jabatan perubatan hospital
Sebuah hospital menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berbeza mengikut keutamaan pesakit berdasarkan di jabatan yang mereka ada. Hospital juga mungkin mempunyai perkhidmatan akut seperti jabatan kecemasan atau pusat trauma pakar, unit luka bakar, pembedahan, atau rawatan segera.

Sebuah hospital menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berbeza mengikut keutamaan pesakit berdasarkan di jabatan yang mereka ada. Hospital juga mungkin mempunyai perkhidmatan akut seperti jabatan kecemasan atau pusat trauma pakar, unit luka bakar, pembedahan, atau rawatan segera. Ini kemudian mungkin disokong oleh unit yang lebih pakar seperti kardiologi atau unit rawatan koronari, unit rawatan intensif, neurologi, pusat kanser, dan obstetrik serta ginekologi.

Selain itu, beberapa hospital juga akan mempunyai jabatan pesakit luar sementara yang lain mungkin mempunyai unit rawatan kronik seperti perkhidmatan kesihatan tingkah laku, pergigian, dermatologi, wad psikiatri, perkhidmatan pemulihan (rehab), dan terapi fizikal.

Dalam artikel ini, anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan jabatan-jabatan yang ada di sebuah hospital. Tetapi, ketahui bahawa maklumat ini mungkin tidak lengkap dan boleh berubah mengikut hospital tertentu, jadi untuk mendapatkan maklumat yang lengkap, dapatkan info daripada hospital tersebut di laman webnya atau hubungi talian tertentu yang disediakan di laman web mereka.

Kandungan

  1. Anestesiologi
  2. Bariatrik
  3. Kardiologi
  4. Dermatologi
  5. Endokrinologi
  6. Gastroenterologi
  7. ENT
  8. Hematologi
  9. Hepatologi
  10. Neurologi
  11. Onkologi
  12. Geriatrik
  13. Ginekologi
  14. Nefrologi
  15. Obstetrik
  16. Oftalmologi
  17. Ortopedik
  18. Pediatrik
  19. Psikiatri
  20. Radiologi
  21. Respiratori dan pulmonari
  22. Fisioterapi
  23. Reumatologi
  24. Urologi
  25. Pergigian
  26. Perubatan komplementari dan alternatif

Jabatan perubatan di hospital

Terdapat tafsiran yang berbeza ketika membicarakan mengenai jabatan yang ada dalam sesebuah hospital. Sama ada anda mengunjungi hospital untuk menjalani pembedahan mandatori atau pembedahan kosmetik seperti ‘rhinoplasty’, ada yang menganggap jabatan hospital sebagai wad pesakit dalam atau pesakit luar, sementara ada pula yang berpendapat bahawa jabatan bermaksud setiap unit dalam lingkungan perubatan.

Setiap jabatan mempunyai tugas dan kepakaran tersendiri. Walau bagaimanapun, ada kalanya, 2 buah jabatan atau lebih mungkin perlu bekerjasama dalam menangani masalah berkaitan untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.

Jadi, jom kita ketahui lebih lanjut tentang setiap jabatan.

Anestesiologi

Jabatan ini menguruskan pemberian anestesia untuk pesakit bagi pelbagai prosedur dan pembedahan. Antara anestesia yang digunakan adalah seperti anestesia umum, anestesia sedatif dan anestesia serantau. Mereka menyediakan perkhidmatan berikut seperti:

  • Perkhidmatan sakit akut selepas pembedahan
  • Perkhidmatan kesakitan kronik
  • Perkhidmatan penjagaan kritikal
  • Anestesia dan analgesia obstetrik

Bariatrik

Jabatan ini menawarkan penyelesaian pembedahan kepada pesakit yang mengalami masalah obesiti. Ia kini menawarkan pintasan gastrik laparoskopi, ‘laparoscopic biliopancreatic diversion’ dengan suis duodenum dan gastrektomi lengan laparoskopi. Selanjutnya, ia juga ada menyediakan pembedahan semula bagi pesakit yang pernah menjalani prosedur bariatrik pada masa lalu.

Kardiologi

Jabatan ini menangani masalah yang berkaitan dengan jantung manusia atau peredaran darah. Ia merawat individu secara rawatan pesakit biasa atau pesakit luar. Beberapa prosedur merangkumi:

  • Ujian elektrokardiogram (ECG) dan ujian latihan
  • Imbasan ultrabunyi
  • Ujian tekanan darah 24 jam
  • Kemasukan alat pacu jantung
  • Angiografi koronari
  • Pembedahan jantung
  • Diagnosis dan rawatan perubatan

Dermatologi

Jabatan ini menyediakan penjagaan menyeluruh bagi individu yang mencari jawapan mengenai keadaan dan penyakit kulit, selaput lendir, rambut dan kuku mereka. Mereka juga akan bekerja rapat dengan anda dan pasukan penjagaan kesihatan anda untuk memahami dan menangani keperluan dermatologi anda bagi memberikan pelan rawatan terbaik.

Endokrinologi

Jabatan ini menilai hubungan antara pemakanan dan penyakit manusia untuk memperbaiki dan menjaga kesihatan seseorang, dan dilengkapi untuk merawat pelbagai gangguan dan masalah berkaitan endokrin. Mereka bekerjasama dengan pakar dalam oftalmologi, ‘otolaryngology’, onkologi radiasi, pembedahan, obstetrik, transplantasi dan bidang khusus lain untuk memberikan pendekatan pelbagai disiplin bagi menangani masalah perubatan individu.

Gastroenterologi

Jabatan ini berkaitan dengan perubatan berkaitan usus. Ia biasanya dijalankan oleh perunding profesional yang mana mereka akan menyiasat dan merawat penyakit gastrousus atas dan bawah. Selain itu, rawatannya juga merangkumi penyakit pankreas dan sistem saluran empedu. Malah, ia juga ada melibatkan perkhidmatan endoskopi dan pemakanan.

ENT

Jabatan ini menangani penyakit yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak. Ia merangkumi rawatan pelbagai penyakit seperti:

  • Penyakit telinga, hidung dan tekak umum
  • Benjolan pada leher
  • Kanser di kawasan kepala dan leher
  • Luka di kulit muka
  • Gangguan keseimbangan dan pendengaran
  • Berdengkur dan apnea tidur
  • Penyakit kelenjar air liur
  • Prosedur pembedahan ENT

Hematologi

Jabatan ini boleh menjadi sebahagian daripada makmal hospital atau bekerjasama rapat dengan makmal hospital. Ini merangkumi kajian etiologi, diagnosis, rawatan, prognosis dan pencegahan penyakit darah yang boleh mempengaruhi pengeluaran darah dan komponennya. Ini termasuklah sel darah, hemoglobin, protein darah dan mekanisme pembekuan. Selain itu, mereka juga menjalankan kajian onkologi yang merupakan rawatan perubatan kanser.

Hepatologi

Jabatan ini menyediakan rawatan menyeluruh untuk semua penyakit hati akut dan kronik, termasuk hepatitis, hati berlemak, sirosis dan kanser. Pakar dalam bidang hepatologi, radiologi, patologi, pembedahan hati dan kepakaran lain akan bekerjasama dengan rapat untuk menyesuaikan pelan rawatan dengan keperluan khusus anda.

Neurologi

Jabatan ini menyiasat dan merawat pesakit untuk masalah yang boleh mempengaruhi otak dan saraf tunjang mereka. Prosedur pembedahan pada otak dan saraf tunjang adalah sangat berbahaya dan memerlukan doktor dan jururawat yang berkelayakan dan berpengalaman. Komponen pemeriksaan neurologi merangkumi penilaian fungsi kognitif pesakit, saraf ‘cranial’, kekuatan motor, sensasi, refleks, koordinasi dan kelajuan.

Onkologi

Jabatan ini menyiasat dan merawat semua jenis kanser serta menyediakan pelbagai jenis rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk tumor kanser dan gangguan darah. Selain itu, onkologi biasanya dikaitkan dengan semua jabatan lain kerana rujukan dapat dibuat kepada jabatan ini apabila satu jabatan tidak dapat mendiagnosis masalah pesakit tersebut.

Geriatrik

Jabatan ini biasanya dikendalikan oleh doktor yang pakar dalam perubatan geriatrik. Selain itu, mereka juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan masyarakat seperti penjagaan paliatif dan sering dihubungkan dengan pusat komuniti lain. Memangkan golongan warga tua boleh mengalami pelbagai penyakit di usia ini, mereka boleh mendapatkan rawatan untuk keadaan seperti:

  • Strok
  • Gastroenterologi
  • Diabetes
  • Masalah kawalan badan
  • Masalah pergerakan
  • Pengsan (syncope)
  • Penyakit tulang

Ginekologi

Jabatan ini menangani penyelidikan dan rawatan bagi masalah berkaitan saluran kencing dan sistem pembiakan wanita. Kemandulan, inkontinensia dan endometritis adalah beberapa masalah yang boleh ditangani. Perkhidmatan lain termasuklah pemeriksaan serviks dan pemeriksaan pendarahan pasca menopaus.

Obstetrik

Jabatan ini menyediakan penjagaan pranatal, bantuan obstetrik dan penjagaan ibu untuk wanita dan saudara mereka. Pesakit yang dimasukkan ke jabatan tersebut adalah wanita yang sihat dan wanita dengan komplikasi perubatan dan obstetrik, serta wanita yang mengalami masalah psiko-sosial.

Nefrologi

Jabatan ini memantau dan menilai pesakit yang mengalami masalah buah pinggang. Pakar nefrologi (pakar buah pinggang) akan berhubung dengan pasukan pemindahan sekiranya pemindahan buah pinggang diperlukan. Mereka juga akan mengawasi unit dialisis bagi individu yang sedang menunggu pemindahan buah pinggang atau mereka yang tidak dapat melakukan prosedur ini disebabkan faktor lain.

Oftalmologi

Jabatan ini menangani penyelidikan dan rawatan berkenaan masalah mata bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Perkhidmatan mereka merangkumi:

  • Pemeriksaan mata secara umum
  • Rawatan laser
  • Optometri
  • Orthoptik
  • Perkhidmatan mata prostetik
  • Pengimejan ‘ophthalmic’

Ortopedik

Jabatan ini menangani masalah yang boleh mempengaruhi sistem berkaitan otot, ligamen, tulang dan tendon. Perkhidmatan yang dilakukan merangkumi penetapan tulang, pembedahan untuk memperbaiki tulang, ligamen atau tendon yang rosak, menggantikan tulang seperti penggantian pinggul dan banyak lagi.

Psikiatri

Jabatan ini beroperasi dengan menyiasat dan merawat pesakit dengan pelbagai penyakit dan gangguan mental. Beberapa perkhidmatan merangkumi:

  • Kaunseling psikososial
  • Penyiasatan, diagnosis dan rawatan penyakit psikiatri
  • Menjalankan ujian IQ
  • Perkhidmatan ‘deaddiction’

Radiologi

Jabatan ini adalah tempat di mana ujian pencitraan dilakukan. X-ray, imbasan CT, imbasan MRI, ultrabunyi hanyalah beberapa prosedur diagnostik yang dilakukan dalam jabatan ini. Jabatan radiologi adalah jabatan perkhidmatan penuh sangat khusus yang berusaha untuk memenuhi semua keperluan pesakit dan doktor dalam bahagian pengimejan diagnostik dan terapi berpandukan gambar.

Respiratori dan Pulmonari

Jabatan ini memberikan penilaian berpusatkan pesakit dan rawatan gangguan dan keadaan paru-paru dalam keadaan rawatan pesakit biasa dan pesakit luar. Ia memberi tumpuan untuk membantu individu dengan masalah pernafasan yang melibatkan paru-paru dan saluran ‘bronchial’.

Psikoterapi

Jabatan ini beroperasi dengan tujuan untuk memulihkan pergerakan pesakit. Kebanyakannya dihubungkan dengan jabatan ortopedik kerana jabatan ini menawarkan pelbagai jenis terapi penyembuhan badan yang membantu pesakit kembali berfungsi dengan normal.

Reumatologi

Jabatan ini merawat pesakit untuk gangguan muskuloskeletal seperti tulang, sendi, ligamen, tendon, otot dan saraf. Mereka akan meninjau hasil ujian sebelumnya yang telah dilakukan pada pesakit dan boleh memerintahkan ujian makmal tambahan untuk menilai keradangan dan/ atau pengeluaran antibodi tambahan dalam aliran darah atau ujian radiografi (sinar-X, ultrabunyi, imbasan CT atau MRI) untuk menilai keabnormalan muskuloskeletal.

Urologi

Jabatan ini dikendalikan oleh pakar bedah urologi dan bertugas untuk menyiasat kawasan yang berkaitan dengan keadaan buah pinggang dan pundi kencing. Ia dipimpin oleh pakar bedah yang dapat melakukan perkhidmatan tertentu seperti:

  • Pemeriksaan ‘cystoscopy’ pundi kencing yang fleksibel
  • Penyelidikan urodinamik
  • Penilaian prostat dan biopsi
  • ‘Lithotripsy’ gelombang kejutan untuk memecahkan batu karang

Dentistry

Jabatan ini menyediakan rawatan klinikal bagi individu yang mempunyai masalah perubatan dan pergigian kronik yang boleh menghalangnya daripada mendapatkan rawatan pergigian di tempat lain. Mereka menyediakan perkhidmatan pencegahan, pemulihan dan ‘orthodontic’ di bawah anestesia tempatan dan umum bersama dengan rawatan pergigian rutin.

Perubatan komplementari dan alternatif

Jabatan ini menggunakan produk perubatan dan melaksanakan amalan yang bukan merupakan sebahagian daripada rawatan perubatan standard. Perubatan pelengkap adalah rawatan yang digunakan bersama rawatan perubatan standard tetapi tidak dianggap sebagai rawatan standard seperti akupunktur. Selain itu, perubatan alternatif pula adalah rawatan yang digunakan berbanding rawatan perubatan standard.

SUMBER

https://www.disabled-world.com/definitions/hospital-departments.php

https://www.gilberter.com/2019/11/07/departments-in-a-hospital/

https://www.slideshare.net/rheashivan/different-departments-required-in-a-hospital

Summary
Jabatan perubatan hospital
Article Name
Jabatan perubatan hospital
Description
Sebuah hospital menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berbeza mengikut keutamaan pesakit berdasarkan jabatan perubatan hospital yang mereka ada.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: