Semua Tentang Minuman Jus Cranberry Yang Menyihatkan!
Anda mungkin pernah mendengar bahawa jus cranberry dapat membantu dalam masalah jangkitan saluran kencing (UTI), tetapi itu bukan satu-satunya faedah yang ditawarkan.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa mengambil jus cranberry dapat membantu dalam masalah jangkitan saluran kencing (UTI), tetapi itu bukan satu-satunya faedah yang ditawarkan.

Tahukah anda bahawa buah cranberry kaya dengan nutrien penting untuk membantu tubuh mencegah jangkitan dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan. Dalam sejarah, mereka telah digunakan untuk merawat:

  • masalah kencing
  • sakit perut
  • masalah hati

Seperti kebanyakan buah lain, anda mendapati bahawa tahap nutrisinya yang tertinggi adalah apabila anda mengambil cranberry secara keseluruhan. Tetapi, jusnya masih bermanfaat juga.

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana minum jus cranberry ini dapat memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Apakah itu jus cranberry?

Jus Cranberry dibuat daripada buah cranberry, iaitu salah satu buah asli Amerika Utara. Nama Latin untuk tanaman cranberry adalah Vaccinium macrocarpon.

Seterusnya, ia juga digunakan untuk membuat pelbagai jenis sos dan koktel. Koktel biasanya mengandungi kira-kira 30 peratus jus cranberry tulen yang dicampurkan dengan pemanis buatan atau fruktosa. Kira-kira satu liter jus dapat diekstrak daripada 1500 gram cranberry segar.

Nilai nutrisi

Menurut Pangkalan Data Nutrisi USDA, jus cranberry mempunyai banyak antioksida dan vitamin. Ia kaya dengan vitamin C dan asid salisilik. Dari segi mineral pula, ia mengandungi kalsium, magnesium, zat besi, fosforus dan potassium. Malah, ia juga mengandungi vitamin B seperti thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan juga vitamin E (alpha-tocopherol). Nutrien lain dalam jus cranberry termasuklah sodium, zink, vitamin A, folate dan vitamin K (phylloquinone).

Dengan kurang kalori bagi setiap cawan dan kandungan air yang tinggi (87%), jus buah ini sangatlah sesuai diamalkan dalam garis panduan diet anda. Ia juga memiliki jumlah antioksida yang luar biasa jika dibandingkan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan lain, seperti brokoli, bayam atau epal.

Manfaat kesihatan jus cranberry

Cranberry sebenarnya adalah buah serbaguna kelebihan kesihatan yang banyak. Kualiti terapeutiknya telah dikenal pasti sejak beratus-ratus tahun.

Sekarang, mari kita lihat bagaimana jus cranberry adalah bermanfaat bagi kita.

– Mencegah jangkitan saluran kencing (UTI)

Cranberry mengandungi proanthocyanidins, iaitu kelas sebatian yang biasanya terdapat pada tumbuhan. Ianya dipercayai bahawa sebatian ini dapat membantu mencegah UTI dengan menghentikan bakteria yang melekat pada lapisan saluran kencing. Sekiranya bakteria tidak dapat tumbuh dan menyebar, jangkitan tersebut tidak dapat berkembang.

Malangnya, penyelidikan mengenai jus cranberry mempunyai keputusan yang bercampuk aduk. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ianya berkesan dalam mengurangkan risiko UTI, sementara yang lain pula mendapati yang sebaliknya. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan faedah yang tepat.

– Meningkatkan kesihatan jantung

Kajian menunjukkan bahawa pelbagai ramuan dalam jus cranberry dapat meningkatkan kesihatan jantung. Cranberry mengandungi bahan kimia tinggi yang disebut polyphenols yang boleh menyokong kesihatan jantung. Kajian pada 2011 bagi wanita dengan sindrom metabolik mendapati bahawa jus cranberry meningkatkan antioksida dalam plasma darah. Individu yang minum jus cranberry juga mempunyai kurang lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau kolesterol “buruk”.

Satu lagi kajian pada tahun 2011 mendapati bahawa jus cranberry dapat meningkatkan kesihatan pada individu dengan penyakit arteri koronari.

– Menyokong kesihatan pencernaan

Sebatian sama yang membantu melindungi jantung juga boleh meningkatkan fungsi sistem pencernaan anda. Menurut kajian 2016 yang diterbitkan dalam ‘Journal of Research in Pharmacy Practice’, ia dapat mencegah bakteria Helicobacter pylori (H. pylori) tumbuh dan membiak di lapisan perut.

Ini adalah penting kerana apabila H. pylori dibiarkan tumbuh tanpa kawalan, ulser perut mungkin terbentuk. Kajian pada haiwan pula menunjukkan bahawa antioksida dan bahan anti-radang lain dalam cranberry juga dapat memberikan perlindungan terhadap kanser usus besar. Walau bagaimanapun, ianya tidak diketahui jika kesan sama dapat diperoleh daripada jus cranberry.

– Mencegah kerosakan gigi

Menurut kajian penyelidikan baru, jus cranberry membantu mencegah kaviti gigi. Proanthocyanidine, sebatian kimia yang terkandung dalam cranberry boleh mencegah bakteria berbahaya daripada melekat pada gigi. Unsur-unsur ini menghalang penghasilan asid serta melindungi gigi daripada penyakit periodontal hanya dengan mengelakkan perkembangan plak. Kebersihan mulut yang baik, digabungkan dengan pengambilan cranberry boleh mengganggu mekanisme patogen gigi dan biasanya memberikan kesihatan gigi yang baik.

– Membantu dalam proses penurunan berat badan

Jus cranberry hadir dengan kesan pengemulsi pada lemak yang disimpan di dalam badan yang seterusnya boleh membantu melangsingkan badan. Disebabkan kandungan seratnya, individu mempunyai kecenderungan untuk kekal kenyang untuk jangka waktu yang lebih lama.

– Mencegah kanser

Cranberry mempunyai proanthocyanidins, yang menghalang perkembangan banyak sel kanser. Penyelidikan telah mengesyorkan agar diet yang penuh dengan flavonoid berperanan penting dalam mengurangkan kemungkinan kanser dan kematian akibat penyakit ini. Jus cranberry mengandungi unsur-unsur anti-karsinogenik yang menghalang perkembangan sel kanser, terutama yang berkaitan dengan kanser usus besar dan prostat.

Kesan sampingan yang berkemungkinan berlaku

Beberapa penyelidikan mendapati bahawa jus cranberry mungkin boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan tertentu. Satu kebimbangan adalah ia dapat meningkatkan kesan ubat penipis darah yang disebut warfarin.

Penyelidikan mengenai ubat lain pula adalah kurang konsisten. Walau bagaimanapun, penyelidikan awal menunjukkan adanya kemungkinan interaksi antara cranberry dan:

  • cyclosporine
  • flurbiprofen
  • diclofenac
  • amoxicillin
  • ceflacor
  • midazolam
  • tizanidine

Individu yang mengambil ubat ini atau ubatan lain harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil jus cranberry. Doktor mungkin perlu memantau dos dan kesan ubat-ubatan berbanding mengelakkan pengambilan jus cranberry sepenuhnya.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/cranberry-juice-benefits

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322731

https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-cranberry-juice.html

https://www.healthbenefitstimes.com/health-benefits-of-cranberry-juice/

Summary
Semua Tentang Minuman Jus Cranberry Yang Menyihatkan!
Article Name
Semua Tentang Minuman Jus Cranberry Yang Menyihatkan!
Description
Anda mungkin pernah mendengar bahawa jus cranberry dapat membantu dalam masalah jangkitan saluran kencing (UTI), tetapi itu bukan satu-satunya faedah yang ditawarkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: