Piramid makanan
Piramid makanan mempunyai 4 peringkat yang mewakili 5 kumpulan makanan harian. Dari peringkat paling bawah sehingga yang paling atas, kadar pengambilan bagi setiap kumpulan makanan tersebut menjadi semakin kecil. Ini menunjukkan bahawa individu perlu menerapkan pemakanan yang lebih berasaskan kumpulan makanan di bawah dan sebaliknya.

Piramid makanan mempunyai 4 peringkat yang mewakili 5 kumpulan makanan harian. Dari peringkat paling bawah sehingga yang paling atas, kadar pengambilan bagi setiap kumpulan makanan tersebut menjadi semakin kecil. Ini menunjukkan bahawa individu perlu menerapkan pemakanan yang lebih berasaskan kumpulan makanan di bawah dan sebaliknya.

piramid makanan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik dengan rakyat berbilang kaum yang hidup bersama-sama sejak dahulu kala. Ini bukan sahaja menarik perhatian para pelancong, malah ia juga membuatkan orang luar tertarik dengan hidangan makanan yang pelbagai di sini.

Dengan variasi makanan sebegini, pastinya ia menjadi sukar untuk kita mengambil makanan dengan cara yang seimbang. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Peringkat dalam Piramid Makanan

Bagi mereka yang baru sahaja memulakan diet yang sihat, jom ketahui lebih lanjut tentang piramid makanan yang dicipta bagi memudahkan pemahaman anda berkenaan cara pemakanan yang seimbang.

Sekarang, jom kenali setiap peringkat dalam piramid makanan.

Peringkat Piramid Makanan 1 (paling bawah)

– Sayur-sayuran dan Buah-buahan (sumber fiber, vitamin dan mineral)

Individu digalakkan mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kedua-duanya sangat berkhasiat dalam aspek kesihatan seperti dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti diabetes, jenis kanser tertentu dan lain-lain lagi. Sebaiknya, ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan sehari. Jika anda kurang menggemari mana-mana kumpulan makanan ini, pelbagaikan variasi makanan tersebut dahulu dan anda mungkin akan menemukan sesuatu yang anda sukai.

Peringkat Piramid Makanan 2

– Bijirin (sumber karbohidrat)

Sebagai seorang rakyat Malaysia, sumber karbohidrat yang paling banyak diambil sudah semestinya nasi dan roti. Walaupun ia sudah menjadi satu kebiasaan untuk diambil sebagai sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam, namun pengambilannya haruslah mengikut saiz yang sesuai. Bagi pilihan yang lebih sihat, pilih produk berasaskan bahan organik seperti beras perang, roti ‘wholemeal’, oat, barli dan sebagainya.

Peringkat Piramid Makanan 3

– Daging, Ikan dan Tenusu (sumber protein dan lemak)

Masyarakat Asia sememangnya sudah terbiasa dengan makanan seperti ayam, ikan, daging dan telur sebagai sumber protein harian mereka. Namun, tahukah anda bahawa sumber protein sebegini mempunyai kadar kalori yang tinggi dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan jika ia tidak dikawal dengan baik? Jadi, seperti sumber makanan lain, pilih bahan makanan yang organik dan kurangkan kekerapan pengambilannya jika boleh. Begitu juga dengan produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju. Ia boleh diambil tapi tidak secara kerap.

Peringkat Piramid Makanan 4 (paling atas)

– Minyak dan Lemak (sumber lemak)

Memandangkan sumber lemak ini merupakan peringkat paling atas dan mempunyai bahagian terkecil dalam piramid makanan, ini bermakna ia harus diambil dalam kadar yang sedikit. Sebagai contoh, minyak masak yang digunakan haruslah digantikan dengan minyak sihat seperti minyak zaitun, minyak sayuran dan sebagainya. Elakkan juga makanan atau minuman yang bergaram atau bergula sebanyak mungkin kerana ia sememangnya tidak berkhasiat dan tidak bermanfaat buat badan anda.

Bagaimana untuk memulakan diet yang sihat?

Memulakan diet yang sihat memerlukan disiplin diri yang kuat agar anda tidak kembali ke gaya hidup anda yang dahulu. Berikut adalah beberapa petua yang anda boleh cuba dalam menerapkan cara pemakanan baharu dalam hidup anda.

1. Amalkan diet suku suku separuh

suku-suku separuh

Sebagai pemula, anda boleh amalkan diet suku suku separuh untuk memudahkan pengambilan makanan harian anda. Ianya semudah memastikan makanan dalam pinggan anda mengandungi khasiat yang mencukupi berdasarkan keperluan anda.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan memandangkan kedua-duanya sememangnya sangat berkhasiat dan diperlukan oleh badan. Di samping itu, pastikan makanan berprotein anda tidak melebihi makanan lain kerana sumber protein pastinya mempunyai kadar kalori yang lebih tinggi berbanding makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Piramid Makanan

2. Gantikan protein haiwan dengan protein tumbuhan

Sumber protein pastinya paling susah untuk dikawal memandangkan ia adalah makanan harian kita sejak dahulu lagi. Jadi, sebagai alternatif, anda mungkin boleh menggantikan protein haiwan kepada protein tumbuhan. Ini termasuklah bijian, kacang dan tofu yang masih mengenyangkan tetapi pada masa yang sama mempunyai lebih banyak manfaat bagi kesihatan berbanding sumber protein biasa seperti produk tenusu, telur, daging dan ikan.

3. Minum air kosong dengan mencukupi

Bagi mengelakkan badan daripada mengalami dehidrasi, pastikan anda mengambil 8 gelas air sehari. Selain itu, pilih air kosong berbanding air manis, air bersoda dan lain-lain. Air kosong bukan sahaja baik kerana tidak mengandungi gula, malah ia juga mempunyai kelebihan lain seperti membuatkan kulit anda kelihatan lebih segar dan membantu proses pembuangan toksin dalam badan.

4. Elakkan makanan dan minuman berproses serta mengandungi kandungan garam, gula dan lemak tepu yang tinggi

Bagi individu yang sibuk, makanan dan minuman segera pastinya menjadi pilihan utama dalam kehidupan seharian. Sekarang, anda sudah boleh memesan hidangan atas talian dan menunggu sahaja sebelum ia dihantar terus ke rumah anda. Jadi, ini secara tidak langsung mengganggu cara pemakanan sihat dan seimbang yang seharusnya anda terapkan. Justeru itu, elakkan pemakanan seperti sosej, makanan bergoreng, minuman manis, minuman bersoda dan yang lain.

SUMBER

http://www.myhealth.gov.my/en/malaysian-food-pyramid-2/https://www.safefood.eu/Healthy-Eating/The-Food-Pyramid-and-The-Eatwell-Guide/The-Food-Pyramid.aspx

Summary
Piramid makanan
Article Name
Piramid makanan
Description
Piramid makanan dicipta bagi memudahkan pemahaman masyarakat berkenaan cara pemakanan yang seimbang. Ia membantu kita mengekalkan gaya hidup sihat berdasarkan jumlah pemakanan yang disarankan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: