harga pos j&t

J&T Express menyediakan aplikasi atau website untuk semak kadar harga pos J&T Express mengikut tempat yang anda ingin hantar. Kadar kos yang dikenakan adalah berpatutan dan dalam kemampuan dan pengguna.
J&T Express ialah sebuah syarikat penghantaran pantas dan menyedikan khidmat pengambilan (pick-up) dan penghantaran barang.


Cogan kata J&T “Express Your Online Business” merujukkan kepada teras untuk E-Commerce. Mereka mempunyai keupayaan dalam menghasilkan sebuah sistem IT yang canggih bagi menambah baik servis penghantaran dan khidmat pelanggan dengan servis yang lebih pantas dan efisyen. J&T Express juga mempunyai lebih dari 4000 buah pejabat, lebih 3000 drop point, 200 Gateaway dengan alatan pengedaran skala besar dan lebih 50 000 kakitangan.


Bagi memudahkan pelangan mereka jugak menyediakan aplikasi mudah alih yang dilengkapi dengan ciri menarik bagi pelanggan memantau pakej pada bila-bila masa. Pelanggan boleh muat turun aplikasi tersebut di

App Store https://apps.apple.com/my/app/j-t-malaysia/id1375858773
Google Play https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jtexpress.MyClient&hl=en

Kelebihan J&T:

  • Menyediakan talian 1300-80-9000 yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
  • Beroperasi 365 hari setahun untuk memastikan semua bungkusan pelanggan tiba tepat pada masanya.
  • Menyediakan perkhidmatan pick up yang cepat dan cekap dalam kawasan liputan negara.
  • Laman web dan aplikasi mudah alih yang canggih bagi memudahkan proses pemesanan dan penghantaran.
  • Rangkaian perkhidmatan J&T meliputi kesemua bandar dan pulau di seluruh Malaysia. Senerai lengkap kawasan liputan J&T Express (Malaysia) boleh didapati di www.jtexpress.my dan aplikasi J&T Express Malaysia.
  • Pelanggan boleh menjejak dan mengetahui status penghantaran dengan menggunakan kemudahan laman web dan aplikasi mudah alih di mana-mana sahaja.
  • Menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan VIP kami dengan memberi perkhidmatan penghantaran bungkusan yang
  • Menawarkan tuntutan tambahan bagi liputan yang luas, pantas dan cekap sambil menyampaikan jaminan yang lebih selamat kepada pelanggan
  • Memberi perkhidmatan premium kelas pertama kepada pelanggan kami dengan kadar harga yang berpatutan.

J&T Express juga menyedikan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan mereka seperti:

  • penghantaran Dosmestik
  • Penghantaran Antarabangsa
  • pengangkutan Laut
  • Multi-pieces Shipment

Kadar harga pos J&T Express berbeza mengikut Kawasan, berat serta jenis barang yang dihantar. Untuk menyemak kadar harga pos J&T anda hanya perlu pergi ke pautan ini www.jtexpress.my Kemudian anda perlu memasukkan beberapa butiran untuk mengetahui kadar harga yang dikenakan.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk semak kadar harga pos J&T Express

  1. Pergi ke pautan ini www.jtexpress.my dan paparan seperti dibawah akan dipaparkan.

harga pos j&t

  1. Masukkan poskod penghantar, poskod penerima, jenis barang, Berat dan Dimensi. klik pada checkbox insurans untuk masukkan nila item. akhir sekali klik pada butang semak.
  1. Kadar bayaran yang dikenakan akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

harga pos j&t

*6% Cukai Perkhidmatan Jualan tidak dikenakan untuk parcel lebih dari 30KG.

Anda jugak boleh menyemak :

Perkhidmatan Penghantaran melalui J&T Express dan EasyStore

Perniagaan atas talian memudahkan pelanggan untuk membeli barangan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka berada. J&T Express sebagai rakan kongsi logistik rasmi kepada EasyStore di dalam platform E-Dagang telah bekerjasama untuk membantu perniaga atas talian mengubah perniagaan secara digital melalui EasyStore.

  1. Perkhidmatan Pintu ke Pintu
    Membolehkan barangan diambil dari lokasi dan dihantarkan ke lokasi pelanggan.
  2. Perkhidmatan Tempat Perantaraan ke Pintu
    Boleh memilih untuk meletakkan bungkusan di agen sah J&T. Bungkusan akan dikumpul dan hantarkan kepada destinasi akhir yang telah dipersetujui dengan kadar caj penghantaran yang tetap.
  3. Waybill Lengkap secara automatik
    Waybill akan dijana secara automatik setelah pesanan dilengkapkan melalui J&T Express.
  4. Lengkapkan pesanan secara satu ataupun pukal.
    Proses mempercepatkan pesanan akan menjadi lebih mudah daripada yang anda angankan. Pilih dan klik ‘Fulfill with J&T Express’ bagi melengkapkan proses pesanan satu per satu atau berganda pada masa yang sama.
  5. Muat turun pesanan waybill secara satu ataupun pukal
    J&T Express Malaysia sentiasa mematuhi semangat korporat dalam memajukan perniagaan dalam talian. Sediakan bungkusan yang hendak dihantarkan berserta waybill dengan hanya satu klik.

J&T Express Kini Memperluaskan Penghantaran ke 250 Poskod di Sabah


J&T Express kini telah memperluaskan penghantaran ke 250 poskod di Sabah bermula 15 April 2021. Perkhidmatan penghantaran ini diperluaskan untuk mempermudahkan perniagaan di antara penjual dan pembeli dari Semenanjung ke Malaysia Timur. Pelanggan Malaysia Timur yang berada dalam kawasan tersebut dapat menerima pesanan Shopee apabila menggunakan penghantaran J&T Express.
Untuk menyemak poskod sila klik pada pautan ini https://www.jtexpress.my/post.php?articleID=92


Kumpulan J&T Express Melancarkan Pesawat Kargo Pertama Secara Rasmi.


Pada 18 Mac 2021, Kumpulan J&T Express telah melancarkan pesawat kargo pertama di Lapangan Terbang Budiarto di Tangerang, Indonesia secara rasmi. Pelancaran ini memulakan era baru J&T Express dalam penghantaran yang mewah melalui penerbangan.
Kumpulan J&T Express telah melancarkan Boeing 737-300 dengan kapasiti maksimum 15 tan sebagai pesawat pertama. Laluan utama perkhidmatan pesawat J&T Express kargo adalah Jakarta-Medan dan Jakarta-Batam-Tanjung Pinang dengan minimum dua kali penerbangan dalam sehari. Penggunaan pesawat kargo oleh syarikat ini adalah untuk mengurangkan pembiayaan kos pengangkutan udara, meningkatkan kapasiti pengangkutan udara dan mewujudkan kapasiti pengangkutan udara yang stabil serta efisien dengan menggunakan model kargo di Indonesia.
J&T Express membolehkan penghantaran ekpres Indonesia untuk mencapai era penghantaran Next Day Delivery. Bungkusan penghantaran penerbangan mewah J&T Express akan dimuatkan pada tengah malam dalam hari yang sama. Bandar-bandar utama pulau yang lain kecuali Jawa dapat menerima bungkusan pada keesokan harinya. Pelancaran ini akan meningkatkan lagi pengalaman penghantaran ekspres pelanggan tempatan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penghantaran melalui perkhidmatan J&T anda boleh terus ke laman web J&t https://www.jtexpress.my/. Semoga segala maklumat yang diberikan dapat membantu anda untk membuat penghantar parcel dan dokument.

SUMBER:

https://www.jtexpress.my/

Summary
Semak Kadar Harga Pos J&T Express
Article Name
Semak Kadar Harga Pos J&T Express
Description
J&T Express menyediakan aplikasi atau website untuk semak kadar harga pos J&T Express mengikut tempat yang anda ingin hantar. Kadar kos yang dikenakan adalah berpatutan dan dalam kemampuan dan pengguna.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: