selesema alahan
Selesema alahan adalah radang pada hidung yang terbahagi kepada dua iaitu mengikut musim atau sepanjang masa.

Selesema alahan adalah radang pada hidung yang terbahagi kepada dua iaitu mengikut musim atau sepanjang masa. Alergen adalah sejenis bahan yang tidak berbahaya yang boleh mengakibatkan selesema alahan sepanjang masa, atau alahan hidung yang berlaku akibat tindak balas alahan terhadap alergen tertentu seperti debu, hama, bulu binatang atau sesuatu makanan. Debunga adalah alergen yang paling biasa menyebabkan selesema alahan bermusim. Ini adalah simptom alahan yang berlaku dengan perubahan musim.

Hampir 8 peratus daripada individu dewasa mengalami sesetengah jenis selesema alahan, menurut American Academy of Allergy, Asthma & Immunology (AAAAI). Antara 10 hingga 30 peratus populasi di seluruh dunia juga mengalami rhinitis alahan.

Simptom Selesema Alahan

Simptom umum selesema alahan termasuklah:

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal
  • Batuk
  • Sakit atau gatal tekak
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Lingkaran gelap di bawah mata
  • Sakit kepala yang kerap
  • Simptom jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal sehinga boleh terkopek
  • Kulit kemerahan dan bengkak (seperti digigit serangga)
  • Terlalu letih

Anda biasanya akan merasakan satu atau lebih dari simptom ini dengan segera selepas terdedah dengan alergen. Sesetengah simptom, seperti sakit kepala berulang dan kelesuan, mungkin hanya berlaku selepas pendedahan dalam jangka panjang kepada alergen. Demam bukanlah simptom kepada demam hay.

Punca Selesema Alahan

Apabila badan anda bersentuhan dengan alergen, ia mengeluarkan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang menghalang tubuh anda daripada sebarang alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan selesema alahan dan simptomnya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata gatal.

Sebagai tambahan kepada debunga pokok, alergen umum yang lain termasuklah:

  • Debunga rumput
  • Hama habuk
  • Cebisan kulit haiwan berbulu atau mempunyai pelepah (burung, ayam dan sebagainya)
  • Air liur kucing
  • Kulat

Waktu tertentu sepanjang tahun, debunga boleh menjadi masalah besar kepada individu yang mengalami selesama alahan. Debunga pokok dan bunga disebarkan sewaktu  musim bunga. Manakala, rumpai dan rumput menyebarkan lebih banyak debunga pada musim panas dan musim luruh.

Diagnosis Selesema Alahan

Jika anda mempunyai selema alahan yang kecil, anda mungkin hanya perlu menjalani ujian fizikal. Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin melakukan ujian tertentu untuk mengetahui rancangan rawatan dan pencegahan yang terbaik untuk anda.

Ujian kulit adalah salah satu pemeriksaan yang paling biasa dilakukan. Doktor akan meletakkan beberapa bahan pada kulit anda untuk melihat bagaimana tubuh anda bertindak balas kepada setiap satu bahan tersebut. Biasanya, benjolan merah kecil muncul jika anda alah kepada bahan itu.

Ujian darah, atau ujian radioallergosorbent (RAST), juga biasa dilakukan. RAST mengukur jumlah antibodi immunoglobulin E kepada alergen tertentu dalam darah anda.

Faktor Risiko Selesema Alahan

Alahan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tetapi anda lebih cenderung untuk mendapatkan selesema alahan jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga anda. Mempunyai asma atau ekzema atopik juga boleh meningkatkan risiko selesema alahan kepada diri anda.

Beberapa faktor luaran yang didapati boleh mencetuskan atau memburukkan lagi keadaan ini, termasuklah:

  • Asap rokok
  • Bahan kimia
  • Suhu sejuk
  • Kelembapan
  • Angin
  • Pencemaran udara
  • Penyembur rambut
  • Minyak wangi
  • Minyak wangi lelaki
  • Asap kayu
  • Asap

Rawatan Selesema Alahan

Anda boleh merawat selesema alahan anda melalui beberapa cara seperti termasuk ubat-ubatan farmasi, serta ubat-ubatan rumah dan mungkin ubat-ubatan alternatif. Bincang dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru.

Antihistamin

Anda boleh mengambil antihistamin untuk merawat selesema alahan. Ia berfungsi dengan menghentikan badan anda daripada menghasilkan histamin.

Antara antihistamin yang terkenal di farmasi (OTC) termasuklah:

  • Fexofenadine (Allegra)
  • Diphenhydramine (Benadryl)
  • Desloratadine (Clarinex)
  • Loratadine (Claritin)
  • Levocetirizine (Xyzal)
  • Cetirizine (Zyrtec)

Anda boleh membeli ubat OTC antihistamines di farmasi berhampiran atau melalui atas talian (online).

Bincang dahulu dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang ubat baru. Pastikan ubat alahan tersebut tidak akan mengganggu ubat lain atau keadaan perubatan anda yang lain.

– Dekongestan

Anda boleh menggunakan dekongestan dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan sinus. Menggunakannya untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan ,’rebound’, bermakna apabila anda berhenti menggunakannya, simptom selesema alahan anda akan menjadi lebih teruk. Dekongestan OTC yang popular termasuklah:

  • Oxymetazoline (Afrin nasal spray)
  • Pseudoephedrine (Sudafed)
  • Phenylephrine (Sudafed PE)
  • Cetirizine with pseudoephedrine (Zyrtec-D)

Sekiranya anda mempunyai degupan jantung yang tidak normal, penyakit jantung, sejarah strok, kegelisahan, gangguan tidur, tekanan darah tinggi, atau masalah pundi kencing, berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan dekongestan.

Penitis mata dan semburan hidung

Titis mata dan semburan hidung dapat membantu melegakan kegatalan dan simptom berkaitan selesema alahan untuk masa yang singkat. Walau bagaimanapun, bergantung pada produk, anda mungkin perlu mengelakkan penggunaan jangka panjang.

Seperti dekongestan, menggunakan titisan mata dan titis hidung tertentu secara berlebihan juga boleh menyebabkan kesan ‘rebound’.

Kortikosteroid boleh membantu melegakan keradangan dan tindak balas imun. Ia tidak menyebabkan kesan rebound. Semburan hidung steroid biasanya disyorkan sebagai salah satu rawatan yang boleh digunakan dalam jangka panjang, ia berguna untuk menguruskan simptom alahan. Semburan hidung boleh didapati di farmasi dan dengan preskripsi doktor.

Berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan rutin rawatan alahan untuk memastikan anda mengambil ubat terbaik untuk simptom anda. Doktor anda juga dapat membantu anda menentukan produk mana yang hanya boleh digunakan dalam jangka masa pendek dan merancang rawatan yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

– Imunoterapi

Doktor anda boleh mengesyorkan rawatan imunoterapi, atau suntikan alahan, jika anda mempunyai selesema alahan yang teruk. Anda boleh mengikuti rancangan rawatan ini bersama-sama dengan pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal simptom anda. Suntikan alahan mengurangkan tindak balas imun anda terhadap alergen tertentu dari masa ke semasa. Tetapi ia memerlukan komitmen anda dalam jangka masa panjang untuk rancangan rawatan ini.

Regimen suntikan alahan bermula dari tahap pembentukan. Semasa fasa ini, anda akan menemui pakar perubatan alahan anda untuk mendapat suntikan satu hingga tiga kali seminggu selama kira-kira tiga hingga enam bulan bagi membiarkan tubuh anda terbiasa dengan alergen dalam suntikan tersebut.

Semasa fasa penyelenggaraan, anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar alahan anda untuk suntikan setiap dua hingga empat minggu sepanjang tiga hingga lima tahun. Anda mungkin tidak akan melihat perubahan sehingga telah lebih dari setahun menjalani rawatan, selepas fasa pemeliharaan bermula. Sebaik sahaja anda mencapai tahap ini, mungkin simptom alahan anda akan berkurangan atau hilang sama sekali.

Sesetengah individu boleh mengalami reaksi alahan yang teruk kepada alergen dalam suntikan mereka. Majoriti pakar perubatan alahan akan meminta anda menunggu di pejabat (atau klinik) mereka selama 30 hingga 45 minit selepas suntikan untuk memastikan bahawa anda tidak mempunyai tindak balas yang sengit atau yang boleh mengancam nyawa.

Imunoterapi Sublingual (SLIT)

SLIT melibatkan meletakkan tablet yang mengandungi campuran beberapa alergen di bawah lidah anda. Ia berfungsi sama seperti suntikan alahan tetapi tanpa suntikan. Ia berkesan untuk merawat rhinitis dan alahan asma yang disebabkan oleh rumput, debunga pokok, bulu kucing, hama debu, dan ragweed. Anda boleh mengambil rawatan SLIT di rumah selepas rundingan dengan doktor, seperti Oralair untuk alahan terhadap rumput tertentu. Dos yang pertama bagi mana-mana SLIT akan diberikan di pejabat atau klinikdoktor anda. Seperti suntikan alahan, ubat ini diambil dengan kerap sepanjang tempoh yang ditentukan oleh doktor anda.

Sumber:

https://en.wikipedia.org/wiki/Allergic_rhinitis

https://www.healthline.com/health/allergic-rhinitis

https://emedicine.medscape.com/article/134825-overview

https://acaai.org/allergies/types/hay-fever-rhinitis

Summary
Selesema Alahan (Allergy Rhinitis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Selesema Alahan (Allergy Rhinitis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Selesema alahan adalah radang pada hidung yang terbahagi kepada dua iaitu mengikut musim atau sepanjang masa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: