Now Reading
Semua Tentang Rawatan Veneer Gigi

Semua Tentang Rawatan Veneer Gigi

Veneer gigi

Veneer gigi adalah seperti cengkerang berwarna yang tipis dan berwarna yang melekat pada permukaan depan gigi untuk memperbaiki penampilannya. Ia selalunya dihasilkan daripada bahan porselin atau komposit resin serta melekat secara kekal pada gigi anda.

Seterusna, penggunaan veneer boleh digunakan untuk merawat sejumlah masalah kosmetik yang berbeza, termasuk gigi yang pecah, terhakis, berubah warna, atau lebih kecil daripada rata-rata gigi yang lain. Sebilangan orang hanya mendapat satu veneer sekiranya gigi patah atau pecah, tetapi ada juga yang memperoleh antara enam hingga lapan veneer untuk menghasilkan senyuman bersimetri yang sekata. Lapan gigi depan di bahagian atas paling sering memerlukan penggunaan veneer.

Jenis Veneer Gigi

Terdapat dua jenis yang anda boleh dapatkan iaitu porselin dan komposit berasaskan resin. Bahagian berikut akan menggariskan pilihan ini dengan lebih terperinci.

Veneer porselin

Veneer porselin adalah penutup nipis yang kuat dan boleh diletakkan oleh doktor gigi di bahagian atas dan sisi gigi.

Untuk memasangnya, doktor gigi akan mengeluarkan sebilangan enamel dari gigi sebelum meletakkannya. Veneer porselin mempunyai warna yang sama dengan gigi semula jadi, tetapi mungkin menjadikannya lebih putih untuk mencerahkan senyuman.

Veneer komposit berasaskan resin

Veneer komposit berasaskan resin adalah serupa dengan venir porselin, tetapi ia cenderung lebih murah dan memerlukan penyingkiran enamel yang kurang. Kadangkala, doktor gigi mungkin tidak perlu membuang enamel sebelum meletakkan veneer jenis komposit ini.

Veneer komposit biasanya lebih mudah diganti jika ia pecah atau rosak jika dibandingkan dengan veneer porselin.

Kegunaan Veneer Gigi

Veneer digunakan secara rutin untuk memperbaiki:

  • Gigi yang berubah warna kerana:
  1. rawatan saluran akar
  2. kotoran dari ‘tetracycline’ atau ubatan lain
  3. fluorida berlebihan
  4. tampalan resin yang besar
  5. sebab lain
  • Gigi yang usang
  • Gigi yang pecah atau retak
  • Gigi yang tidak sejajar, tidak rata, atau tidak teratur
  • Gigi dengan ruang di antara mereka

Apa yang berlaku semasa prosedur veneer gigi?

Bagaimana prosedur veneer gigi berlaku adalah bergantung pada jenis veneer mana yang dipilih seseorang.

Bahagian berikut akan menggariskan proses untuk setiap jenis veneer gigi seperti di bawah.

Veneer porselin

Bagi memasang veneer porselin, doktor gigi akan membuang sedikit enamel dan mengambil kesan gigi untuk membuat acuan terlebih dahulu.

Selepas lawatan awal ini, mereka akan menghantar acuan ke makmal bagi menghasilkan veneer porselin yang sesuai. Doktor gigi boleh meletakkan veneer sementara pada gigi sebelum mendapatkan veneer yang kekal.

Pada temu janji berikutnya, doktor gigi akan menguji sekiranya veneer itu sesuai atau tidak serta jika warnanya bagus, dan mereka akan membuat penyesuaian yang diperlukan. Kemudian, doktor gigi akan mengikat veneer ke gigi.

Veneer komposit berasaskan resin

Dalam proses pemasangan veneer komposit berasaskan resin, doktor gigi akan mula dengan membersih, membentuk semula dan menyiapkan gigi. Setelah mereka menyiapkan gigi, mereka akan mengikat dan mengukir bahan komposit, menyesuaikan warnanya sehingga veneer kelihatan semula jadi di mulut individu itu.

Kemudian, doktor gigi akan menggunakan cahaya untuk mengeringkan dan mengeraskan bahan komposit. Setelah veneer mengeras, doktor gigi akan melicinkan dan menggilapnya sehingga kelihatan dan terasa seperti gigi sebenar.

Bagaimana untuk mempersiapkan diri sebelum janji temu anda?

Sebelum mendapatkan veneer, anda perlu membuat temu janji awal dengan doktor gigi untuk membincangkan pilihan mana yang sesuai untuk anda serta berapa banyak veneer gigi yang anda ingin letakkan. Dalam beberapa kes, jika gigi anda bengkok atau tidak rata, anda mungkin perlu memakai pendakap sebelum doktor gigi boleh meletakkan veneer.

Malah, doktor gigi selalunya akan melakukan sinar-X pada peringkat ini untuk menilai kesihatan gigi anda. Mereka akan mencari tanda-tanda kerosakan gigi, penyakit gusi, atau keperluan saluran akar. Sekiranya anda mempunyai syarat-syarat ini, anda mungkin bukan calon yang sesuai untuk mendapatkan rawatan veneer gigi.

Bagi mendapatkan ukuran tepat untuk veneer gigi anda, pada temu janji seterusnya, doktor gigi akan memotong kira-kira setengah milimeter gigi anda (mereka mengeluarkan enamel menggunakan alat pengisar) sebelum mengambil sampel (kesan) daripada gigi anda. Acuan ini kemudian dihantar ke makmal untuk pembuatan veneer tersebut.

Penjagaan veneer gigi

Selepas penempatan veneer, doktor gigi mungkin ingin memeriksanya dalam temujanji susulan. Dalam tempoh ini, mereka akan memastikan bahawa veneer tetap berada di tempatnya dan menyelesakan buat pemakainya.

Ini adalah peluang yang baik bagi seseorang untuk memaklumkan pada doktor giginya jika ada veneer yang tidak sesuai, agar dapat diperbaiki oleh doktor gigi.

Seseorang yang mempunyai veneer gigi baru tidak perlu mengelakkan makanan atau minuman tertentu selepas janji temu.

Tetapi, veneer mungkin menjadi kotor dari masa ke masa, jadi seseorang mungkin ingin mengelakkan pengambilan kopi, teh, dan wain merah, serta perkara lain yang boleh menyebabkan gigi menjadi kotor agar ia dapat tahan lebih lama.

Doktor gigi juga boleh memberi nasihat untuk tidak:

  • menggigit objek keras
  • menggigit kuku
  • menggunakan pelindung mulut
  • mengisar gigi
  • mengunyah makanan yang sangat keras
  • membuka barang dengan gigi

Seseorang individu juga mungkin melihat tompok-tompok kasar pada veneer gigi mereka. Ini akan bertambah baik dari masa ke masa. Sekiranya ia tidak berlaku sebegitu, individu boleh meminta doktor gigi untuk melicinkannya. Tompok kasar cenderung terjadi kerana doktor gigi meninggalkan bahan ikatan tambahan pada veneer.

Di samping itu, seseorang masih dapat mengembangkan rongga walaupun mereka mempunyai veneer, jadi ia adalah penting untuk mengamalkan kebersihan mulut yang baik, termasuk menggosok gigi dua kali sehari dan membersihkan gigi dengan benang setiap hari.

Dengan penjagaan gigi yang betul, veneer gigi mampu bertahan sekitar 10 tahun. Selepas tempoh ini, ia mungkin sudah perlu digantikan.

Berapa lama veneer boleh bertahana adalah berbeza-beza berdasarkan bahan yang digunakan oleh doktor gigi dan seberapa baik individu menjaganya. Jadi, individu terbabit boleh berbincang dengan doktor gigi mengenai jangka masa yang diperlukan untuk mengganti veneer gigi mereka seterusnya.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/dental-veneers

https://www.webmd.com/oral-health/guide/veneers#1

https://www.healthline.com/health/dental-veneers

https://www.aspendental.com/dental-services/cosmetic-dentistry/dental-veneers

error: Content is protected !!