semak nombor telefon

Truecaller telah mengembangkan pangkalan data dengan lebih dari 2 bilion nombor telefon dan anda boleh semak nombor telefon mana pun menggunakan pangkalan data ini dengan sangat mudah.

Ia menyimpan nombor telefon jika seseorang atau rakannya memasang aplikasi truecaller di telefon bimbitnya. Ini adalah perkhidmatan percuma yang sangat berguna dan luar biasa. Cukup lawati Truecaller.com dan masukkan nombor di bar carian. Dan ia akan menunjukkan hasilnya termasuk nama dan alamat e-mel jika terdapat dalam pangkalan data.

Anda juga boleh memasang aplikasi Truecaller pada Android, iPhone dan Windows Phone anda. Saya mencari beberapa nombor telefon bimbit rawak dan ia menunjukkan perincian kira-kira 30 peratus nombor.

Langkah-langkah Menggunakan Aplikasi TrueCaller Menggunakan Laptop:

1) Anda boleh layari web Truecaller.com

2) Log masuk truecaller menggunakan Google atau Microsoft.

3) Anda boleh memilih pelbagai negara berdasarkan number yang telah menghubungi anda. Seterusnya, masukkan number telefon dalam ruangan yang telah disediakan dan klik pada simbol carian.

4) Selamat mencuba! Nama dan alamat e-mel adalah antara butiran yang akan dipaparkan.

Langkah-langkah Menggunakan Aplikasi TrueCaller Menggunakan Telefon Bimbit:

1) Anda boleh memuat turun aplikasi ini di playstore untuk pengguna Android dan di App Store untuk pengguna Ios.

2) Lepas muat turun, buka aplikasi Truecaller.

3) Log masuk menggunakan nombor telefon anda.

4) Sahkan nombor telefon anda dan setuju dengan dasar privasi dan syarat perkhidmatan aplikasi truecaller.

5) One-time password (OTP) akan dihantar melalui nombor telefon yang telah anda masukkan sebentar tadi. Masukkan kod yang dihantar.

6) Cipta akaun truecaller dengan mengisi nama pertama, nama terakhir, email serta gambar.

7) Tekan Next pada bahagian personalize your experience.

8) Tekan Next lagi.

9) Tekan “Allow Permissions” atau skip sahaja.

10) Anda boleh masukkan nombor yang tidak dikenali pada ruang yang disediakan dan tekan butang cari.

Kini anda sudah mengetahui cara menyemak nombor telefon yang tidak dikenali menggunakan aplikasi Truecaller. Kongsi artikel ini kepada rakan-rakan atau saudara mara anda supaya mereka berhati-hati dalam mengangkat panggilan nombor yang tidak dikenali kerana kes penipuan scammer yang meningkat sejak akhir-akhir ini. Cegah sebelum kena!

Sumber:

https://mobile.asda.com/scoop/mobile-number-from-sim

https://www.lifewire.com/ways-to-find-a-cell-phone-number-online-3482156

http://www.pakistanhotline.com/2016/10/5-ways-to-find-details-about-unknown-mobile-numbers.html

Tagged: