semakan telefon percuma

Perkongsian kali ini adalah khas buat pelajar dan ibubapa dalam golongan B40, kerana kami akan kongsikan dengan anda mengenai semakan telefon percuma YTL.

YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia dan telah melancarkan sokongan telefon B40 percuma untuk membantu pelajar sekolah rendah dan menengah yang tidak mempunyai peralatan atau gajet dan internet untuk belajar di rumah.

Guru juga boleh mencalonkan pelajar yang berkelayakan, terutamanya pelajar berada didalam kumpulan B40. Ibu bapa juga boleh memohon bantuan telefon pintar sendiri.

Ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G yang juga dilengkapkan dengan bantuan data internet percuma dilengkapi dengan 120GB selain pemberian sumber pelajaran kepada para pelajar sekolah kerajaan.

PERMOHONAN TELEFON PERCUMA

Sebelum anda boleh membuat semakan telefon percuma ini, anda perlulah membuat permohonan terlebih dahulu.

Untuk membuat permohonan, borang pencalonan di bawah perlu diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum mendaftar, sila bersedia dengan maklumat berikut:

  1. Nama dan nombor kad pengenalan pelajar
  2. Nombor kad pengenalan atau nombor mykad anda
  3. Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa

Borang pencalonan di pautan bawah ini perlulah diisi bersama dengan maklumat murid dan ibu bapa.

Kriteria berikut mestilah dipenuhi oleh guru bagi membuat permohonan:

  1. Guru yang terlibat mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan.
  2. Calon pelajar yang layak mendapat bantuan telefon percuma ialah pelajar yang terdiri daripada golongan keluarga B40 yang memerlukan bantuan segera
  3. Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut bekerja.
  4. Ibu bapa, pelajar, dan juga guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.

Proses permohonan hendaklah diikuti oleh ibu bapa serta maklumat terperinci dikemukakan dan memuat naik dokumen di bawah :

  • Satu salinan MyKad ibubapa
  • Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • Sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40, anda juga perlu memuat naik bukti bahawa anda adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima, maklumat di atas diperlukan.

Notifikasi emel berkenaan penghantaran telefon pintar percuma untuk golongan b40 akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan.

Agar proses pendaftaran berjalan lancar, maklumat yang diisi hendaklah dipastikan betul dan lengkap.

SEMAKAN TELEFON PERCUMA

Setelah anda membuat permohonan dan permohonan anda telah diterima, barulah anda boleh membuat semakan telefon percuma YTL ini.

semakan telefon percuma

Terdapat dua cara yang mudah untuk anda buat semakan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan telefon percuma anda.

1. Semakan secara atas talian

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan secara atas talian atau online:

  1. Anda perlu layari laman web rasmi YTL di https://lcs.yes.my
  2. Pada bahagian Pilih Inisiatif, anda boleh memilih SIM Percuma Dengan Data, Telefon Percuma Dengan SIM, SIM Percuma ICSS, ataupun SIM Percuma Universiti.
  3. Untuk semakan telefon percuma, anda perlu pilih Telefon Percuma Dengan SIM.
  4. Kemudian, masukkan nombor IC ibu bapa yang didaftarkan semasa membuat permohonan.
  5. Masukkan nombor MyKad atau MyKid murid yang dicalonkan.
  6. Klik pada butang Hantar, dan semakan status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.

2. Semakan menerusi emel

Guru akan menerima status permohonan telefon pintar untuk calon pelajar tersebut melalui emel. Status permohonan sama ada lulus ataupun gagal boleh disemak melalui emel yang dihantar pada alamat emel yang didaftarkan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai program bantuan telefon percuma ini, anda bolehlah layari https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/ untuk melihat soalan lazim dan jawapan mengenai program ini.

Kami berharap, perkongsian artikel kali ini memberi manfaat buat anda semua yang membaca.

Sumber:

https://www.terkinisemasa.com/2021/02/cara-mohon-dan-semakan-telefon-pintar.html

https://portalsemakan.com/semakan-telefon-percuma/

https://mypt3.com/telefon-pintar-percuma-b40

Summary
Semakan Telefon Percuma YTL Untuk Pelajar B40
Article Name
Semakan Telefon Percuma YTL Untuk Pelajar B40
Description
Perkongsian kali ini adalah khas buat pelajar dan ibubapa dalam golongan B40, kerana kami akan kongsikan dengan anda mengenai semakan telefon percuma YTL.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: