Semakan MRSM Tingkatan 1 2020

Semakan MRSM Tingkatan 1 2020 kini lebih senang dan tidak serumit yang anda sangkakan. Keputusan masuk ke MRSM adalah situasi yang menggentarkan. Oleh itu anda tidak perlu bimbang kerana artikel ini akan membantu anda dengan cara untuk semakan MRSM Tingkatan 1 2020.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sekolah asrama penuh ada hampir di setiap negeri di Malaysia

MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh MARA dalam bidang latihan dan Pendidikan untuk kebaikan orang ramai.

Untuk makluman anda semua, semakan MRMS tingkatan 1 2020 kini boleh dibuat secara atas talian, dan juga melalui SMS. Kepada para pelajar yang memohon untuk masuk ke dalam sekolah asrama ini adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman terkini dari portal rasmi MARA.

Dari portal tersebut, anda akan dapat mengetahui tarikh rasmi semakan MRSM tingkatan 1 2020 dan tahun lain.

Berikut adalah cara semak tawaran tingkatan 1 MRSM:

  1. Gunakan ID yang anda telah daftarkan untuk log masuk dan keputusan akan dipaparkan.
  2. Ia juga adalah sistem yang sama untuk membuat rayuan.
  3. Jika anda telah mendapat tawaran, anda perlu mencetak surat tawaran tersebut.
  4. Kemudiannya anda perlu sahkan penerimaan/penolakan tawaran yang anda terima dalam tempah masa yang telah ditetapkan  menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal MARA. Untuk pemohon yang tidak membuat sedemikian, anda akan dianggap menolak tawaran untuk memasuki MRSM.
  5. Bagi calon yang tidak berjaya, anda hanya boleh membuat rayuan secara atas talian, kerana hanya permohonan yang dibuat di atas talian sahaja akan dipertimbangkan untuk pengambilan yang seterusnya dan bergantung kepada kekosongan tempat.
  6. Selain daripada itu, anda yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi SMS atau emel yang telah didaftarkan semasa anda membuat permohonan.

Susulan pembatalan ujian UPSR dan PT3, kini sesiapa yang memohon untuk masuk ke MRSM perlu mengambil ujian taksiran Ujian Kecenderungan Kemasukkan (UKKM). Jika permohonan anda telah berjaya, anda akan menerima SMS atau emel untuk meminta anda hadir dan menduduki UKKM.

Mengikut berita terkini, semakan keputusan UKKM / tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2021 boleh disemak secara berperingkat mulai 10 Mac 2021. Pengumuman penting itu telah diumumkan oleh (MARA). Untuk kemasukan pada tahun ini, pihak MARA akan mengambil kira 2 kriteria penting seperti berikut:

  • Pemohon lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab; dan
  • Merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga pemohon

Mengikut maklumat oleh pihak MARA, agensi tersebut akan masih mengekalkan kuota 60% pelajar yang diambil dari kalangan keluarga berpendapatan rendah B40.

Keutamaan juga akan diberikan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. Keputusan sebegini oleh pihak agensi adalah untuk memastikan pelajar dari keluarga B40 dapat meneruskan pengajian mereka di MRSM dan MARA akan juga meneruskan program BUDI MARA untuk membantu pelajar tersebut.

Melalui program BUDI MARA, pelajar yang terpilih akan mendapat bantuan kewangan dalam bentuk tunai sebanyak RM1,100 yang merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya.

Akhir kata, jika anda tidak berjaya untuk masuk ke MRSM, jangan kecewa, kerana ini bukan pengakhiran. Sebaliknya anda harus ingat untuk sentiasa berusaha mempertingkatkan diri walau di mana sekalipun anda berada.

Sumber artikel:

https://www.mysumber.com/mrsm-tawaran-form-1-4.html

https://www.infosentral.my/semakan-mrsm

https://www.ipendidikan.my/semakan-keputusan-mrsm-tingkatan-1.html

https://ecentral.my/semakan-mrsm-2021-ukkm/

Summary
Semakan MRSM Tingkatan 1 2020 dan Maklumat Penting
Article Name
Semakan MRSM Tingkatan 1 2020 dan Maklumat Penting
Description
Semakan MRSM Tingkatan 1 2020 kini lebih senang dan serumit yang anda sangkakan. Keputusan masuk ke MRSM adalah situasi yang menggentarkan. Oleh itu anda tidak perlu bimbang kerana artikel ini akan membantu anda dengan cara untuk semakan MRSM Tingkatan 1 2020.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: