nasi putih
Nasi putih adalah bijirin berkanji yang digunakan sebagai makanan asasi hampir separuh populasi dunia disebabkan fleksibiliti, ketersediaan, dan kemampuannya

Nasi putih adalah bijirin berkanji yang digunakan sebagai makanan asasi bagi hampir separuh populasi dunia disebabkan fleksibiliti, ketersediaan dan kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan rasa dan perasa apa pun.

Malah, nasi putih juga mempunyai tekstur kenyal dan lembut yang menambahkan kandungan dan melengkapkan banyak masakan.

Terdapat banyak jenis beras dan cara penyediaan tersendiri, serta nilai pemakanannya juga adalah berbeza. Antara yang anda perlu ketahui ialah beras perang iaitu bijirin penuh manakala beras putih pula adalah bijirin halus dan makanan yang diproses.

Fakta Pemakanan Beras

Maklumat pemakanan berikut diberikan oleh USDA untuk 1 cawan (186g) nasi putih yang dimasak.

  • Kalori : 242
  • Sodium : 0 mg
  • Gula : 0 g
  • Karbohidrat : 53.4 g

Terdapat lebih daripada 53 gram karbohidrat dalam satu hidangan nasi putih. Hanya sedikit sahaja karbohidrat yang berasal dariada serat. Kebanyakannya adalah kanji dan hanya sebilangan kecil adalah gula.

  • Lemak : 0.4g

Lemak di dalam nasi hampir tiada langsung, dan ini boleh dikekalkan sebegini selagi anda memasaknya tanpa menambahkan minyak atau mentega.

  • Protein : 4.4g

Terdapat lebih daripada 4 gram protein dalam 1 cawan nasi putih, dan kira-kira 5 gram dalam hidangan beras perang yang sama.

  • Vitamin dan Mineral

Nasi boleh menjadi sumber vitamin B yang baik (termasuklah thiamin, niasin, dan riboflavin) dan zat besi. Ia juga merupakan sumber manganese dan magnesium yang sangat baik.

Kalori bagi Pengambilan Nasi

Ukuran catuan pengambilan yang betul untuk satu hidangan nasi putih yang dimasak adalah 1/2 cawan, iaitu kira-kira ukuran saiz seperti satu kek cawan.

Pilihan beras yang anda boleh cuba

Pilihan beras boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan ukuran biji. Beras boleh berupa bijian panjang, sederhana atau pendek. Dalam pilihan ini, terdapat juga pelbagai jenis proses yang anda akan ketahui.

Berikut adalah beberapa keistimewaan bagi jenis nasi yang lebih popular seperti:

  • Nasi Arborio, atau juga dikenali sebagai risotto adalah nasi putih berukuran pendek dengan rasa yang ringan. Ia terkenal kerana penggunaannya dalam masakan Itali.

  • Nasi melekit adalah beras pendek yang digunakan dalam kebanyakan masakan Asia. Ia juga dikenali sebagai pulut atau beras manis. Ia boleh digiling menjadi tepung dan digunakan menjadi ladu. Malah, jenis ini juga digunakan untuk membuat cuka beras dan sake Jepun.

  • Nasi beras perang adalah bijirin penuh yang kaya dengan serat dan biasanya memakan masa yang lebih lama untuk disediakan berbanding beras putih.
  • Nasi beras basmati dan beras melati adalah jenis bijirin panjang yang mempunyai rasa dan aroma yang unik.

  • Nasi liar adalah benih tumbuhan akuatik seperti mensiang. Ia biasanya digunakan sebagai lauk dan mempunyai lebih banyak vitamin, mineral, dan serat berbanding jenis beras putih.

  • Nasi pecan liar adalah beras panjang unik yang mempunyai rasa kacang dan aroma yang kuat.

Manfaat Kesihatan

Nasi boleh menjadi makanan seimbang, terutamanya jika anda memilih beras perang yang belum diproses. Banyak faedah kesihatan beras yang anda boleh dapatkan seperti vitamin dan mineral membantu dalam perkara-perkara seperti:

a) menyokong tulang, saraf, dan otot

b) meningkatkan kesihatan kolon

c) menurunkan risiko penyakit jantung

d) selamat diambil untuk individu dengan penyakit seliak

e) membekalkan tenaga yang pantas

Adakah nasi putih menyihatkan?

Nasi putih sering dikatakan tidak sihat dan boleh diganti kepada nasi perang dalam beberapa keadaan. Namun begitu, berbeza pula pada ibu mengandung. Ibu mengandung yang makan nasi putih boleh mendapat khasiat asid folik tambahan daripada nasi putih.

Manakala, individu yang melakukan diet rendah serat atau orang dewasa yang mengalami simptom mual atau pedih hulu hati mungkin merasakan nasi putih lebih mudah untuk dihadam dan tidak menyebabkan simptom yang menyebabkan ketidakselesaan bertambah teruk.

Meskipun begitu, beras perang merupakan pilihan beras yang lebih baik kerana ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral, asid amino penting dan sebatian berasaskan tumbuhan.

Ia juga mengandungi GI (glycemic index) rendah, di mana karbohidrat dicerna dengan perlahan menjadi gula dalam darah, jadi beras perang adalah pilihan yang sangat sesuai untuk individu yang mengalami diabetes dan pradiabetes.

SUMBER

https://www.verywellfit.com/rice-nutrition-facts-calories-and-health-benefits-4119792

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition-pictures/picturing-proper-portion-sizes.aspx

https://www.healthline.com/nutrition/is-white-rice-bad-for-you#yes-or-no

Summary
Semua Tentang Nasi Putih
Article Name
Semua Tentang Nasi Putih
Description
Nasi putih adalah bijirin berkanji yang digunakan sebagai makanan asasi hampir separuh populasi dunia disebabkan fleksibiliti, ketersediaan, dan kemampuannya
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: