam darah serta meningkatkan risiko komplikasi berbahaya seperti strok dan penyakit jantung.

Malah, beberapa jenis penyakit kencing manis yang berlainan juga boleh berlaku. Pengurusan keadaan pesakit juga bergantung pada jenis diabetes yang dialami. Namun, tidak semua jenis kencing manis berpunca daripada masalah berat badan berlebihan atau gaya hidup yang tidak aktif. Ada juga yang berlaku sejak dari zaman kanak-kanak.

Apakah itu kencing manis?

Penyakit kencing manis, atau diabetes adalah satu keadaan yang boleh merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah, atau dikenali sebagai gula darah.

Tiga jenis penyakit kencing manis utama adalah jenis 1, jenis 2 dan diabetes gestasi.

  • Jenis I: Jenis ini juga dikenali sebagai diabetes juvenil dan berlaku apabila badan gagal menghasilkan insulin. Pesakit kencing manis jenis I harus bergantung kepada insulin, yang bermaksud ia harus diambil setiap hari untuk terus hidup.
  • Jenis 2: Jenis ini pula memberi kesan kepada cara badan menggunakan insulin. Walaupun badan masih menghasilkan insulin, sel-sel dalam badan tidak bertindak balas dengan berkesan terhadap insulin tersebut. Malah, jenis ini merupakan jenis diabetes yang paling biasa berlaku dan mempunyai hubungan rapat dengan masalah obesiti.
  • Diabetes gestasi: Jenis ini menjejaskan golongan wanita hamil kerana tubuh mereka menjadi kurang sensitif terhadap insulin dalam tempoh kehamilan. Namun, ia tidak berlaku pada semua wanita dan biasanya sembuh selepas melahirkan anak.

Seterusnya, jenis-jenis kencing manis yang jarang berlaku pula termasuklah “Diabetes Monogenik” dan “Diabetes berkaitan sistik fibrosis”.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit diabetes

Siapakah yang berisiko menghidap kencing manis?

Tahukah anda bahawa semua individu berisiko menghidap diabetes? Ya, ini termasuk juga golongan kanak-kanak dan remaja sekali. Baca lebih lanjut mengenai kencing manis dalam kalangan kanak-kanak, di sini.

Selain itu, wanita hamil juga tidak dapat melepaskan diri dari senarai itu. Mari baca maklumat mengenainya di sini untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik.

Apakah hubungan antara kencing manis dan makanan?

Pemnganbilan makanan tertentu sementara mengehadkan makanan yang lain dapat membantu pesakit kencing manis untuk menguruskan tahap gula darah mereka. Oleh itu, ianya adalah penting bagi anda untuk mengetahui makanan yang perlu dimakan dan makanan yang harus dielakkan bagi pesakit diabetes.

Diet yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protein yang sihat boleh memberi manfaat yang besar kepada pesakit-pesakit ini. Mengimbangkan makanan tertentu juga boleh membantu mengekalkan kesihatan, meningkatkan kesejahteraan badan dan mencegah komplikasi pada masa akan datang. Bagi merealisasikan hal ini, anda pastinya memerlukan pelan diet yang khusus untuk mengurus Penyakit kencing manis anda.

Setelah mengetahui pelan diet yang sesuai, sekarang tiba pula masanya untuk anda membeli bahan-bahan runcit untuk diet mesra diabetes yang sesuai.

Bagaimana saya boleh mencegah kencing manis?

Sebelum diabetes didiagnosis, terdapat tempoh di mana paras gula darah meningkat tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai kencing manis. Keadaan ini dikenali sebagai pra-diabetes.

Dianggarkan sekitar 70% individu yang mengalami pra-kencing manis akan berkembang ke menjadi penyakit diabetes jenis 2.

Walaupun terdapat faktor-faktor yang tidak boleh diubah seperti genetik, usia atau tingkah laku masa lalu, terdapat banyak tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kencing manis ini. Beberapa cara untuk menurunkan paras gula darah secara semulajadi, termasuklah:

  • Mengehadkan pengambilan gula dalam diet anda.
  • Bersenam secara berkala.
  • Minum air sebagai sumber cecair utama anda.
  • Mengurangkan berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan.
  • Berhenti merokok.
  • Mengamalkan diet rendah karbohidrat.
  • Menjaga saiz makanan yang diambil.

Selain itu, anda juga boleh mencegah diabetes di rumah dengan mencuba petua tradisional ini:

  • Lidah buaya
  • Kulit kayu manis
  • Peria katak
  • ‘Milk thistle’ 
  • Halba
  • Gymnema
  • Halia

Apakah perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan jika saya mempunyai kencing manis?

Sekiranya anda ingin menguruskan diabetes anda, anda harus ketahui  perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan seperti:

Lakukan:

  • Ketahui maklumat asas mengenai kencing manis.
  • Ketahui apa yang boleh mempengaruhi paras gula darah anda.
  • Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.

Elakkan:

  • Hanya mencari semua maklumat melalui atas talian (online).
  • Amalkan diet tanpa mengetahui fungsi dan kelebihan asasnya terlebih dahulu.
  • Lakukan sesuatu melebihi had. Sebagai contoh, mengurangkan berat badan dengan cara berlapar, sehingga boleh menyebabkan komplikasi lain.

Bagaimana untuk kekalkan motivasi sebagai pesakit kencing manis?

Menjalani kehidupan dengan penyakit kencing manis boleh menjadi pengalaman yang menakutkan dan mengecewakan pada masa-masa tertentu. Jadi, anda haruslah kekal bermotivasi mengikuti rancangan rawatan untuk mengawal gula darah anda. Pelan rawatan ini akan membantu mengurangkan risiko komplikasi seperti penyakit jantung, masalah kaki, buah pinggang atau penyakit mata serta masalah kemurungan. Anda boleh tingkatkan motivasi anda dengan:

  • Merancang kejayaan yang anda harapkan.
  • Sentiasa berada di jalan yang betul.
  • Membina sistem sokongan (keluarga, kawan-kawan).
  • Menguruskan masalah berkaitan emosi.

Seperkara lagi, penyakit diabetes boleh dijangkiti! Ya, ia boleh disebarkan seperti selesema. Namun, elakkan mempercayai semua perkara yang anda dengar atau baca dengan mudah! Lakukan kajian terlebih dahulu mengenai mitos dan fakta kencing manis sebelum anda menyebarkan maklumat itu kepada orang lain. Mari perangi mitos dan berita palsu yang semakin berleluasa sekarang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, sila semak senarai soalan lazim mengenai diabetes

SUMBER

https://www.webmd.com/diabetes/default.htm

https://www.healthline.com/diabetesmine

https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/diabetes-what-you-need-to-know-and-do

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323627

Summary
Semua yang anda perlu tahu tentang penyakit kencing manis
Article Name
Semua yang anda perlu tahu tentang penyakit kencing manis
Description
Penyakit kencing manis, atau diabetes adalah satu keadaan yang boleh merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah, atau dikenali sebagai gula darah
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: